Alhamdulillah saya menyempurnakan 'satu kerja' ketika pelancaran 'Charity Bazaar' Viva Palestina Malaysia kelmarin di Bangsar Shopping Centre. Saya membaca tiga buah sajak tentang Palestina. Tentu puisi-puisi tersebut adalah dari kumpulan puisi Ingin Jadi Nasrallah. Bazaar jualan amal tersebut akan turut berlangsung pada hari ini, 9 Mei, dari 10 pagi sehingga 5petang. Terdapat jualan barangan Palestin, dan buku-buku terkini tentang perjuangan rakyat Palestina.
Apa yang menarik perhatian saya ialah Viva Palestina Malaysia berjaya meraih minat golongan kelas menengah dan atasan untuk terlibat dalam kerja-kerja kebajikan demi melegakan penderitaan rakyat Palestina. Badan bukan kerajaan ini juga mengatasi aliran, agama, parti, kaum dan mazhab.
Saya belum berasa puas dengan penyertaan saya yang kecil ini. Apalah tiga buah puisi berbanding kesusahan rakyat Palestina. Meskipun Duta Besar Palestina dikhabarkan kurang berkenan dengan puisi ketiga saya, tetapi hakikatnya itulah, Palestina memerlukan kekuatan Hezbullah. Menyedari hakikat itulah membuatkan Hamas bersekutu dengan Sayyid Hassan Nasrallah dan Republik Islam Iran. Insya-Allah Viva Palestina tidak akan terpengaruh dengan kerencaman politik di wilayah bertikai itu kerana kerja untuk rakyat Palestina harus mengatasi tetek bengek metodologi dan cara kerja yang sempit.
* Foto dirakam oleh Saudara Amir Hamzah Abdul Kahar, fotografer rasmi Faisal Tehrani. Seni Reka & Fotografi Sejuta Wajah. Telefon: +60162023804. Laman Web: http://sejutawajah.fotopages.com/

5 comments:
semoga kehidupan mereka bertambah aman walaupun mengambil masa yang lama.
masanya hampir tiba untuk pembebasan Palestin yang hakiki...cuma saya khuatir akan ada halangan dari puak2 yang sempit pemikiran, iaitu dari orang Islam sendiri..
Sayang tak dapat menyaksikan saudara Faisal Tehrani berentap di Chariy Bazaar VPM tersebut, sepatutnya saya juga hadir di situ. Insya Allah, kita akan pastikan saudara dijemput dengan lebih kerap dalam program-program Palestin yang pastinya tak akan terhenti selagi mana al-Aqsa masih di bawah cengkaman Zionis...
Bagus sekali.
Tahniah, tuan haji.
Nampaknya sudah belajar-belajar mendukung baby. :-)
Assalaamualaiykum wbt.
Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari. Marilah sama-sama kita membaca surah al-Fatihah sebanyak-banyaknya untuk disedekahkan kepada para pejuang Palestin sama ada yang telah kembali ke sisi Allah swt. atau yang sedang berjuang atau yang bakal dilahirkan nanti. Disertakan doa dan harapan kita dipanjatkan ke hadrat Allah swt. agar sekalian Pahlawan al-Quds diberkati kehidupan mereka dunia dan akhirat, dijagai keselamatan oleh para malaikat Allah al-Jabbar, diberikan pertolongan selekas-lekasnya untuk mengalahkan musuh Allah swt. dalam jihad mereka semasa mempertahankan Baitullah al-Aqsa. Doa dan sedekah atau hadiah kita juga untuk seluruh pejuang Islam selama sebelum ini mereka berjuang baik lelaki mahu pun wanita, muda mahu pun tua, serta yang belum lagi berhenti berjuang yang sedang berjuang bermati-matian sekarang, juga yang sudah dijemput menemui kekasih mereka iaitu Allah swt dan para Rasul-Nya dengan meninggikan syiar Islam di mana-mana tempat sahaja di dunia ini.Ucapan salam buat mereka semua dan al-Fatihah…..
Post a Comment