18 June 2010

Palestin di Dinding 2

Ketika Zionis melanyak Gaza awal tahun 2009, mereka bukan sahaja membunuh penduduk Palestina, tetapi juga menceroboh rumah kediaman dan merosakkannya. Ideanya ialah supaya wujud kesan trauma yang berpanjangan.


Ini dinding rumah Sami Saleh Dardona, perhatikan grafiti pada dinding yang terbakar. Di wilayah Zeitoun, 27 orang ahli keluarga Samouni terbunuh akibat serangan udara Zionis ketika sedang berlindung di rumah ini. Yang menyedihkan ialah seisi keluarga itu diarah berlindung di situ oleh tentera Zionis sendiri.



Ini adalah dinding rumah Mosab Dardona di Jabal al-Rayes, Gaza. Tentera Zionis telah merampas rumah kediaman orang awam dan menjadikannya kubu. Di rumah ini niat Israel jelas terpancar menerusi contengan seorang tentera sedang kencing di atas menara masjid yang sudah tumbang. Di rumah saudaranya, bersebelahan, Ibrahim Dardona, pulang untuk mendapati dua belas beg najis tentera Israel di dalam bilik tidurnya.



Contengan di atas ialah di dinding rumah keluarga Abu Hajaj di Johr al-Dik. Pada subuh 4 Januari 2009, sebutir bom jatuh tidak jauh dari rumah keluarga Saleh Abu Hajaj. Tentera Israeli mengarahkan supaya kawasan kediaman itu dikosongkan. Anak perempuan Saleh berusia 36 tahun Majeda Abu Hajaj mengikat skaf putih di lengan dan kayu lalu memimpin sekumpulan orang awam keluar dari kawasan kejiranan itu.

Kereta kebal Israel menembak kumpulan orang awam tersebut dan Majeda terbunuh. Ibunya, Raya berusia 64 tahun yang menerpa menangisi anaknya turut ditembak. Kedua-dua mangsa hanya ditemui setelah Israel mengisyitiharkan unilateral ceasefire 16 hari kemudiannya.

Tentera Zionis menjadikan rumah Abu Hajaj sebagai kubu pertahanan mereka dan meninggalkan contengan di atas katil Majeda bertulis: "Death will find you soon." Sebuah lagi tanda kesumat Zionis di dinding Gaza

4 comments:

Cik Ct Fadzil™ said...

nauzubillah...

~> moga sdara2 kita d sna kuat mhadapi ujian ni..

mohd ihsam zainuddin said...

nak tunggu semua org islam arab bersatu mlwn yahudi? baik mrk pertahankan asobiyah dan kepentingan mrk bersama yahudi dan sekutunya... nak tunggu ulamak2 islam sunni keluarkan fatwa melawan yahudi scr terbuka? lebih baik mrk mengumpul kekayaan dan jaga diri sendiri sudahlah..!!! atau pun, senang cakap :tunggulah imam mahdi dtg!lemah betul iman mrk yg berpandangan begini.lama2 bukan shj bungkusan tahi yg yahudi akan lemparkan pd umat islam palestin,kalau boleh semua org palestin mahu dilemparkan ke kolam tahi pulak! apa nk buat.. negara2 umat islam menjadi penakut dan bacul berhadapan dgn yahudi laknatullah!umat islam paling ramai ttp seolah2 tiada "imam"!."imam" sudah di bi'ah tp umat islam masih nak mencari2 jln sendiri walaupun jln yg dilalui itu semakin jauh sesat!bersatulah wahai saudaraku.. ikutlah jln ahlul bait rasulullah dan pembantu2nya sehingga datangnya imam akhir zaman.....

setiap hari adalah hari asyura!
setiap tanah adalah tanah karbala!!
labbaika ya hussin!!

Pacifist said...

death will be find them too,Insya'Allah

alhariesz said...

'death will find you soon'

- zionis terlupa, kematian adalah syurga palestinian...mereka syuhada'...namun mati zionis berbeza, mati mereka menjadi arang neraka...