14 May 2010

Cerpen Mikro: Cawan Thomas (2)

Seperti anda, Kak Anne dan Kak CT menonton pertandingan Cawan Thomas di televisyen. Sungguh mendebarkan.

Kak Anne merungut, "Tak ada semangat mereka ni. Kita berputih mata lagilah Cik Ti. Benci aku tengokkan Lin Dan tu, dah menang siap tanggal-tanggalkan baju."

Kak CT mengesat air matanya yang berjujuhan.

"Dia tak datangkan? Yang rambut mengerbang bermata sepet tu, tak datangkan?" Kak Anne inginkan kepastian. "Kau kan boleh nampak makhluk halus. Ada ke hantu tu datang?"

Kak CT menggeleng, dalam sedu yang belum habis dia bersuara, "Kali ini sebab lain."

Kak Anne menggetap bibir.

Kak CT terketar bersuara. "Mereka tak dapat berkat macam biasa. Dia tak datang. Kalau dia datang, biasakan dia peluk. Ala 'mama-mama' yang beri motivasi. Tapi kali ini, dia...dia tak datang. Big Mama tak datang...sebab itulah kita kalah. Kau tak nampak ke, mereka mahukan mama mereka."

Kak Anne tarik muka meluat, "Heh meluat betul aku minah ni. Orang tanya betul-betul ni!"

Cawan Thomas Volume 1, klik sini.

15 comments:

aquatiq said...

hehe~

bisa 2!!

wak2 bila ya pnyok0ng2 ni solat maghrib??

akuinsanlemah said...

"Dia tak datangkan? Yang rambut mengerbang bermata sepet tu, tak datangkan?"..
haha..bukan sinis lagi..

berkat bawa bala.
geli.
amat geli melihat wanita pertama negara Islam datang ala2 big mama yg penuh kasih sayang tapi hakikatnya..kita tahu siapa yg kurang kasih sayang selepas tengok gambar ini..haha..sangat menggelikan biji mataku. amat.

.ieLah. said...

baru faham! :)

Peri PiA said...

owh,saya sgt suka entry ini

main bola sepak kah buka2 baju :(

||Aku Pemikir|| said...

wakakakaka...sempat lagik ada sambungan cerita 'wanita mata sepet'!!kah kah kah

Mr Final said...

terbaeekk... haha~

Zaid Akhtar said...

Big Mama datanglah. Sebelum perlawanan beregu ada nampak kelibatnya di TV.

Bertuahnya Datuk Lee dalam dakapan...
:-)

miss saxoni said...

malu tgk pic ni, klau ye pun nak kasik semangat, tak payah la nak peluk2...
klau anak branak takpe gak, ni takde talian langsung n secara harfiahnya haram, bini p.m plak tu,...sadiss yg amat...

life is not a fairy tale dude said...

Kalau ya pun nak beri sokongan, janganlah sampai berpeluk-pelukan.

Chauvinist party

Rafi said...

yang penting bukannya kemenangan..yang penting adalah kasih sayang...salam satu Malaysia

amirul said...

Ya syeikh, Bik Mama kot??

~ciknura~ said...

Tak dapat peluk Thomas Cup,peluk First lady pun jadilah...

aennykaio said...

big mama dia pendorong kejayaan.

Zahan said...

terkejut, tiba2 dengar dia plak jd Peminat No. 1..

seet said...

Erti kasih sayang bagi big mama sgt meluas..
errr..kagum melihat big mama mempraktikkan konsep 1 malaysia,haha
Hurmm, selaku peminat badminton tanah air kecewa juga kita xdapat bawak pulang cawan thomas, tapi x sangka ini sebabnya,haha..