17 June 2010

Kena Panah Petir




Di Monroe, Ohio, Amerika Syarikat sculpture 'King of Kings' iaitu 'patung' besar Jesus Christ berdiri agam dan megah di perkarangan Solid Rock Church. Khabarnya ia setinggi 19 meter dan 12 meter lebar dengan 'aksi' Jesus mendepangkan tangan ala-ala berdoa ke jihat langit. Penghuni Monroe, Ohio amat memegahkan patung ini dan menamakannya Touchdown Jesus. Jesus ini dibuat dari plastik dan gelas fiber.

Malam isnin lepas, Jesus dipanah petir dan kilat lalu hangus terbakar.

Mungkin elok pendiri patung Jesus ini membaca dalam kitab mereka sendiri:

"Thou shalt not make unto thee any graven image, or any likeness of any thing that is in heaven above, or that is in the earth beneath, or that is in the water under the earth."
-Exodus 20:4

11 comments:

mack said...

Kuasa ALLAH tiada terbaca oleh akal manusia maka mari la kita insaf akan diri kita ini...yang hidup sekadar sementara waktu...

Mohd Shukri Hussin said...

salam..

nak minta izin copy paste gambar..

terima kasih..

Miss Nurul said...

Nah, terbakar tinggal rangka terus..

zahra said...

Salam.

"Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: 'Jadilah' (seorang manusia), maka jadilah dia." - Surah Ali Imran: 59

Wassalam.

Tasbih Alam said...

Salam..

Setelah sekian lama saya membelajari bagaimana untuk menjadi seorang blogger.. Kini telah sampai masanya untuk membina rangkaian bersama blogger hebat yang lain. Serta mempelajari lebih banyak lagi bagaimana untuk menjadi blogger yang hebat seperti anda.

Semoga kita dapat kunjung mengunjung antara satu sama lain untuk mengeratkan silahtulrahim antara kita dan blogger² yang lain..

Sesungguhnya hunjung jari yang menekan papan kekunci adalah lebih hebat dari apa juga senjata yang ada di muka bumi ini. dan Semoga kita sama-sama mendapat menafaat daripadanya..
Insya Allah

Salam ukhwah…
http://tasbih-alam.blogspot.com

خير الأنوار a.k.a kayrolldin said...

amik ko!

Al-Fikr said...

apakah yg mereka fikir ketika membina binaan ini?
apa pula yang terlintas difikiran apabila ia kena panah petir lalu terbakar?


http://pheromonstash.blogspot.com/

Khairi said...

mack,

kuasa Allah pebendenya? dah kena panah petir, terbakar la. normal la tu.






kuasa Allah itu harus dilihat pada susunan fizik angin dan awan yang mana pergeseran molekul2 air itu membenarkan perpindahan elektron dan mewujudkan polariti pada awan. apabila cukup besar 'elektron concentration' pada awan dia lantas punyai cukup tenaga untuk melompat melalui atmostera ke susuk conductor di permukaan bumi.

susuk yang tinggi bersifat conductive akan jadi mangsa seperti susuk patung jesus itu misalnya.

Itu kuasa Allah.

kalau kat situ adalah menara serambi mekah di Kota Bharu yg ada AlQuran itu, ia juga akan terbakar, tak ada masalah.

Faiz Jamaluddin said...

salam

mohon copy keseluruhan artikel

http://masterfaiz.blogspot.com

-salam ziarah-

Faiz Jamaluddin said...

@khairi> hakikatnya semua yg terjadi adalah atas kuasa Allah...yg dikatakan normal pun atas kuasa Dia...tambahan pula yg dipanah petir tu patung Jesus...

point sy kat sini ialah: jgn smpai akidah kita tergelincir tanpa kita sedari

thefootstep said...

Saya suka komen Khairi...realistik...sememangnya kuasa Allah patut dilihat dengan akal, dan bukan dengan benda-benda yang agak "straight to the point" dan dibesar-besarkan. Saya bimbang dgn satu trend yg ada di Malaysia, yg taksub dgn tulisan "Allah (dalam tulisan arabic" pada sisik ikan, buah-buahan, tembok simen dan macam-macam lg. Ada pula yg menulis artikel bergambar tentang ayat=ayat suci diangkat ke langit dan menunjukkan foto-foto kamera trick. Sedih...