
Saya ingin menarik perhatian pembaca Muslim yang mengikuti blog ini bahawa menurut Wong Ho Leng, calon DAP bagi pilihanraya kecil Sibu, “If elected, I will call upon the prime minister and home minister to immediately cease the legal dispute with the Christian churches over these matters to protect the freedom of religion in Malaysia for non-Muslims,”.
Sejak bila pula tiada kebebasan beragama di Malaysia?
Kira-kira 53 persen dari 55,000 pengundi di parlimen Sibu adalah penganut Kristian. (sumber di sini).
Dalam pada itu, Datuk Ngeh Koo Ham, seorang lagi orang kuat DAP, mengingatkan pengundi di Sibu, "If you don’t speak up now one day they will classify Christianity as subversive. The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population).” Beliau menyuarakan 'perpaduan Kristian' itu dalam satu majlis ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders' di salah sebuah hotel di Sibu.
Sementara itu pimpinan PKR, Datuk Tan Kee Kwong menyeru supaya hadirin di majlis itu 'menyebarkan mesej Gospel' seperti menolak 'corrupt practices'.
“You cannot be fence-sitters anymore you must spread the message of the Gospel,” said Tan. (sumber di sini)
Saya ingin mengajak saudara-saudara membuka Hikayat Abdullah. Dalam hal ini, Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya):
"It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 294.
Apakah pengajaran dari petikan pendek di atas?
1) Misionaris dari dulu sehingga sekarang tidak pernah lelah menyebar mesej Gospel. Ada-ada saja cara untuk 'menyebar' mesej Gospel. Dan mesej itu sendiri berbau 'muslihat'. Harus diingatkan dari petikan di atas juga, 2) terjemahan 'doktrin Kristian' bukan datang daripada orang Melayu tetapi daripada misionaris sendiri, 3) penganut Islam-Melayu telah lama 'mencurigai' cubaan menggunakan kalimah Allah bagi agama Kristian dan, 4) bahawasanya setiap era dan zaman akan ada manusia Islam seperti Munshi Abdullah 'yang terpedaya'. Dan PAS serta pimpinannya, silap-silap UMNO pun sama, boleh sahaja 'tertipu' atau 'merelakan diri ditipu' dengan pelbagai helah dan muslihat misionaris tanpa disangka.
Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya.
Sejak bila pula tiada kebebasan beragama di Malaysia?
Kira-kira 53 persen dari 55,000 pengundi di parlimen Sibu adalah penganut Kristian. (sumber di sini).
Dalam pada itu, Datuk Ngeh Koo Ham, seorang lagi orang kuat DAP, mengingatkan pengundi di Sibu, "If you don’t speak up now one day they will classify Christianity as subversive. The Christians of Sarawak must help the Christians of West Malaysia. It is tougher for us because we are only 10 per cent (of the population).” Beliau menyuarakan 'perpaduan Kristian' itu dalam satu majlis ‘An Evening with Pakatan Christian Leaders' di salah sebuah hotel di Sibu.
Sementara itu pimpinan PKR, Datuk Tan Kee Kwong menyeru supaya hadirin di majlis itu 'menyebarkan mesej Gospel' seperti menolak 'corrupt practices'.
“You cannot be fence-sitters anymore you must spread the message of the Gospel,” said Tan. (sumber di sini)
Saya ingin mengajak saudara-saudara membuka Hikayat Abdullah. Dalam hal ini, Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya):
"It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 294.Apakah pengajaran dari petikan pendek di atas?
1) Misionaris dari dulu sehingga sekarang tidak pernah lelah menyebar mesej Gospel. Ada-ada saja cara untuk 'menyebar' mesej Gospel. Dan mesej itu sendiri berbau 'muslihat'. Harus diingatkan dari petikan di atas juga, 2) terjemahan 'doktrin Kristian' bukan datang daripada orang Melayu tetapi daripada misionaris sendiri, 3) penganut Islam-Melayu telah lama 'mencurigai' cubaan menggunakan kalimah Allah bagi agama Kristian dan, 4) bahawasanya setiap era dan zaman akan ada manusia Islam seperti Munshi Abdullah 'yang terpedaya'. Dan PAS serta pimpinannya, silap-silap UMNO pun sama, boleh sahaja 'tertipu' atau 'merelakan diri ditipu' dengan pelbagai helah dan muslihat misionaris tanpa disangka.
Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya.



22 comments:
saya suke membaca entri ni, terima kasih kerana berkongsi
entri ini membuatkan air mata saya terasa ingin menitis.. mengenangkan nasib dan masa depan..
Setuju !
Aku sokong kenyataan kau zal...
