04 June 2010

Judi dan Zionis

Al-Quran menegaskan amar makruf nahi mungkar menjadi syarat utama kepada masyarakat mithali. Tentu, kita mahu 1Malaysia menjadi 1Masyarakat yang mithali. Dalam menghuraikan perihal amar makruf nahi mungkar terdapat sebuah Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Dawud, Tirmizi, Nasa’ei, Ibn Majah serta Ibn Hibban yang sering dirujuk, ”Dari Thariq bin Syihab, daripada Abu Bakar katanya: ’Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman.'

Ayatullah Murtadha Mutahhari dalam menjelaskan Hadis ini, menyebut ”kebencian terhadap nahi mungkar harus ditunjukkan”.

Judi adalah satu kemungkaran. Pembunuhan di atas Mavi Marmara juga satu kemungkaran. Kebenaran dan keimanan hanya ada satu wajah.

Kemungkaran ada banyak wajah. Ia boleh menjadi rupa Zionis. Ia boleh menjadi rupa taukeh judi.

Tunjukkan kesedaran kita. Ayuh, turun!

8 comments:

Pacifist said...

Sampai bila pemimpin dunia Islam mahu berdialog dan berjabat tangan dengan zionis laknatullah? Sampai bila kita harus melihat umat Islam disembelih? Sampai bila jihad ilmu, ekonomi, hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dengan jihad Al-Qital pula? Disaat tentera Zionis membantai umat Islam, kita masih berjihad hawa nafsu? Ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu tidak akan berakhir, sedangkan jihad Al-Qital hanya pada waktu-waktu tertentu. Para sahabat(Rasulullah) berjihad hawa nafsu setelah kembali dari medan perang, sedangkan kita menolak untuk berjihad dengan pelbagai alasan. Kenapa kita tidak berjihad dengan semua jihad yang ada, dan mengikut kesesuaian waktu dan masa? Kenapa kita mengambil tanggungjawab lain untuk mengelak tanggungjawab yang lain? Sedangkan tanggungjawab itu perlu dipenuhi secara berturutan? Kenapa takut dengan kalimah JIHAD? Saya bukan mengejar mati, tetapi lihatlah apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab kita, dan jika kita masih di takuk lama. Maka, saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita. Katakan pada mereka, itu sudah nasib mereka(Palestin) dan tiada apa yg mampu dibuat oleh kita.

Ya Allah bukakanlah pintu hati-hati kami.

Pacifist said...

memang semua telah diceritakan dan diberitakan dlm al-Quran dan Hadith.seumpama kita sudah diberikan skrip ttg perkara dahulu,sekarang dan akan datang.cuma apa yg Allah lihat ialah usaha kita menjalankan kewajipan yg telah ditetapkan.walaupun kita kalah dlm peperangan sekarang,ia ttp harus dilakukan,kerana kita tidak tahu bila zaman yg dijanjikan itu.kerana jika kita duduk diam shj,tentulah hasilnya juga berbeza.sekurangnya t/jawab kita sbg umat hari ini sudah dijalankan,selebihnya serah pdNya utk menilai apa yg kita lakukan masa kita hidup

Tasbih Alam said...

Salam,

adapun tujuan saya adalah untuk membina rangkaian blogger..
Sekian lama saya mempelajar bagaimana membina blog.. kini sudah sampai masa saya membina rangkaian bersama-sama blogger hebat yang lain, serta mempelajari lebih banyak untuk menjadi blogger hebat seperti anda..
Di harap kita akan dapat saling mengunjungi antara satu sama lain bagi mengeratkan lagi persaudaraan serta mendapat menafaat daripadanya.. insya Allah

Sesungguhnya hujung jari yang menekan papan kekunci pada keyboard lebih tajam dari mata pedang..

wassalam...

ibnuyassir said...

Ubah dengan tangan, jihad perang fisabilillah yang diperintahkan oleh penguasa.

”Perangilah mereka [YAHUDI], nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu, dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka, dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”. [Surah At-Taubah (9) : 14].

Hamba Ilahi said...

puisi untuk palestin:

http://naimulfirdaus.blogspot.com/2010/06/puisi-saudara-akhirat.html

Hashim said...

Kenapa UMNO tidak bantah judi akhirnya dibongkar....teringin nak tahu sila klik disini Jangan campak diri anda ke dalam kemusnahan, elakkan subahat..keluar UMNO.

Mesintaip: said...

"Ya Allah, selamatkanlah negara kami dari gejala judi dan selamatkanlah al-Aqsa dari kebinasaan oleh tangan-tangan zionis Yahudi."

mohd shafiq abas said...

Tuan Al-Haj, kobarkan semula semangat futuwwah yang tuan anjurkan dalam Kombat 1511H!