
Pada awal Februari 2006 satu pertumpahan darah yang amat dahsyat meletus antara penganut mazhab sunni dan syiah di Iraq. Ia berlanjutan selama beberapa bulan. Meskipun penganut mazhab syiah adalah majoriti di Iraq tetapi mereka hidup dalam keadaan melarat sejak era Saddam Hussein. Punca pertumpahan darah yang disebutkan di atas adalah pengeboman masjid-masjid sunni, yang dikatakan, kononnya dilakukan oleh penganut mazhab syiah. Ekoran dari itu penganut mazhab syiah diserang balas dan dibunuh dalam kekacauan mazhab yang kelihatan tiada hentinya. Setiap hari pasar sesak di kawasan penduduk syiah dibom. Sasarannya tidak mengenal usia, gender mahupun status. Kerajaan Iraq yang masih lemah kelihatan tidak berdaya melakukan apa-apa pun.
Kemuncaknya adalah pada 22 Februari 2006, pada pukul 6:55 pagi, makam Imam Hasan Askari dan Imam Hadi Naqi telah dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kubah emas yang melitupi masjid tersebut telah hancur sama sekali. Ia merupakan titik hitam buat penganut syiah kerana kedua-duanya adalah 'imam' bagi mereka.
Ayatullah Ali Khamenei, Ayatullah Sistani dan Sayyid Hassan Nasrallah (Hezbullah) telah meminta penganut mazhab syiah bertenang dan tidak melakukan pembalasan meskipun kemarahan dan emosi mereka begitu meluap. Ucapan mereka telah meredakan kemarahan penganut syiah seluruh dunia.
Penganut sunni yang majoritinya menginap di Samarra turut keluar membantah pengeboman keji tersebut (lihat sini) Foto di atas menunjukkan penganut sunni membantah penganiayaan terhadap makam Imam Askari di Samarra.
Pada 2 Ogos 2007, Haitham al-Badri, pemimpin al Qaeda di wilayah Salahuddin terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Amerika Syarikat. Kerajaan Iraq percaya Badri adalah perancang sebenar pengeboman makam Imam Hasan Askari dan pengeboman masjid-masjid sunni sebelumnya. Empat lelaki berasal dari Arab saudi dan seorang lelaki warga Tunisia turut terbunuh. Mereka juga adalah antara pengganas yang merencanakan pengeboman makam Imam Askari di Samarra. Niat jahat pengganas al-Qaeda adalah supaya kedua-dua mazhab ini berperang antara satu sama lain.
Pada 5 Februari 2008, Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengisytiharkan bahawa masjid juga makam Imam Hasan Askari serta Imam Hadi Naqi yang dimusnahkan bakal dibina semula.
Pada awal tahun 2009 kerja-kerja pemulihan dimulai. Ia bergerak perlahan. Kosnya ditanggung oleh penziarah yang datang.








Setahun kemudian, makam Imam Hasan Askari dan Masjid Samarra dibuka kembali untuk orang awam. Moga ia terus kukuh sebagai simbol perpaduan ummah.
Kemuncaknya adalah pada 22 Februari 2006, pada pukul 6:55 pagi, makam Imam Hasan Askari dan Imam Hadi Naqi telah dimusnahkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kubah emas yang melitupi masjid tersebut telah hancur sama sekali. Ia merupakan titik hitam buat penganut syiah kerana kedua-duanya adalah 'imam' bagi mereka.
Ayatullah Ali Khamenei, Ayatullah Sistani dan Sayyid Hassan Nasrallah (Hezbullah) telah meminta penganut mazhab syiah bertenang dan tidak melakukan pembalasan meskipun kemarahan dan emosi mereka begitu meluap. Ucapan mereka telah meredakan kemarahan penganut syiah seluruh dunia.
Penganut sunni yang majoritinya menginap di Samarra turut keluar membantah pengeboman keji tersebut (lihat sini) Foto di atas menunjukkan penganut sunni membantah penganiayaan terhadap makam Imam Askari di Samarra.Pada 2 Ogos 2007, Haitham al-Badri, pemimpin al Qaeda di wilayah Salahuddin terbunuh dalam satu serangan oleh tentera Amerika Syarikat. Kerajaan Iraq percaya Badri adalah perancang sebenar pengeboman makam Imam Hasan Askari dan pengeboman masjid-masjid sunni sebelumnya. Empat lelaki berasal dari Arab saudi dan seorang lelaki warga Tunisia turut terbunuh. Mereka juga adalah antara pengganas yang merencanakan pengeboman makam Imam Askari di Samarra. Niat jahat pengganas al-Qaeda adalah supaya kedua-dua mazhab ini berperang antara satu sama lain.
Pada 5 Februari 2008, Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengisytiharkan bahawa masjid juga makam Imam Hasan Askari serta Imam Hadi Naqi yang dimusnahkan bakal dibina semula.
Pada awal tahun 2009 kerja-kerja pemulihan dimulai. Ia bergerak perlahan. Kosnya ditanggung oleh penziarah yang datang.







Setahun kemudian, makam Imam Hasan Askari dan Masjid Samarra dibuka kembali untuk orang awam. Moga ia terus kukuh sebagai simbol perpaduan ummah.



10 comments:
Penganut sunni yang majoritinya menginap di Samarra turut keluar membantah pengeboman keji tersebut (lihat sini) *<-- x bleh klik
hidayati
pada komputer saya elok saja boleh klik.
Siapa sebenarnya Al-Qaeda? Adakah ia hanyalah rekayasa US untuk menghancurkan Islam? Ada yang menyatakan bahawa Osama dan Obama adalah orang yang sama. Benarkah begitu? Ada pula yang berpendapat Wahabi pro Al-Qaeda, betul ke?
labbaika ya hussin labbaika ya hussin labbaika ya hussin
al-Qaeda mmg agen Amerika Laknatullah yang mahu memecah-belahkan umat Islam!! Kebenaran akan terserlah jua...SOLAWAT!
dah boleh dah,heh.betul td x boleh.maaf.
Salam 1Ummah,
Batang kelapa dipotong-potong,
Tiap satu tidak disukat;
Bulat air kerana pembentung,
Bulat manusia kerana muafakat.
United we stand, divided we fall!
Sekian, wassalam. @_@
Allah berkati umat Islam sama ada Sunni @ Syiah..
http://news.bbc.co.uk/2/hi/world/middle_east/10195838.stm
Masya-Allah..cantiknya perpaduan!
Post a Comment