10 May 2010

Cerpen Mikro: Piala Dunia

Tinjauan KiniMalaysia di sekitar Lembah Kelang dan George Town mendapati kebanyakan tahi judi berasa sangat teruja dengan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan. Tindakan itu dilakukan kononnya bagi mengelakkan berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Seorang apek tua bernama Lim yang ditemui di luar Komtar berkata beliau sungguh terharu dengan pengiktirafan kerajaan tersebut, "Saya sebak bila mendapat tahu perkara ini. Aiya, inilah saat yang kami nantikan, pengiktirafan yang telah lama kami dambakan."

Seorang tahi judi lain yang ditemui di Kuala Kubu Bharu, Zaid Ziad Munaragen ketika diminta mengulas cadangan tersebut memberitahu bahawa hatinya berdebar-debar menanti pengesahan rasmi pihak berkuasa mengenai perkara tersebut, "Selama ini saya berjudi kecil-kecilan, ada la main lumba kuda sikit-sikit. Tak sangka pula kerajaan nak benar dan halalkan aktiviti ini. Tak tahu nak cakap mana. Very the happy sangat."

Seorang pengelola aktiviti perjudian, Chuah Jit Jot (bukan nama sebenar) memberitahu KiniMalaysia tindakan membenarkan aktiviti perjudian di saat bahang Piala Dunia kian terasa adalah sesuatu yang membanggakan dan tidak disangka-sangkakan. "I like. Macam mimpi wooo. Kami akan sokong dulu kini dan selamanya. Ini adalah satu perbuatan yang amat mesra, amat cepat dan amat betul."

Sementara itu Kelab Pekerja Seks Ibu Kota, Anu Ani mengutus emel ke meja editor KiniMalaysia berharap supaya kerajaan turut membenarkan kegiatan pelacuran dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010. "Jika logik untuk mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini maka dibenarkan perjudian secara rasmi, justeru kami ingin memohon supaya aktiviti pelacuran juga dihalalkan. Bola dan kami sangat sinonim tau."

Beberapa agamawan yang dihubungi KiniMalaysia berbahagi pendapat tentang cadangan tersebut. Ada ulama yang menentang keras rancangan kerajaan itu dengan merujuk kepada ayat al-Quran “Sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.” (Al-Maidah: 90); tidak kurang pula ada ulama yang bersikap berhati-hati dengan mengatakan 'jika berjudi kemudian bertaubat selepas Piala Dunia' adalah 'tidak apa'. Ini kerana menurut agamawan yang dikenali sebagai 'tok guru' tersebut tindakan menghalalkan perjudian boleh melembutkan hati penjudi untuk menerima Islam di akhirnya, "Kita mesti pentingkan matlamatnya iaitu untuk mengajak orang kepada agama."

14 comments:

fatamorgana said...

lum dengar lg Tan Sri "Harus ini" melenting..

yatie chomeyl said...

'tok guru' man ayg pandai2 mengeluarkan hujah bagi berjudi dulu lepas tu bertobat tu isk3x *geleng kepala laju2*

Panglima Perang Cyber said...

hahaha....gelii hati saya.

dalam hal ini judi adalah haram kepada umat Islam.

full stopppp

amirul said...

sekadar memohon supaya Allah terus mengasihi hamba-hambanya yang ikhlas berjuang. Satu masa dulu seorang ustaz yang cukup saya kagumi ketegasannya berdebat dengan astora, kini ustaz itu nampaknya asyik dengan sokongan orang-orang sekular di sekelilingnya. Saya mohon agar saudara FT tidak diuji seperti itu. Mudah-mudahan ketegasan anda berkekalan, Insyaallah

Faiz Jamaluddin said...

saya sokong kerajaan umno beri lesen arak, judi, malah pelacuran pun saya sokong kalau diberi lesen..iyalah, duit kerajaan pun dah berkurang..daripada kenakan cukai kepada rakyat, baik kaut untung dengan aktiviti maksiat..kahkahkah...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Parah betul 'hati-hati' judi~

mawarhanin said...

kuarkan dalam Utusan baru betul buku bertemu ruas..

JoeBeruang said...

apabila mereka yg diatas mula berfikiran sempit.. segala haram dihalalkan...

LUT said...

cerpen mikro tak pernah mengecewakan!
aku rasa semua orang tau mana salah mana betol. malah kaki judi tahu.

Ar-razi said...

teruk juga, perkataan dari orang melayu,orang kerajaan, begitukah UMNO,teruk ...
geleng2

Huda Afiqah Hashim said...

Tak tau nak k0men per~~~ XD

"cerpen mikro tak pernah mengecewakan! aku rasa semua orang tau mana salah mana betol. malah kaki judi tahu."

sokong2...

nash azuan said...

adoi...

ahmadnaziF said...

haha...memang sinis..

Aree said...

Malaysia dah cukup kaki rempit, kaki minum, GRO dan penagih dadah tapi belum cukup kaki judi lagi. Kena tambahkan lagi bahagian yang kurang tu.

Marilah kita sama2 bersedekah kepada Vincent Tan.