23 June 2010

Masjid Sunni di Republik Islam Iran

Di bawah adalah foto-foto perasmian Masjid Jami' Bandar Abbas, Harmazegan. Ini adalah masjid Ahlusunnah wal Jamaah di Iran Perasmian pada 31 Khordad 1387 Shamsiyah ini dilakukan oleh Syaikh Sayed Abdul Ba'is Qattali, pemimpin sunni di Bandar Abbas dan wakil Ayatullah al Uzma Ali Khamenei iaitu Ayatullah Na'im Abadi.







Ulama di atas ini ialah Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi, seorang ulama sunni di Iran yang berjaya menamatkan pengajiannya di Universiti Madinah.

9 comments:

flipflow said...

tiada batu karbala, tapi kenapa sekarang? satu lagi sape ni Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi?

sebagai seorg muslim, kita hanya bersangka baik, insyaAllah dipermudahakan.

Faizal said...

Masyaallah..
tiada masalah Syiah-Sunni di Iran..
bahkan di mana-mana pun..sesiapa yang mereka cipta perbalahan ini patut cepat-cepat insaf & bertaubat

Faiz As-Syirazi said...

Salam akh FT, mohon copy utk pndedahan bersama.Jazakallah.

Hijrah said...

Assalamualaikum ya tuan hajj... tuan hajj mesti da tgk kan filem iran "children of heaven".. sy baru lepas menonton di laman web iluvislam di sini : http://www.iluvislam.com/v1/viewpage.php?page_id=469

sgt menyayat hati dan yg penting penuh dgn pengajaran, penghayatan nilai2 islam. Syabas kepada pengarah, produser filem ini. Tanpa adegan ghairah sekali pon, filem ni pernah menang banyak anugerah. Tak macam kat malaysia. huhu

Nak tanya, btol ke kat iran punyer lembaga penapisan filem sangat ketat dari segi kawalan moral dan akhlak??

Faisal Tehrani said...

Flipflow
Syaikh Abdul Wahab Dzaiyyayi adalah ulama sunni tempatan (iran), taklah terkenal di luar Iran. Macam dr asri, orang luar malaysia mungkin tak kenal beliau pun. tapi keindahan yang terpapar ialah sunni-syiah boleh bersatu, tapi wahabi suka saja nak lagakan dan cari pasal.
wassalam.

hidayati said...

children of heaven itu memang memetik hati mencari nilai saudara,nilai moral dan kemanusian yang kian hilang

Rafi said...

salam FT, kenapa susah sgt nak cari novel saasatul ibaad di kedai-kedai buku? Buku2 FT yang lain ada dijual tapi buku tu juga yang tiada (berdasarkan pemerhatian saya di kwsn Kajang dan Putrajaya

Tun Adam Malik said...

Hubungan antara Sunni-Syiah sepatutnya tiada masalah kerana kedua-dua puak bertuhankan Allah dan mengaku Muhammad sebagai Rasul dan Nabi yang terakhir. Cuma beberapa penafsiran dan fatwa oleh Syiah tidak boleh diguna-pakai oleh masyarakat Islam Malaysia kerana umat Islam Malaysia sudah amat selesa dengan pendekatan Sunni dan mungkin juga akan ada "abuse" oleh beberapa golongan yang "pandai" menggunakan agama sebagai alasan untuk melepaskan diri.

Muzzulman said...

Oooo ada masjid Sunni di Iran rupa-rupanya.. Kat Malaysia Masjid India ada. Tak cukup ngan India ngan Masjid Kapitan Keling pun ada... takkan Masjid Syiah takda... ehh tak adil ni tak adil.....