Cik Puan Ani menarik nafas, ”Kalau ikutkan hati kita mahu sahaja menembak atau membedil Tun Kuala yang banyak lemak itu. Kalau ia melarikan diri, kita tembak ia sampai mati.”
”Janganlah tuan melakukan hal seperti itu kerana di negeri Satu Melaka hari ini sudah terlalu banyak kematian yang tiada berjawab.” Kolonel Minah mengingatkan. ”Tapi kalau kita menggunakan agama untuk mendapat sokongan siasah maka pada hemat diri yang naif ini amatlah bagus sekali. Seperkara lagi jika Cik Puan Rosdah selaku permaisuri mengenakan busana berwarna kuning, pada pendapat kita moleklah kita mengenakan kebaya warna merah sebagai tanda membantah pelantikannya itu.”
Bercahaya mata Cik Puan Ani, ”Kita sokong sangat.”
Adalah Tun Lepat di dapur bahtera tiada ia duduk diam apabila mendapat tahu yang baginda tuanku Parameswara tiada sembuh dari sihir. Ia pun mulai mencari ikan bawal dua ekor, ia bacakan doa Nabi Ayub. Ia juga dapatkan serbuk kunyit, garam, minyak masak, bawang besar selabu, bawang merah dan putih setiap seulas, semayang halia, taucu Cina, cili hijau dibelah-belah, asam jawa didapatkan airnya, sedikit gula dan tepung jagung, terkemudian sedikit lada putih. Semua itu diludah sedikit sebelum dibacakan beberapa jenis doa dari Shahifah Sajjadiyyah. Tanpa berlengah Tun Lepat pun menyiang ikan, menggaul dua ekor bawal itu dengan garam dan serbuk kunyit. Ayahanda Tun Lepat memberitahu hakir ia menggoreng ikan itu sehingga garing lalu mengasingkannya. Bawang dan halia pula ditumis sehingga terapung bau. Lantas dicurah taucu, cili, gula, air asam dan dibiar mendidih. Setelah itu ia masukkan tepung jagung barulah dimasukkan dua ekor ikan ke dalam kuali. Sedang hidangan itu panas-panas Tun Lepat pun berniat menghidangkan kepada baginda tuanku Parameswara.
* Ketupat Cinta Musim Kedua di Harakah setiap Jumaat.

1 comments:
Habib Ali Al Idrus Batu Pahat Meninggal Dunia.
Sumber: http://al-fanshuri.blogspot.com/2010/05/habib-ali-batu-pahat-telah-kembali.html
Post a Comment