Cik Puan Rosdah pun mengenakan kebaya yang bertatah permata dan berlian. Untuk makluman tuan-tuan, itulah kebaya paling mahal dalam dunia. Dalam hati Cik Puan Rosdah berbunga ria. Ia pun mengulang-ulang dalam hati bagaikan satu zikir, ‘sayangi Melaka, yakini Rosdah’. Sambil dayang-dayang menolong ia memakaikan sepatu yang ditempah khas daripada Tun Bijik Choo, ia pun memupur mukanya dengan bedak sejuk cap Simpul Siti. Ia juga melumur bibirnya dengan pewarna bibir yang merah. Juga cap Simpul Siti. Nah, itulah rahsia kecantikan Cik Puan Rosdah selama ini. Kegebuan dan kemontokan Cik Puan Rosdah sehingga lengannya itu besar ala-ala sepemeluk batang kelapa ialah kerana kegilaannya santap sejenis lauk dinamai botok-botok.
Adapun tuan-tuan, botok-botok ini tiadalah dicipta Tun Lepat. Ia dicipta oleh Gerau Mail Rebung lama dahulu. Ia juga menjadi kesukaan mendiang Rosjah. Bahan-bahan untuk membuat botok-botok ini tiadalah susah. Siapkan minyak masak, ikan tenggiri yang telah dibersihkan, cili kisar, air asam jawa, garam, gula halus, daun tenggek burung, daun kari, daun kaduk, pucuk betik, daun pisang dan dicari bawang merah, bawang putih dan halia yang akan dikisar kasar. Kemudian hendaklah dicarikan jintan manis, jintan putih, biji ketumbar, buah keras yang disangrai dan dikisar. Hendaklah digoreng ikan itu separuh masak, diangkat lalu diketepikan. Kemudian ditumis bahan yang dikisar kasar sehingga naik baunya yang wangi. Lantas dimasukkan cili kisar, dikacau sehingga garing. Tanpa lengah masukkan pula rempah yang dikisar lalu dikacau sebati. Tiada menunggu lama, dituangkan air asam jawa bersama garam dan gula secukup rasa. Setelah itu dimasukkan semua ulam yang siap dihiris dan kacaulah sehingga layu. Jangan pula lupa tuan-tuan melayur daun pisang, dan letakkan bahan yang dimasak tadi. Ikan tenggiri beberapa ekor itu diletakkan diatasnya dan lapiskan dengan ulam-ulaman tersebut. Paling akhir dibungkus daun pisang itu kemas-kemas sebelum dikukus. Cik Puan Rosdah suka menjamah botok-botok begitu sahaja. Tetapi jika tuan-tuan ingin makan dengan nasi pun tiada salahnya.
Satira Ketupat Cinta Musim Kedua disirikan di akhbar Harakah edisi Jumaat.

5 comments:
SALAM. selagi dinamakan satira...saya terus menunggu resepi satira yang seterusnya. Terima kasih En. Faisal Tehrani
Salam anakanda'
mama membaca kisah ini...
Mama berharap anakanda dpt luangkan masa membaca 'teratak Husaini'ada kat link mama.Mama tgk dia sungguh berbakat,umur 19 th menuntut di UK sekarang di kb menerima rawatan.
Dari 18.2 hingga kini 6 cerpen dah dihasilkan.Dia cuba novel'malaikat dari seberang'Cerpen pertamanya agak kurang sikit,tapi yg berikut menarik(sesuai dgn usia penulisannya)
Kalau anakanda beri komen2 membina tentu dia lebih bersemangat untuk hidup.Sekarang ini dia asyik menghitung hari,memperlihatkan darah-darah di fcnya.Mama menangis membaca puisi2nya akhir2 ini.Dia juga bekalkan lagu. Sedih memang sedih.
Dia mengidap penyakit yang sukar...
Terimakasih anakanda mendengar luahan mama.
Pulut Durian 1Malaysia
http://hafizhilmi89.blogspot.com/2010/04/cerpen-pulut-durian-1malaysia.html
muahahaha..kelakarnye..nnt nak cr jgk la bedak sejuk jenama simpul siti..hahaha
apa jadi dengan gerau mail rebung.. bila org kesayangan mail rebung, pemuda bukhari itu sudah berkahwin?..hahaha..
Post a Comment