Saudara, saya sangat tertarik dengan isu ini. Tetapi isu sebenarnya ialah pada akhir zaman, orang-orang Kristian yang masih degil menolak Islam secara automatik memang tidak lagi akan diterima di akhirat kelak walau apapun alasan. Ini kerana mereka sendiri telah diberitahu akan kedatangan nabi terakhir, Muhammad S.A.W. Walaubagaimanapun, janji Allah akan terbukti melalui kemasukan beramai2 umat Kristian ke dalam Islam suatu hari kelak. Mungkin isu ini juga akan jadi satu hikmah pada kita semua. Disebut juga di dalam al-quran mengenai isu ini dan juga perkara yang telah saya sebutkan. Sekian
kedua2 pihak mengambil kesempatan atas isu yg sama.silap langkah,kita pulak yg bergantung kpd mrk! di manakah peranan islam itu sendiri? bukankah ia membasmi segala unsur2 maksiat dan kejahatan..jgn meliberalkan perjuangan demi kepentingan politik yg sempit dan berkepentingan!!
alangkah bagus kalau semua mahasiswa mesir membaca post saudara yang ini...boleh saya copy?
Terima kasih.
xsangke betul munshi tu penterjemah bible pertame ek?
Salam.
"Terjemahan 'doktrin Kristian' bukan datang daripada orang Melayu tetapi daripada misionaris sendiri".
Benar sekali. Lihat apa kata Collins (1998):
"...some far-sighted Europeans began to realise the potential of Malay in the ever widening vision of what the European engagement of Southeast Asia could mean. First, there are the tentative efforts of the Catholic missionaris under the aegis of the Portuguese to introduce their religion to the archipelago [using Malay as the medium]. ..."
Lihat pula apa kata Reid (1993):
"I taught the children and native people a "declaration" I had written on each article of faith, in a language that all could understand [Malay], adapting myself...to what the people of the country, newly converted, could understand."
Misionari Kristian amat cemburu dengan kekuatan dan ketersebaran Islam pada masa itu. Mereka berasa tercabar kerana tidak mempunyai teks untuk menyebarkan dan mengajarkan Kristian kepada orang tempatan, berbanding Islam. Namun harus dikhabarkan bahawa tempatnya ketika itu ialah di Ambon.
Oleh itu, pada tahun 1611, buku Melayu pertama diterbitkan oleh Ruyll seorang Belanda untuk memperkenalkan abjad Latin kepada anak-anak muda Melayu Ambon sebagai asas untuk memahami Calvinistic Christianity, termasuk The Ten Commandments, The Articles of Faith dan lain-lain.
Jadi, nampaknya strategi yang sama itu hendak digunakan di sini. Apakah kita ini tidak mahu belajar dan mengetahui betapa bahasa itu mempunyai kuasa mempengaruhi pemikiran dan tanggapan khalayak terhadp sesuatu?
Fikir-fikirkanlah.
Wassalam.
Artikel yg baik dan sewajarnya dijadikan rujukan...
apa pulak hukumnya kalau parti Islam berpakat2 dengan parti yang terang2an meyokong agenda kristian menelan Islam...masih Islamkah atau sudah jadi kafir macam UMNO?
Rafi and all, seperti yang kita dapat saksikan, bukan PRINSIP atau KEBENARAN yang jadi pegangan parti tersebut, tapi KUASA. Bermakna, nafsu yang memandu tindakan mereka, bukan akal... biarlah negara hancur, asalkan mereka dapat kuasa.. dosa mereka tu tak dapat saya maafkan kerana mereka orang yg arif agama..
terima kasih atas ilmu ini
Di mana Pas????????????
takkan kawan pun tak boleh nak nasihat.
Kalau tiada kebebasan agama, takkan Kristian sanggup nak memecahkan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama dengan mengguriskan hati penganut Islam?
Stop being a hypocrite.
history should be learnt
haha kenapa sebut UMNO dan PAS je, tapi tak sebut PKR? hahaha....part tu kelakar.
tak ada kelakarnya..PKR tu da semestinya la x pernah letakkan Islam sebagai asas perjuangan...dia nak berpakat dengan sesapa pun x ada org yang hairan..walaupun dengan yahudi...lagipun PKR tak pernah mengkafirkan puak dari parti lain..sekarang aku tgk puak parti hijau tu macam menjilat ludah sendiri je
Kasarnya bahasa Rafi ni haha....bawak bertenang ok.
ALLAH BLESS AMERICA!!!
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
ALLAHU AKBAR!!!
"UNITED WE STAND"
orang melayu kini sudah tidak peduli terhadap agama Islam. pemimpin sibuk dengan kuasa dan wang, marhain sibuk dengan bagaimana nak isi perut,ilmuan sibuk bertelagah ilmu siapa yang lebih hebat,remaja dan anak-anak pula sibuk berfacebook. Masyarakat melayu mendapat bala yang tidak kelihatan kerana tidak berfikir.
rafi, janganlah main kafir mengkafir kat sini..ingat, Allah sahaja yang boleh mengetahui islam n kafir seseorang..cakap munafiq boleh lagi..lainla kalau org tu mengaku murtad..rilek bro..ok? :) semua main peranan.. Umno n Pas..:) duduk semeja..bincang...dalam umno pn ramai ustadz2 yg ok yg matlamat jelas..jangan terus tuduh ustadz masuk umno sebab duit..sebab nk projek.. jangan kita di sini jadi seperti orang melayu kebanyakan.. yang cepat melatah n menabur fitnah.. na'udzubillah..
salam,
Thank's saudara Faizal!
betoi tu... saya sokong dan Yang berkenaan tu, jangan dok jadi banggang... tolong la buka mata dan pintu hati tengok di sekeliling...
Solawat!
Post a Comment