KETIKA ditemui pada Khamis lalu, raut wajahnya masih bersisa kepenatan. Ini kerana semalamnya merupakan hari terakhir beliau menjalani Program Latihan Khidmat Negara.
Namun, Fatin Syahirah Mohamad Nawi 17, merupakan remaja yang paling gembira dan begitu bersyukur ke hadrat Ilahi.
Manakan tidak apabila anak keempat dari 10 adik beradik ini tergolong antara pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009. Beliau beroleh keputusan yang sangat cemerlang iaitu pangkat A+ untuk kesemua 11 mata pelajaran yang diambil.
"Walau sebijak mana pun seseorang pelajar itu, tetapi dia masih memerlukan bimbingan dan sokongan pihak sekolah bagi mencipta kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan," ujar Fatin Syahirah.
Beliau yang sebenarnya masih terkejut dan menganggap keputusan yang dicapai sebagai satu keajaiban.
Katanya, selain fokus atau tumpuan sepenuhnya dalam kelas, menjaga hubungan baik dengan guru adalah amat penting bagi mendapat keberkatan dalam menuntut ilmu.
"Saya sedih dengan keadaan semasa di mana ramai pelajar yang tidak menghormati guru seperti dilaporkan media kerana ia satu perbuatan yang begitu biadap dan derhaka.
"Saya lekas meminta maaf kepada guru sekiranya menyedari ada terkasar bahasa atau tersilap kata, kerana dalam hayat seseorang itu, guru merupakan ibu bapa kedua kita, maka wajib kita menghormati dan mentaati mereka," katanya.
Begitu sekali beliau menghormati guru yang masing-masing merupakan warga bertuah Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) yang genap 55 tahun penubuhannya pada 8 April tahun ini.
Peranan yang boleh kita lihat pada KISAS adalah sangat luhur dan unggul di negara ini dalam menerajui legasi pendidikan Islam. Kini, sebahagian besar bekas pelajar KISAS menjadi pemimpin-pemimpin utama negara dalam pelbagai bidang.
Sama ada dalam kerajaan mahupun swasta, bekas pelajar mereka benar-benar mengukir nama di persada negara dan antarabangsa. Kesemua mereka mencorakkan negara dan mereka jugalah yang begitu banyak memberikan sumbangan terhadap bangsa dan agama.
Ini termasuklah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman yang dikira antara pelopor sebagai pelajar kolej (ketika itu dikenali sebagai Kolej Islam Malaya), iaitu dari tahun 1959 hingga 1962.
Ulama terkenal, Datuk Dr. Harun Din al-Hafiz, bekas duta negara ke Mesir yang juga mantan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Pengerusi FELDA yang pernah menganggotai Kabinet, Tan Sri Dr. Yusuf Noor sehinggalah, Dr Bukhari Lubis (UPSI), Zahazan Mohamad, Idris Ahmad (PAS). Dr. Lo'lo' Mohd. Ghazali (PAS), Datuk Rosol Wahid (UMNO), Datuk Shahaniza Shamsuddin (UMNO), mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, peguam syarie Zainul Rijal Abu Bakar, penggiat seni, Allahyarham Zubir Ali dan Faisal Tehrani (sastera dan teater).
Sehinggakan gambaran yang diberikan jika kita melontarkan batu tanpa mengira tempat di negara ini, batu itu pastinya mengenai bekas pelajar KISAS yang jika kita dapati masing-masing tidak sahaja memegang jawatan penting dalam pengurusan Islam negara malah dalam bidang kehakiman, perundangan, ekonomi, doktor perubatan, pensyarah sehinggalah kepada usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya.
Begitu sekali KISAS yang telah melahirkan beribu-ribu bekas pelajar 'menakluk' negara ini.
Lahirnya KISAS ini adalah dari sejarahnya yang tersendiri.
Penubuhannya mendapat restu seluruh warga Islam tidak sahaja dari Malaysia, malah disambut gembira oleh penduduk Islam Singapura dan Brunei.
Lebih-lebih lagi Kolej Islam Malaya dirasmikan penubuhannya dalam suatu istiadat diraja, istiadat yang dimulakan selepas solat Jumaat di tapak Istana Jemaah, Kampung Jawa oleh Sultan Hishamudin Alam Shah Alhaj, iaitu Sultan Selangor yang ke VI.
Almarhum merupakan Sultan yang menjadi kesayangan rakyat atas keprihatinan tinggi baginda dalam soal pendidikan dan dakwah Islam di negara ini.
Keprihatinan tinggi itu apabila kolej ini pada asalnya merupakan sebuah istana yang kemudian diwakafkan berserta tanah yang seluas 5.78 hektar oleh baginda.
