21 June 2010

Kecuaian Memetik Sumber Berita

Berita Harian hari ini, menyiarkan sebuah berita berjudul Tokoh Sunnah Dihukum Gantung (lihat di sini). Berita Harian telah memetik sumber berita AFP. Perenggan awal berita tersebut berbunyi: Ketua kumpulan Jundallah, sebuah pergerakan pemisah Sunnah Iran, Abdolmalek Rigi dihukum gantung awal semalam selepas didapati bersalah mencetuskan pemberontakan hingga menyebabkan pertumpahan darah di wilayah tenggara negara itu, Sistan-Baluchestan.

“Abdolmalek Rigi digantung pada pagi Ahad di penjara Evin selepas hukuman diputuskan oleh tribunal revolusi Iran,” lapor agensi berita IRNA.

Siapakah Abdul Malik Rigi? Beliau adalah pengganas yang bersekongkol dengan Taliban (lihat sini)

Adakah beliau benar-benar mewakili masyarakat ahlus sunnah wal jamaah di Iran?

Abdul Malik digantung sampai mati pagi kelmarin berdasarkan hukuman yang dikeluarkan oleh Mahkamah Revolusi Islam di balai hukuman penjara dengan kehadiran beberapa orang sanak saudara mangsa kekejaman kumpulan pengganasnya.

Maklumat ini telah disampaikan kepada wartawan oleh Mahkamah Awam dan Revolusi Tehran. Abdul Malik telah didapati bersalah dengan 79 jenayah kejam yang disabitkan dengan akta 190, 191, 186, 185 dan 183 Kanun Hukuman Islam selama perbicaraan di salah sebuah mahkamah Tehran.

Kelmarin, sebelum hukuman seperti mana tuntutan undang-undang Islam, beliau sempat dipertemukan dengan keluarga korban lantas menyatakan penyesalan atas aksi ganasnya dan memohon ampun daripada keluarga mangsa.

Dan, keluarga mangsa enggan memaafkan beliau dan menuntut bunuh dibalas bunuh.

Kumpulan pengganas Jundullah yang dipimpin Abdul Malik sudah pun mengakui hubungannya dengan pagawai Nato di Afghanistan dan agensi perisikan asing CIA.

Jundullah yang berpengkalan di Pakistan telah melakukan kegiatan pengeboman, pembunuhan, penyembelihan dan mengorbankan sekurang-kurangnya 40 jiwa di selatan Iran.

(* Foto Abdul Hamid) Sebelum ini adiknya juga yang bernama Abdul Hamid Rigi juga telah dijatuhkan hukuman sama. Abdul Hamid mengakui telah membunuh isterinya Faizah Mansuri ketika tidur dan iparnya Shahab Mansuri pula telah disembelih oleh Abdul Malik dan video penyembelihan ini telah dikirim ke televisyen al-Arabiyyah.

(* Foto Faizah Mansuri yang dibunuh suaminya, Abdul Hamid).

( * Foto ipar Abdul Hamid yang disembelihnya dengan kejam)

Abdul Hamid ketika diziarahi mertuanya di penjara telah mengakui bahawa beliau telah dipengaruhi abangnya sambil bersumpah, itulah punca beliau sanggup menembak isterinya yang sedang tidur.

Tanpa mengetahui keadaan sebenar di Iran, kecuaian mencuplik rangkaian berita yang beragenda, boleh sahaja menimbulkan salah faham yang kritikal antara umat Islam di saat perpaduan dan keperluan untuk memperjuangkan masalah ummah yang lebih besar adalah mendesak.

4 comments:

Mr Final said...

terima kasih kerana memberi maklumat tmbahan dari berita yg dipaparkan agar semua lebih memahami

mohd ihsam zainuddin said...

amerika tengok ni mesti bengang punyer.. tali barut us dah digantung! cuma saya nk tanya ft adakah dia jugak ada terlibat dlm pengebomam makam imam hassan al-askari? semoga allah melaknat mereka2 yg menjadi tali barut amerika dan sekutunya atas apa nama sekalipun....

zahra said...

Salam.

Bagaimana jika saya katakan bahawa pilihan sumber ambilan sesuatu berita juga merupakan agenda tersembunyi pihak tertentu?

Wassalam.

Siberkop said...

Terima kasih utk pencerahan ini.