01 April 2010

Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 Tentang 'Bahlut'


Tidak banyak novel Malaysia yang mengketengahkan kehidupan serta watak yang dianggap marginal dalam masyarakat kita. Jumlahnya hanya segelintir, termasuk yang ditulis oleh Akira (Mahat anak China), penulis keturunan Orang Asli – iaitu keturunan yang dalam anggapan beberapa pihak merupakan kelompok pinggiran dalam kehidupan kita di Malaysia.

Novel eponim Bahlut mengketengahkan watak luar biasa ini – pemuda Orang Asli suku Semai. Sukan moden dan kepantasannya di trek, melonjakkan kejayaannya sebagai atlit ternama di peringkat nasional. Bahlut malah ikut serta dalam pertandingan peringkat antarabangsa di Turki. Tetapi pemuda ini tahu diri dan realiti diri, perasaan, serta nasib suku kaumnya dalam zaman yang diracuni ekses pembangunan yang tidak terkawal.

Sebagai seorang remaja yang kehilangan ayah dan kematian ibu yang konon dibaham harimau, hidup Bahlut mempunyai dunia mikro cintanya kepada Kabut; juga dunia makro yang menuntut keprihatinannya terhadap isu pembalakan yang serakah, serta pengambilan tanah adat, juga isu kebersamaan yang menyentuh masa depan Orang Asli seluruhnya. Novel ini lama ditulis sebelum peristiwa demonstrasi Orang Asli secara besar-besaran di Putrajaya beberapa minggu yang lalu.

Pedagogi Islami Faisal Tehrani, seperti karya-karyanya yang lain, turut terpancar dalam novel ini. Bahlut tertarik kepada Islam bukan semata-mata kerana latar belakang pergaulannya yang agak lama dengan penganut Islam, tetapi kerana orang Islam (melalui watak Pak Idi dan Cikgu Zaiful) sentiasa menunjukkan akhlak yang dikagumi.

Ini sebuah lagi novel yang memikat daripada seorang pengarang Malaysia kontemporari yang prolifik dan berbakat besar.

* Sedutan ucapan Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 di majlis pelancaran enam buah buku Ameen Serve sempena PBAKL 2010 pada 27 Mac 2010 yang lalu.

4 comments:

mama ju, said...

salam anakanda

Sukanya mama kerana ada kat majlis tu..

Anakanda banyak mengembara...mama cuma boleh cadang
kalau anakanda tulis dlm travellong tentu menarik...jadi ada mcm2 jenis buku anakanda.

Novel dan puisi anakanda agak berat, jadi bagi sikit nasi tambah..yg ringan spt travellong, tentu peminat suka!

Maaf kalau lari dari sastera!

Terimakasih ...Gara-gara anakanda mama dah dapat bercakap dgn Pn Azizah...

mxypltk said...

Dalam gambar, kat atas pentas tu, semua lelaki belaka.

Male still (and always ) rules...

zahra said...

Salam.

Dear mxypltk, excuse me.
Do not forget, behind every single man, there is always a woman. Every entity of the universe counts!
Wassalam.

zulcantik said...

sedihnye kisah bahlut ngan ibu die...bapa die...