25 May 2010

Merakyat? Tipulah!

Ketika saya menunaikan haji dalam tahun 2008/2009 saya diberitahu oleh beberapa pelajar kita di Ummul Qura yang ada pemimpin kita dari Malaysia, 'hajinya macam tak haji'. Yang seorang lain mencelah memberitahu, 'umrahnya macam tak umrah'. Saya malas menghuraikan apa yang 'hajinya macam tak haji'. Banyak sisinya 'haji macam tak haji' itu. Status pemimpin tidak menjadikan ia berbeza ketika melaksanakan haji atau umrah. Kain putih tak berjahit itulah lambang kesamaan.


Masya-Allah Ahmadinejad, mengapa masih ramai yang tidak nampak?

14 comments:

Peri PiA said...

tu la yg saya tak faham dgn pemimpin m******* beribadah di sana

ya Allah,Ahmadinejad betapa BIASA nya dia di tanah haram

Faisal Tehrani said...
This comment has been removed by the author.
sindiketFOTOGRAFi said...

ish.kalau tak dibagi tahu.tak kannya saya nak perasan ada ahmadinejad kat situ.hm.

dia memang insan kerdil berjiwa besar.

Adika said...

Yep2...tak salah lagi.....:3

zahra said...

Salam.

"...Allah SWT menciptakan malaikat, lalu menempatkan akal dalam diri mereka. Kemudian Allah menciptakan binatang dan memberi mereka syahwat (nafsu), lalu menciptakan manusia dan memberi mereka keduanya.

Struktur malaikat dan binatang yang dimiliki manusia melahirkan dua dorongan dalam diri mereka: dorongan menuju ke atas dan dorongan menuju ke bawah; dorongan langit dan dorongan tanah. ..." - (Muthahhari, 2008:99)

Faisal, ramai yang masih tidak nampak kerana barangkali mereka tidak terdorong ke langit tetapi terdorong ke tanah. Wallahualam.

Wassalam.

anayilz said...

Subhanallah...

*awal2 xprasan juga itu Ahmadinejad.huhu.

mohd ihsam zainuddin said...

masya allah!! inilah role model utk seluruh presiden,perdana menteri dan pembesar2 negara2 islam.tidak ada protokol,layanan vvip yg biasa tdpt pd pemimpin2 negara islam yg lain.itulah yg dimaksudkan byk org pergi haji tapi tak mcm pergi haji!!

labbaika ya hussin!!

Siti Aishah Hanin said...

saya mengkagumi Ahmadinejad tetapi masih keliru dengan syiah di belakangnya.mungkin sdr Faizal boleh bagi pencerahan yang padat dan mudah difahami?

Apiq Putra said...

ahmadinejad.1 di dalam 1000

Faisal Tehrani said...

siti aishah
saya kira tak ada satu cara yang mudah untuk memadatkan tentang aliran syiah yang telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad lagi. carilah sendiri. saya banyak kerja lain.

satu said...

MasyaAllah...walau bintang di langit dapat dicapainya masih tidak lupa beliau pada rumput di bumi...

Saudara minta izin untuk saya linkkan blog ini ke dalam blog saya di http://www.ibunoor.com

Maaf...baru berani berbicara. Kiranya telah menyunting laman web ini terlebih dulu.

-ibunoor-

irhafiz said...

Memang nampak beza antara haji atau melancong.

pink lady lala.. said...

MasyaAllah,Pemimpin muslim contoh.
Aku hanya memandang beliau sbagai Muslim.

syiah wujud sejak zaman Nabi masih hidupkah?
bukankah yang dibawa Rasulullah itu hanya Islam semata-mata, bukan agama syiah atau sect2 yg lain?

Syukur pada Allah, kalau bukan kerana pak2 sheikh yang mngikut sunnah datang berdakwah smpai ke Tanah Melayu pada masa lampau, mungkinkah aku sedang menyembah batu hari ni?

~Manusia jahil~

zahra said...

Salam.

Sekadar makluman untuk pinkladylala:
"Apabila seseorang sujud dan dahinya sama sekali tidak menyentuh tanah, maka sujudnya dianggap tidak sah. Tetapi jika seseorang sujud dan bahagian dahinya menyentuh tanah, maka sujudnya dianggap cukup dan sah, insya-Allah." - Imam Syafie, Al-Umm, jilid 1:114.

Wassalam.