Lantas itu KISAS juga dikenali sebagai Bumi Wakafan ekoran kemuliaan baginda untuk mewakafkan istana dan tanah itu yang diharapkan oleh baginda pada masa itu dapat melahirkan para ulama yang bertakwa. Seterusnya menerangi masyarakat negara ini dengan roh-roh islam serta dapat menghapuskan segala bentuk kekufuran dan jahiliah yang ada.
Pelajar awalnya terdiri seramai 43 orang yang datang dari seluruh pelosok Tanah Melayu, Singapura dan Brunei dengan tenaga pengajarnya ketika itu terdiri tokoh-tokoh pengajar akademik terkemuka tempatan dan dari luar negara terutamanya dari Universiti al Azhar, Mesir.
Pengambilan pelajarnya terus ditingkatkan setiap tahun khususnya dengan memberikan tawaran kepada bekas-bekas pelajar terutamanya dari Sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dari seluruh negara untuk menyambung tingkatan empat dan lima di kolej.
Pada tahun 1967, kolej ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran dan dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan yang dikenali sebagai Kolej Islam Kelang (KIK).
Diikuti pada tahun 1972, KIK mencapai taraf Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dengan diberi pelbagai kemudahan dan kelengkapan sekolah dan asrama para pelajar.
Pada tahun 1989 KIK kemudiannya bertukar nama kepada Kolej Sultan Alam Shah (Kisas) oleh Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Ini bagi mengenang dan menghargai sumbangan besar ayahanda baginda dalam penubuhan kolej itu.
Kisas terus mengukir kejayaan apabila kelulusan para pelajarnya dalam SPM dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) sering dinobatkan menjadikan Kisas antara Sekolah 10 Terbaik Negara.
Sehinggalah baru-baru ini Kisas antara 20 sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) cohort yang pertama.



12 comments:
Assalamualaikum,
Saya difahamkan bahawa tuan adalah pengamal tareqat Chistiyyah. Atas sandaran itu, saya mohon bantuan untuk mendapatkan sedikit maklumat mengenai Tuan Guru tuan tersebut.
Untuk makluman tuan, saya sedang dalam rangka mengumpulkan semua fakeh khalifah tempatan dan luar negara (khusus kepada mereka yang sering berkunjung ke Malaysia kerana ramai muridnya) untuk mewujudkan benteng Ahlu Sunnah Wal Jamaah di negara ini dari kecelaruan aqidah yang di bawa anasir-anasir yang sesat lagi menyesatkan.
rinduny biah solehah kat KISAS...
;(
Walaupun hanya sempat menuntut ilmu di KISAS selama dua tahun, tetapi pengalaman membesar dengan tarbiyah bumi wakafan sangat tidak dapat dilupakan.
Masih teringat bagaimana pelajar akan berebut-rebut menolong guru jikalau ternampak sahaja guru tersebut sedang mengangkat sesuatu barang yang berat, sungguh ihtiram Murabbi di KISAS sangat menakjubkan.
p/s: Kenapa nama Ustaz Zahazan dimerahkan sekali? Satu angkatan?
KISAS SPM 2006
Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan, mungkin membantu meningkatkan bilangan pembaca kedua pihak....Terima kasih
http://mybloghub.my/
salam anakanda
memang baling batu diserata alam malaysia ni terjumpalah budak KISAS.
Suami mama pun dari sana.Kebanyakkan org2 kuat di bahg agama berasal dr situ.
Suami mama baru je pencen!
Al-Hamdulillah, KISAS semakin menyerlah dalam akademik apabila termasuk dalam 20 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Sebagai bekas pelajar Kolej Islam Kelang (sebelum bertukar kepada Kolej Islam Sultan Alam Syah) saya turut berasa bangga. Semoga pencapaian ini dapat dipertingkat dari semasa ke semasa.
http://jamik-kabir.blogspot.com/
salam dari syrkt turath islami,menjual hardisk kitab, promosi selama 3 bulan, dengan harga istimewa le 950,anda jimat le 550,mklumat lnjut 011 6391176
alhamdulillah... pengalaman belajar di Kisas, banyak memberi pengajaran untuk menghadapi agar lebih matang. hidaup banyak berdikari dan insyaAllah mampu memimipin diri...
saya bangga berkongsi sekolah dengan anda..:)
Salam
Ya, yang merah itu satu generasi dengan saya.
Salam,
Fastaqim Kama Umirta dan Biah Solehah menjadi pemangkin pembentukan insan di KISAS..
5 unique in KISAS adalah mutiara yang paling berharga buat insan2 yang pernah bertandang ke bumi WAKAFAN...
Post a Comment