30 June 2010

Dugaan dan Hikmah Untuk Kopitiam Ghadir

Tahun lalu, pada 13-16 Ogos 2009, saya mementaskan sebuah pementasan yang (disangka) kontroversial berjudul Kopitiam Ghadir dengan mendapatkan khidmat kumpulan teater dan nasyid Revolusi Pembudayaan Selawat. Kontroversi yang melanda memang perit. Namun ia menjadi hikmah untuk kerjaya saya. Sekali lagi karya saya, kali ini Kopitiam Ghadir mendapat perhatian sarjana antarabangsa, Profesor E.P. Wieringa dari Cologne, Jerman menyatakan, “The play focuses upon hadiths concerning Ghadīr Khumm (‘Pond of Khumm’). To many Muslims, the name Ghadir of the café in the play Kopitiam Ghadir, which alludes to Ghadīr Khumm, will have no significance. However, as reported in hadiths, Ghadīr Khumm was the place where the Prophet and his followers rested during the return journey to Medina, in the year 10/632, and where Muhammad took ‘Ali by the hand, raised it before the assembly, and proclaimed: “Everyone whose patron I am, also has ‘Ali as a patron. O Allah, befriend every friend of ‘Ali and be the enemy of all his enemies; help those that aid him and abandon all who desert him”. The affair of Ghadīr Khumm provides material for intense debate…” (Petikan sebuah makalah yang dibentangkan di sebuah seminar antarabangsa di National University of Singapore pada Januari 2010 lalu). Pementasan kali ini adalah pada 1-4 Julai 2010 (mulai esok) dengan kerjasama Muzium Telekom (lihat sini untuk panduan).

Baca lain di sini.

Apa sahaja yang kontroversi?

Jangan terlepas peluang menonton Kopitiam Ghadir kali ini. Pementasan di Muzium Telekom (Tingkat 2) bermula pada pukul 8.30 malam. Pada 4 Julai, pementasan tambahan turut diadakan pada pukul 3 petang. Tiket adalah RM10. Pengunjung turut dapat melawat Muzium Telekom selain menonton teater. Di tingkat 1 terdapat surau untuk menunaikan solat maghrib. Tiket dijual diluar mulai jam 8 malam. Untuk beli dalam jumlah banyak sila hubungi saudara Luqman Hisyam 0122335263 (sms sahaja).

Tempat meletak kenderaan turut disediakan oleh pihak muzium akan tetapi terhad. Pihak Muzium turut menyarankan supaya pengunjung yang berkenderaan meletakkan motokar di sepanjang Jalan Gereja (di belakang muzium ada St John Cathedral) menganjur ke Konven Bukit Nanas. Atau sepanjang Jalan Ceylon. Insya-Allah selamat. Mereka yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan awam lebih baik. Gunakan perkhidmatan LRT Star dan turun di stesen Plaza Rakyat atau Masjid Jame'. Boleh juga menggunakan perkhidmatan monorel dan turun di stesen Jalan Raja Chulan.

* Foto atas, kapal selam Ghadir milik Republik Islam Iran. Tak perlu renjis air mawar ketika pelancarannya, dijamin terapung dan dijamin menyelam.