21 April 2010

Iran dan Malaysia

Petikan dari entri di blog mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad:

"Sebenarnya kempen terhadap program nuklear Iran oleh Amerika Syarikat bertujuan menindas Iran sahaja. Kita tidak harus menyertai kempen ini kerana ia akan merosakkan kepentingan kita. Dagangan kita yang termasuk jualan kereta, konsesi minyak, bekalan minyak, projek perumahan dan lain-lain menguntungkan kita. Kalau kita bermusuh dengan Iran semua ini akan hilang. Amerika Syarikat tidak akan ganti kerugian kita. Lagi pun imej kita dalam dunia, terutama dunia Islam akan tercemar."

Baca lanjut di sini.

9 comments:

Khairi said...

Salam,

Mahu tahu apa komen tuan. :)

Sebab saya tidak nampak apa yang tersirat kat situ walaupun agak berbelit.

akabas said...

Seingatan sy saudara x suke Tun tp belakangan nyata terpanggil utk meletakkan entri blog Tun dalam blog saudara. Tahniah untuk Tun.

HEMY said...

betul...nape senang sangat kita follow america pny agenda

Faisal Tehrani said...

akabas,
saya bukan manusia tidak waras untuk menolak satu2 sosok tanpa sebab yang benar. dalam hal ini, oleh kerana beliau benar maka saya tidak ada sebab menolak. tetapi dalam hal ppsmi kerana beliau ternyata salah, maka saya menolak.

Mohd Safwan said...

Syabas FT..!! Saya sangat suka mikro cerpen anda ini..
Entah kenapa hati saya sangat 'geli' & ingin ketawa setelah membacanya...:D
Apa2 pun,teruskan berkarya wahai FT..Sungguh ramai yg membaca & mudah-mudahan dapat memberi sedikit 'cahaya' kepada yang terasa..

putrifarish87 said...

SALAM. kalau memang betul..saya pun ikut:) tapi, kalau memang salah saya pun tolak:(

akabas said...

Saudara FT
Bagi saya penolakan saudara atas Tun bukan terlalu bersebab pada PPSMI, tp lebih kerana penolakan Tun untuk perkembangan aliran syiah imammiyah di Malaysia di zaman Tun berkuasa.

Bagaimanapun sy menyokong penuh usaha saudara atas PPSMI & ingatan saudara tentang NED.

Teruskan berkarya, kerana karya saudara adalah karya seni bahasa, berbeza dengan karya pak Habib, yg merupakan karya seni jiwa.

Faisal Tehrani said...

akabas,
saya tolak ppsmi kerana saya tolak ppsmi. dan betulkan fakta salah sdr tentang syiah dan tun mahathir. dah baca bagaimana tun perli maza ketika pelancaran bukunya?

Erti Kesenangan Dunia said...

Salam

Agak2 apa maknanya "Membuka Pekung Didada"? Sedikit demi sedikit ditelanjangi. Hmmm..... saya bukan maksudkan Bro FT. :) tapi sejarah yg berulang2 pada setiap diri yg ditinggalkan untuk mengurusi diri sendiri.. [ Bukan maksud yg ada pada ucapan ini "Eh.... saya terlupa nak ambil..." ]

wasalam
wasalam