Wah, sebuah kompleks hotel gergasi yang sedang dalam pembinaan di Mekah bakal menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia dan di atasnya akan dibina sebuah jam yang enam kali lebih besar daripada jam Big Ben di London. Kompleks tujuh menara hotel yang dikenali sebagai Menara Abraj al-Bayt itu akan mengandungi 3,000 buah bilik dan suite, kebanyakannya menghadap Masjidilharam. Ketinggian kedua-dua menara itu hanya kurang kira-kira 11 meter daripada ketinggian menara tertinggi di dunia, Burj Khalifa yang mencecah 828 meter. Menara Jam Diraja Mekah akan dibina daripada struktur konkrit setinggi 662 meter dan puncak menara logam setinggi 155 meter yang dilitupi dengan simbol bulan sabit. Malah struktur konkrit Menara Jam Diraja Mekah itu adalah lebih tinggi daripada bangunan kedua tertinggi di dunia pada masa kini iaitu Taipei 101 di Taiwan, yang setinggi 508 meter. Jam buatan Jerman itu, digambarkan sebagai 'yang terbesar di dunia', mempunyai muka selebar 45 meter dan setinggi 43 meter di keempat-empat sisi menara, katanya. Jam tersebut dijangka boleh kelihatan sejauh 17 kilometer pada waktu malam dan 11 hingga 12 kilometer pada waktu siang. (Sumber berita Utusan Malaysia 15 April 2010).
Siapakah yang akan menginap di hotel mewah ini?
Siapakah yang akan mendapat manfaat dari pembinaan hotel mewah ini?
Siapakah yang punya angkara?
Siapakah yang akan naik haji dan memandang bangunan ini dengan pesona?
Siapakah kelak yang akan datang merobohkan 'bangunan haram' di tanah suci ini?
Engkau nak capai apa?
Korang nak capai apa?
Kasihan korang.
Siapakah yang punya angkara?
Siapakah yang akan naik haji dan memandang bangunan ini dengan pesona?
Siapakah kelak yang akan datang merobohkan 'bangunan haram' di tanah suci ini?
Engkau nak capai apa?
Korang nak capai apa?
Kasihan korang.



22 comments:
suburnya pembangunan..
risau kerna makin hari makin gelagat manusia menjadi-jadi..mempamer keangkuhan dgn binaan yg kononnya nak menggapai langit nan biru..berlumba-lumba menunjukkan kehebatan dan kekayaan..
apakah mereka tidak sedar duit itu sptutnya digunakan untuk membatu saudara2 kita di palestin.saudara2 kita yang tertindas dek kealpaan kita semua...
malang sungguh bila berduit dibazir mengikut telunjuk nafsu..
wallahu'alam.
entahlah.. mahu capai langit agaknya.
http://naimulfirdaus.blogspot.com/
Salam Faisal,
Begini lah pemimpin ummat islam hari ini, tahapehapetah yang dorang dok merepek benda yang bukan2... Gila ke hape tah! Langsung takder fikir pembangunan akhirat.. Betulkah mereka ini pemimpin ummat islam?? Jauuh sekali... Apa nak jadi daa...
KONTRA. Datang ke Makkah untuk merendahkan diri sujud mencium dahi ke lantai menyembahNya, tapi disambut dengan 'ujub, dan riya' hasil tangan manusia...manusia seringkali buat agama disalah tafsir & mengelirukan.
...riak-riak akan mengganggu...
ibadat macam mana rupanya ya...?
tanda HARI PEMBALASAN kian melambai-lambai.
Tanda semakin hampirnya hari yang dijanjikan...Astaghfirullah al-azim
SALAM. Bila baca berita ini saya teringat satu video yang diberikan abg senior saya. 'The Arrival' Perlu difikirkan...
Moga-moga akan muncul komander2 dan pejuang seperti yang terakam dalam 1511 KOMBAT. INSYALLAH.
Mungkin inilah yang dicari oleh geng2 'wahabiah' di sana... Ai,xtaw la..inilah akhir zaman.. Moga kita tetap di landasan kebenaran!!
