01 June 2010

Khaibar Khaibar Ya Yahud!

Hakikat bahawa konvoi Freedom Flotilla membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan dengan lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulama, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun menunjukkan kesatuan dunia untuk membebaskan kepungan terhadap Gaza. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

Israel Zionis melanggar undang-undang antarabangsa berulang kali. Siapa yang pernah mengambil tindakan terhadap Israel? Serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata dan bertujuan aman.

Kepada pemimpin Islam seluruh dunia, khusus dari negara ini. Kutukan dan teguran sahaja tidak memadai. Sebelum menunjuk sikap, sila usir Zionis dari dalam kelambu sendiri.

6 comments:

Wake UP! said...

Rejim Israel sudah menunjukkan sikap teroris mereka. Seluruh dunia harus mengutuk kekejaman mereka dan melakukan sekatan ekonomi terhadap mereka.

Arab nations should have nuclear arms.

ammoniumwhichKILLS said...

mari berdiri! mari bergerak! untuk mereka, daripada kita.

zahra said...

Salam.

Tentang Bani Israel yang melanggar perjanjian dengan Tuhan:

Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 63-65:

"Dan (ingatlah), ketika Kami mengambil janji dari kamu dan Kami angkatkan gunung (Thursina) di atasmu (seraya Kami berfirman): 'Peganglah teguh-teguh apa yang Kami berikan kepadamu dan ingatlah selalu apa yang ada di dalamnya, agar kamu bertakwa'.

Kemudian kamu berpaling setelah (adanya perjanjian) itu, maka kalau tidak ada kurnia Allah dan rahmat-Nya atasmu, nescaya kamu tergolong orang-orang yang rugi.

Dan sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar di antaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: 'Jadilah kamu kera yang hina'."

Demikianlah.
Wassalam.

Peri PiA said...

setuju dengan kata2 akhir entry ini

mohd shafiq abas said...

Tuan, saya rindukan tuan seperti yang telah tuan kobarkan futuwwah dalam Kombat 1511H itu..

the Prayer for Allah said...

"Kepada pemimpin Islam seluruh dunia, khusus dari negara ini. Kutukan dan teguran sahaja tidak memadai. Sebelum menunjuk sikap, sila usir Zionis dari dalam kelambu sendiri."

saya pinjam kata- kata saudara ni,sgt memberi kesan dlm. trime ksh