13 May 2010

Temuduga Pengambilan Pelajar ASWARA

1) Pusat Temuduga/Ujibakat : ASWARA

Tarikh : 17 – 21 Mei 2010

2) Apakah syarat kelayakan untuk diterima masuk ke ASWARA?

Syarat-syarat kelulusan yang perlu untuk kemasukan ke ASWARA adalah seperti berikut :-

PROGRAM PENGAJIAN BERTAHAP DIPLOMA

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu dan tiga mata pelajaran lain;

ATAU

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan satu prinsipal;

dan lulus mata pelajaran Ekonomi,

Dan

Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan

Dan

Mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang yang dimohon

Dan

Lulus temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA

PROGRAM PENGAJIAN BERTAHAP IJAZAH SARJANA MUDA (KEPUJIAN)

SYARAT KELAYAKAN MASUK

Diploma ASWARA atau Diploma dari IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia atau setaraf dan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM atau lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan sekurang-kurangnya 3 prinsipal

ATAU

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pengalaman berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun bagi Pembantu Muzium, Pegawai Kebudayaan, Penolong Pegawai Arkib, Artis Budaya, Pemuzik atau mana-mana jawatan kumpulan sokongan yang berkaitan dan telah sah dalam perkhidmatan;

Dan

Warganegara Malaysia yang berusia sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup permohonan

Dan

Lulus Temuduga dan ujibakat yang telah ditetapkan oleh ASWARA


3) Apakah program pengajian yang ditawarkan pada sesi akademik 2010/2011?

Program yang ditawarkan adalah program Diploma dalam bidang Teater, Tari, Muzik, Penulisan, Filem dan Video serta Seni Halus manakala Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Teater, Tari, Filem dan Video, Muzik dan Penulisan.

4) Berapa lama / tempoh kursus ini dijalankan?

Tiga tahun pengajian bagi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

5) Adakah sebarang pinjaman atau biasiswa disediakan untuk pelajar?

ASWARA menyediakan pinjaman pelajaran kepada pelajar-pelajar yang berkelayakan. Selain daripada itu, pelajar-pelajar ASWARA boleh mendapatkan pinjaman atau penajaan pengajian daripada Yayasan Pelajaran Negeri, Institusi Kewangan di Malaysia dan lain-lain pihak swasta yang berkaitan.

6) Apakah kemudahan yang disediakan di ASWARA?

Kemudahan Pembelajaran :

Kemudahan pembelajaran yang di miliki ASWARA adalah seperti studio rakaman audio yang canggih dengan kemudahan system rakaman digital multi-track, sebuah panggung eksperimen , Dewan Orkestra, Black Box, studio teater, studio drafting, studio gamelan dan cak lempong, bilik-bilik kuliah, studio muzik, makmal computer, makmal computer CAD, makmal computer multimedia dan perpustakaan. Kemudahan segala peralatan turut dilengkapi dan ditambah dari masa ke semasa mengikut keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Kemudahan Penginapan :

ASWARA mempunyai 2 blok asrama yang boleh menempatkan pelajar lelaki dan pelajar perempuan dan ia amatlah terhad dan tidak dapat menampung kesemua pelajar untuk menghuni di asrama. Hanya pelajar tahun satu yang menetap di luar daerah Lembah Klang sahaja akan diberikan keutamaan.

7) Apakah peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian di ASWARA?

Antara peluang kerjaya Siswazah Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan ialah:

Penulis skrip drama pentas/drama tv/filem

Penulis lirik

Wartawan sastera/budaya/hiburan/pengkritik

Pengarah teater/drama tv/filem

Pengarah dokumentari dan iklan

Animator

Perekabentuk set

Pereka tatacahaya

Pereka kostum

Pengarah lakon

Pereka set/props

Sinografer

Pentadbir seni

Pengurus panggung

Pengurus produksi teater

Pemain solo

Penyanyi opera

Pemuzik kontemporari

Komposer

Pendidik/guru

Penerbit muzik

Pengarah artistik

Pengurus muzik

Pengadun bunyi

Pemuzik okestra

Wartawan muzik

Pengkaji muzik

Penyunting

Pengsekuan muzik komputer

Pengaturcara muzik komputer

Musikologis

Etnomusikologis

Pengarah filem

Pelakon

Penari

Koreografer

Eksekutif hiburan TV

Penerbit rancangan TV

Usahawan peralatan muzik tradisional dan muzik barat

8) Bagaimana untuk menghadiri temuduga terbuka ini?

Pelajar lepasan SPM, STPM dan Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan adalah dipelawa untuk menghadiri temuduga terbuka yang akan diadakan pada 17 hingga 21 Mei 2010 dari jam 8.30 pagi hingga 3.00 petang di kampus ASWARA beralamat di No. 464, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 2697 1777 atau layari laman sesawang ASWARA di www.aswara.edu.my.

Bagi pemohon yang berminat untuk mengikuti pengajian dalam bidang Tari, tarikh temuduga hanya akan berlangsung pada 20 dan 21 Mei 2010. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi 03 – 2697 1777 atau layari laman sesawang ASWARA di www.aswara.edu.my.

1 comments:

MOHD HANIFF said...

Salam Abg Faisal. Terima kasih atas segala komen yang diberikan terhadap puisi-puisi saya dalam Dewan Siswa sebelum ni. =)