04 May 2010

Cerpen Mikro: Jalan Mati

Tuan Yang Dipertua,

Kami menulis warkah ini kerana tidak mendapat keadilan di dunia. Jadi kami memohon tiga batang jalan untuk diabadikan padanya nama kami bertiga. Kami berjanji akan menghuni di jalan tersebut selama-lamanya dan menjaga sesiapa yang lalu lalang di situ sebaiknya. Harapan kami setelah ini, kami akan dapat tidur lena. Sekian.

Terima Kasih.

Yang Benar,

Penerjun Berani Mati Bertaraf Sukan Olimpik, Remaja Keluar Makan Burger Kemudian Kena Tembak, Model dan Penterjemah Cantik Yang Menyimpan Hobi Mengumpul Pelbagai Poster Kapal Selam.

S.K: Setiausaha Persatuan Mangsa-mangsa Kematian Tidak Terbela.

19 comments:

.zulaikhabukanpenggoda. said...

style! :)

Hamba Ilahi said...

tak faham

akuinsanlemah said...

hurm, menarik..
Allah maha ADIL. maka pastinya akan ada keadilan untuk semua!

p/s: kapal selam yang penipuannya amat jelas. ingat kami bodo ka?

Mr Final said...

hahaha.. sinikal~

Izzah Al-Maliziyyah said...

Barangkali, Tuan YDP pula yang tidak dapat tidur lena.. hehe sinikal tapi praktikal~

Vitamin said...

saya cemburu dengan kamu

me,myself n all around da world said...

Sukar difahami,maksud tersiratnya?

mxypltk said...

Tak faham yang penerjun sukan olimpik, 2 terakhir tu boleh agak.

Tn Hj, Ameenbooks tak keluarkan koleksi cerpen FT ker? Molek sekali jika digandingkan dengan Celupan (Isa Kamari) dan Kimono Ungu (Rebecca Ilham)...

PakCu said...

terbaekk bro ! hahaha
buat hamba ilahi.. kena baca paper dari semua genre. :)
paper dr pihak lawan dan kawan
baru la jernih dan mudah faham :)

TaNgGa MeRaH said...

saya merasakan ini sindiran-sindiran yang cukup perlu dengan dunia yang sekarang ini...

ina said...

Aduh...benarlah apa yang dikatakan pena itu lebih tajam dari mata pedang. Tiada yang benar melainkan yang benar semata-mata.

huda~** said...

sheshh!! ..sgt cemburu dgn entry kali ni. mula2 x paham lgsung.. then lama kmudian br paham..
owh~ lmbtnye saya...

djambu puadovich said...

tak dapat tangkap penerjun olimpik tu siapa...

Faizah Roslaini said...

kugan tak dimasukkan? Barulah satu Malaysia?

Melorian said...

hamba paham,hamba paham...

Juma Karamah said...

djambu, rasanya penerjun olimpik tu tunjuk skill yang paling hebatnya kat Shah Alam... ala bangunan SPRM tu;D agak2 je...

R.Hareez said...

Setakat kita menyindir di sini
Mereka tidak akan peduli
Mereka sudah lama hilang maruah diri
Mereka berebut kerusi kuasa setakat ini
Hanya peduli untuk merampok seberapa banyak harta rakyat lagi

Rakyat!!!
Fikir dan bertindaklah sewaras hati
agar tidak terus dibohongi saban hari

Teruskan menghayati luahan hati
SN Samad Said di link ini
http://samadsaid.wordpress.com/2010/04/30/perampok-tanah-air/

student said...

tajam.

mawarhanin said...

faham dan sangat jeles...huh!