11 June 2010

Cerpen Mikro: Sasha Tak Kisah Gambar Tidak Dipamer

"Sasha tak kisah gambar Sasha tidak dipamerkan. Siapalah Sashakan?" Begitu ujar Sasha, Ratu Cantik Tampin ketika ditanya tentang gambarnya yang tidak dipamerkan ketika pertandingan Ratu Cantik Negeri Sembilan kelmarin. "Wartawan yang tanya soalan tu memang macam tu. Adu domba. Tak ada kelas. Dia akan kena kifarah tau."

Kak Bedah, wartawan majalah Saja Nak Cuit Nak Cubit melaporkan dalam twitter tentang Sasha yang dikatakan murung kerana fotonya mengenakan kebaya nyonya tidak dipamerkan ketika Pertandingan Ratu Cantik berprestij itu. 'Kenapa Sasha nampak tidak mesra dan manja seperti selalu? Ini tentu kerana gambarnya tidak dipamerkan kan kan kan?'

Walaubagaimanapun penganjur Pertandingan Ratu Cantik tersebut tetap menggantung foto-foto panas Ratu Cantik Teluk Kemang dan Ratu Cantik Labu.

Kak Bedah, wartawan sensasi itu turut melaporkan perasaan hampa Ratu Cantik Rembau, Khairiah Jamali yang namanya gagal tersenarai dalam 'top 10'.

"Nampaknya kelebihan Khairiah Jamali yang hitam-hitam si tampuk manggis, kuat berfesyen dan sukakan aktiviti lasak seperti bermain bola, futsal dan aktiviti ketenteraan ala-ala wataniah tidak dipandang dengan serius oleh ketua juri."

Pertandingan Ratu Cantik Negeri Sembilan akan berakhir esok. Wakil Ratu Cantik Kuala Kelawang, Bibi Gayah dijangka mengungguli gelar 'Dara Nan Sembilan'.

3 comments:

maria said...

Hm.. sgt2 menarik.... apa kata Timb Presiden PAS agaknya kalau dia terbaca...

faizalzainol said...

sindiran sinis...
atau kenyataan sinis...

crixerity said...

kesian khairiah jamali. :(
hehe...