SOLAWAT..!
aduhai.
yang menginap mestilah orang2 yang duitnya berkepuk dalam kocek.
aduhai.
habisla.Mungkin nanti,orang2 yang datang tu bukan nak buat ibadah pun.Sekadar merasa empuknya ranjang bangunan tertinggi di dunia.
aduhai.
kenapalah sibuk nak buang duit buat menara yang apa entah gunanya.Sedangkan duit tu boleh digunakan untuk bantu umat Islam yang kelaparan seluruh alam.
aduhai..
apa nak jadi ni.
Dh dkt nk kiamat, pa salahnya? Kalau Dubai bleh buat, dkt Makkah pn bleh. Benda ni dh dkt nk siap hujung tahun ni, knp baru nk bising2? Org dh give up ker lps depa runtuhkan Ajyad Fortress dkt tapak pembinaan Abraj Albait ni 8 thn dulu? Xpa la, dptla menang byk rekod dunia lps ni (tgk gambar hujung m/s ni) - P.s. sblm ni ketinggian rasmi dia dlm 600 m, masih kedua tertinggi tp 200 m pendek drp Burj Khalifa dkt Dubai tu, x tau la kalau nk ditinggikn lg - p.p.s. kalau nk tgk harga bilik bleh check dkt website Moevenpick utk Hajar Tower - wallahua'lm wsslm...
Barangkali dengan jam yang seBESAR itu, muslim akan lebih sedar tentang masa; yang telah lepas dan yang tak berapa berbaki
barangkali mereka tidak mencapai akal mereka, merosakkan erti ibadah Haji
Rasanya ada juga anak syarikat F**** yang ada berniaga dalam bangunan itu, kan?
MasyaAllah... apa la nk jadi ngan dunia sekarang ni... menakutkan sungguh la
Boleh tak Tn Hj Faisal bubuh salawat ke atas Rasulullah di atas nama Tn Hj dan bukan sebaliknya seperti yang sekarang ini.
prasarana vs keintelektualan.
mana satu yg patut dibangunkan?
bangunan boleh runtuh.ilmu juga yg bawa sampai mati.
haih.
aku haus...aku masih dahaga...faisal banyak memebuatkan aku buka mata...karbala dan sebagainya...
dan ini, kerja gila oleh manusia yang ada kuasa...
apa mereka tidak takut neraka?
membina hotel di syurga dunia...
tempat kita...?
bukan lagi penyagak tapi si bangsat agama.
semata mencari keuntungan,mereka gadaikan tempat suci...tempat yang sepatutnya kita merendahkan diri, di rumah pencipta...
maafkan lidah yang tajam ini,kerana terlalu mengikut amarah melihat manusia hanyut dengan kemewahan...
http://www.youtube.com/watch?v=E2v3xNM-54U
apakah yg lebih dibanggakan muslim bile menunaikan haji/umrah...
kaabah @ Abraj Al-Bait Towers ?
fikir2lah sendiri..
dahulu hendak membina bangunan lebih tinggi daripada ka'abah pun berkira-kira.... sekarang.... entahlah....
semoga allah memelihara orang yang tetap hati ke sana untuk melihat ka'bah dan untuk mencapai ketenangan dan manis beribadah....
jangan pula di dengar bisikan syaitan untuk melihat bangunan tertinggi dan mencapai bilik termahal di tanah suci....
salam.
ni pendapat saye la.kite lihat dari sudut positif.
indah nye islam tuh bukan dari merdu alunan taranum,zanji atau azan sahaje.
islam pun turut menghargai nilai2 arkitektur seperti ini.kite jangan terus menilai ujub,riak,bazir duit,nafsu, gila dan sebagainya.
bagi saye, pembinaan seperti ini dapat menonjolkan negara islam turut mempunyai kemampuan membina bangunan yang tersergam megah ini.
jika pembinaan ini dapat merancakkan lagi dan membangunkan ekonomi islam, x salah saye rase.
ujub atau tidak tepuk dada tanye iman. kalau seseorang itu beriman sesungguhnya, bila melihat bangunan yang tersergam begini dah tentu hati nye terusik dengan keagungan Allah memberi sedikit pengetahuan kepada hamba nya untuk kebaikan seluruh umat manusia.
tidak ke hati kite terusik bile melihat KLCC contohnya, dan kite berkata dalam hati,sesungguhnya di syurga itu lebh baik dari ini.same la macam burj khalifa atau burj dubai etc.
wasalam.
Post a Comment