SHAH ALAM: Malam Puisi Riong – Shah Alam, Selangor: Wasilah Cinta Pencipta dan Manusia menyegarkan suasana di Laman Budaya, Taman Tasik, Shah Alam, Selangor, malam kelmarin dengan kehadiran sasterawan negara, tokoh sastera dan media.
Malam Puisi Riong dianjurkan Unit Sastera Berita Harian Sdn Bhd (BHSB) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Komuniti Akar, kali ini menghimpunkan dua Sasterawan Negara (SN), Datuk A Samad Said membacakan puisi Hidup Bersama dan Datuk Dr Anwar Ridhwan dengan Sindrom Haji Murat.
Pengarang Kumpulan BHSB, Datuk Mior Kamarul Shahid membacakan Doa Pada Hujung Perjalanan karya Datuk Baha Zain.
Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mat Nor pula membacakan Semarak Anggerik Mukala, manakala Penerima Anugerah Penulisan Sea 2005, Abdul Ghafar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Agi mendek-lamasikan Gakgakgak dan La-La-La.
Majlis turut dihadiri Editor Unit Sastera BHSB, Salbiah Ani dimeriahkan dengan kehadiran pengarang muda, Ahmad Syukri Abdullah yang juga johan Sayembara Deklamasi Puisi Kebangsaan 1986 serta Mohd Faizal Musa atau Faisal Tehrani.
Pengarah Projek Bersama program malam berkenaan, Mohd Zulfahmee Ismail tidak ketinggalan membacakan puisi selain generasi muda seperti Fynn Jamalm, Mohd Zulfahmee Ismail, Ashraf Ishak, Mohd Suffian, Mohd Hatta Mohd Yatim, Fareha, Fazleena Hishamuddin dan Norr Azah.
Khalayak turut dihiburkan penyanyi Aishah yang tampil di pentas puisi, selain Rizu (One In A Million) dan Rini (Akademi Fantasia 7) selain berpeluang mengisi minda dengan buku pilihan melalui jualan buku kreatif terbitan KarnaDya Solutions Sdn Bhd (KarnaDya) yang mendekati pembaca secara santai.
Sumber di sini.

6 comments:
menarik...
teringin sungguh menyertainya...
ya, saya suka 'wajah' faisal dalam akhbar ini, nampak lebih 'matang'.
ingin bertanya, mengapa kni sekejap ada sekejap tiada di ikimfm? apa sebenarnya yang terjadi? sekadar bertanya, kerana ada orang yang menunggu hingga ke maghrib, kasihan saya melihatnya...
Salam saudara Faisal.
Saya antara audien yang hadir pada malam itu. Saya sangat suka sajak 'Ingin Jadi Nasrallah'. Isi-isinya membakar semangat untuk terus berjuang. Terima kasih, saudara.
Saya kira ini satu usaha yang baik daripada pihak Berita Harian dan MBSA dalam memartabatkan Bahasa Melayu selain mempopularkan budaya berpuisi dan berkarya dalam kalangan masyarakat. Malam Puisi Riong juga ada temanya yang kena dengan keadaan semasa.
Ayah saya bilang, persembahan ini sudah lama ada. Perkataan Riong itu diambil daripada nama Jalan Riong, tempat bermulanya dunia penerbitan (kalau tak silap saya).
Harapnya semoga usaha ini diteruskan sampai bila-bila. Teruskan berkarya, wahai saudara! ;)
Baju dipakai itu- bukan milik mereka
Lantas, jutaan masuk ke kota bukan melalui pintunya
Mereka telahpun dipesan dibawah panas mentari
Malah hingga ingin ditinta, namun pesan ini...
Rumah ini terbakar berkurun
Hitam sejarah dibawa bersendu
Puteranya jatuh satu persatu
Ahlinya terpinggir jauh terpintu.
Zaman menunggu putera Ashkar
Janji tertunai kecil dan besar
Aku dengar, aku teliti
Namun hati ini,
masih berbahagi
Esok lusa kalau diizin tuhan,
Akan aku maju sejalan.

Post a Comment