29 April 2010

Ingin Jadi Ahmadinejad



Selepas pulang dari Malaysia beberapa tahun lalu, melihat pembangunan pesat Malaysia, Dr Ahmadinejad berikrar untuk terus membangunkan Republik Islam Iran. Dalam satu pertemuan dengan beberapa rakyat kecil yang dianjurkan sebuah NGO, seorang wanita tua memberitahu; "Selepas tuan pulang dari Malaysia saya bersumpah untuk terus bersama tuan. Saya membayar sedekah setiap bulan atas nama tuan. Tuan tidak keseorangan kerana saya mendoakan tuan sentiasa."

Wanita ini membuatkan Ahmadinejad menangis kerana terharu. Dalam ucapannya wanita tua itu menunjukkan kecintaan yang luar biasa sekali buat pemimpinnya.

Belum. Menurut saya, belum ada kecintaan seperti ini untuk seorang pemimpin di sini. Kerana belum ada kecintaan yang tulen, tulus, luhur dan murni daripada seorang rakyat untuk sebenar-benar pemimpin. Yang ada ialah kecintaan berasaskan materi. Waima ia seorang ulama sekalipun.

7 comments:

Shahrulrock said...

Saudara Faisal,
Saya sokong pandangan saudara.Pemimpin di Malaysia terlalu sibuk mempertahankan jawatan dan rakyat ternganga menanti bantuan.
Setiap keikhlasan, insyaallah akan di balas dengan keikhlasan.

Al Ghazali Sulaiman said...

Membaca cerpen Tunggu Ana di Karbala, Tuan ada menyebutkan serba sedikit mengenai Ta'ziyeh. Dalam Dewan Budaya keluaran Mei 2010 ada dimuatkan sebuah makalah mengenai Teater Ta'ziyeh.

Manalah tahu jika Tuan berminat untuk baca.

zahra said...

Salam.

Membaca entri ini, saya teringat: Mencintai itu memberi dan memberi, walau tidak menerima kembali. Kerana hanya dengan terus memberi itu, walau sakit walau pedih walau kecewa, kita akan belajar tentang keikhlasan...

Wassalam.

RubyIsma said...

agak2 bila la rakyat akan menyayangi pemimpin di Malaysia ini?...

oriotoiro said...

salam, saudara FT al-haj

terima kasih banyak kerana berkongsi entri yang sungguh mengesankan ini.

sebuah entri sarat makna dalam situasi ummah di M'sia masih dilanda krisis kepimpinan dan ketaatan.

di M'sia ni, mungkin ada yang masih cintakan pemimpin mereka tetapi tidak pula dizahirkan sebegini jujur dan ikhlas atas pelbagai sebab serta alasan yang haru-biru.

sama2 kita doakan agar barisan pemimpin yang haq akan sentiasa berada dalam peliharaanNya.

p/s: krisis kepimpinan dan ketaatan akhir-akhir ini membuat sy terkenangkan ketaatan segelintir sahabat terpilih yang masih setia di sisi Saidina Ali A.S. setelah kewafatan Rasulullah SAWW dan putri Baginda Fatimah az-Zahra walaupun mereka disisihkan oleh golongan arus perdana.

"Selagi ada anyaman ketupat sarat CINTA,
secebis rendang kebencian takkan layak mengiringinya."
- oleh seorang bukan ahli bahasa.

Zuljanah said...

Salam,

agak2nya bilalah ada pemimpin di Malaysia ini yang sangat disayangi rakyat ?

seet said...

Kecintaan sejati terhadap pemimpin adalah ikhlas, hadir apabila diri memahami tuntutan mentaati pemimpin dan pemimpin itu juga ikhlas dalam melaksanakan tuntutan menjaga kebajikan rakyat.