29 April 2010

Cerpen Mikro: Sisters of Liberalism Kecam Gerabak Merah Jambu Komuter


Badan Bukan Kerajaan, SOL atau Sisters of Liberalism secara rasmi membuat bantahan kepada Pengurus Besar Perkhidmatan Komuter ekoran wujudnya koc ‘Wanita Saja Sepanjang Masa’. Koc dengan warna merah jambu bagi memberi jaminan keselamatan dan keselesaan kepada orang perempuan itu diperkenalkan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang semalam. Ia juga akan mulai diluaskan ke laluan lain mulai Mei ini (lihat di sini).

Jurucakap SOL, Wan Gayah Ibrahim mengkritik perlaksanaan tersebut sebagai 'menghina, merendahkan kemampuan, dan menyebabkan wanita tersisih dalam satu gerabak pendek serta kecil berwarna suram iaitu merah jambu.'

"Kami menuntut kesamarataan. Wanita mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan lelaki. Lagipun, koc yang disediakan oleh KTMB membuatkan sesetengah wanita yang ingin bergaul bebas dengan lelaki seperti teman lelaki mereka berasa tidak selesa. Wanita mesti diberi peluang untuk berkawan-kawan. Koc ini juga menyebabkan lelaki yang cenderung keperempuanan atau perempuan yang cenderung kelakian berasa dianaktirikan, diketepikan dan didiskriminasikan. Ini tidak sihat untuk Malaysia. Dalam negara yang mengamalkan 1Malaysia kita patutnya mengamalkan '1Koc Untuk Semua." Kata Wan Gayah Ibrahim yang pernah menjadi imam sembahyang Jumaat di beberapa surau di Bangsar dan Bukit Bintang satu masa dahulu.

Apabila ditanya mengenai sambutan positif penumpang wanita terhadap koc tersebut, Wan Gayah Ibrahim cuma menjawab dengan nada skeptikal, "Mereka yang menggunakan koc tersebut kolot. Apa salahnya duduk dan berdiri bersesak-sesak dengan lelaki? Ini adalah alaf baharu. Perlaksanaan koc wanita ini kerana terikut-ikut dengan negara Timur Tengah seperti Arab Saudi dan Iran. Jangan gunakan alasan gender untuk mengenepikan wanita."

Kolumnis terkenal sebuah akhbar tabloid, Datuk Paduka Ir. Kholidah Samad yang turut dihubungi bagaimanapun sedikit berbeza pandangan dengan Wan Gayah Ibrahim, "Kalau koc itu dilaksanakan supaya wanita tidak kena raba dek lelaki maka saya sokong. Punggung saya sendiri pernah kena pegang sekali dulu di Shah Alam. Saya tak suka orang pegang punggung saya. Tapi kalau koc itu dilaksanakan kerana alasan hukum iaitu lelaki dan perempuan tidak harus bercampur maka saya tidak setuju dan membantah dengan tegasnya. Setiap amalan mestilah dengan niat kata hadis nabi. Jadi saya nak tanyalah niat KTMB di sini? Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama dan tidak sesuai lagi dengan iklim politik negara kita pasca PRU ke 12." Demikian ujar penyokong kuat SOL tersebut.

59 comments:

Peri PiA said...

saya suka deangan perlaksanaan koc untuk wanita

yg lain,saya tak pandai nak beri pendapat

paw said...

Entah-entah, pemberi komen dari SOL, jarang bersesak-sesak naik komuter.

Kalau mereka selalu naik, reaksinya pasti 360 darjah ;-)

Nurhadi Zainol said...

Dengan berkata demikian secara tidak langsung Puan Wan ini juga mengatakan islam itu kolot? Adakah dengan wujudnya koc ini, bermakna perempuan tidak dibenarkan untuk berada di koc lain? Sekiranya pada zahir pun sudah berbeza apa yang hendak disamaratakan? Ibarat menyamakan tembikai dan tembikai susu. Malah dari sifat kimia dan tindak balas kimia pun perempuan memang berbeza dengan lelaki.

Fikir-fikirkanlah. Segala diatas hanyalah persolan fikiran peribadi saya.

huda~** said...

hahaha..setuju sgt dgn FT
lawak yang kena.

paan said...

Ade relevancy nk asingkan..aku x bercakap dari segi ekstremis. Kang ade kene raba, hilang barang itu ini, sape gak salah, lelaki jugak,..jepun pon buat cara ni..sebab banyak perempuan kene raba ngan sexually harassed. SOL ni cakap je lebih...and pink? aku no komen, cume agak pelik la tengok.
and one more thing. Kolot? u gotta be kidding me.ahhaa..Abes tu Jepun kolot kah? dan seperti saudara Nurhadi katakan, secara langsung mengatakan Gayah ni mengatakan Islam itu kolot..

pegangan agama jangan Goyah la...fikir dulu.

Good post saudara.

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

gua pun bantah,dari asingkan lebih baik tambahkan perkhidmatan train dan tingkatkan kelajuan train,itu lebih munasabah

cinta said...

ahaks!

alien said...

setuju wat..
kadang2 tengok wanita seksi..
seksa ooo, terdedah sana sini.. segan aku, dah kene pejam mata tidor.. pandang dosa kan..

Kang kalau terpandang drg aim laki gatal la hape la.. walhal dah sapa suruh pakai camtu kat tempat umum..

Sesak-sesak tertolak kang drg ingt kaum gagah perkasa ni saja-saja tolak..tunjuk kuat..patut laksanakan sejak dulu la..

Tapi komuter tu tingkatkan la prestasi, kalau perkenalkan tapi service sama.. xramai jugak yg naik selain tidak ada pilihan lain..

kak said...

lawak yg bernas... begitu menusuk... saya sokong perlaksaan koc utk wanita, sekurang2nya, saya yg menggunakan perkhidmatan ini saban pagi dan petang utk ke tempat kerja, boleh menarik nafas lega kerana tidak payah berasak2 ngan lelaki didalam koc yg sesak.. alhamdulillah... perlaksaan yg kecil ini diharap sebagai titik permulaan bagi perubahan yg lebih besar di masa akan datang.

Siti Nurbaya said...

Saya dah naik koc wanita bermula semalam.

Ramai jugak lelaki yang merasakan diri mereka wanita =) follow sekali masuk dalam koc pink tu.

Apa kes agaknya ya?

mawarhanin said...

ya!perempuan mestilah disamaratakan dengan lelaki.lepasni pastikan golongan kami berada di atas perancah2 bersama indon dan bangla membina bangunan!

juga melanguk pegang senapang jadi guard depan bank!

jangan lupa buang emas dan make-up kita kerana lelaki tidak memakai karut-marut semua tu!!

aquatiq said...

huu~~ sdeyh.... apa nk jadi ni...

memalukan kaum perempuan aja lar wan gayah niyh....

dr.EISmaAdiba.. said...

sarkastik ayat mawarhanin...tapi saya suka...dasar malas belajar ilmu agama,beginilah jadinya,subjek agama mesti tidur pergi masuk kelas moral,tapi tak lulus jugak sister in islam nie...mengarut jer 24 jam,bazirkan masa orang lain jer.jom sama-sama kita pulau mereka,kuasa mendengar di tangan anda...

PnConfused said...

sy juga suka ayat mawarhani... mmg betulpon.. :)

WIRA said...

kan lagi baek kalo KTMB tambah koc untuk kurangkan kesesakan..mcm yg LRT rapidkl buat? ini diskriminasi..dah la pmpuan ader koc sendirik..then boleh plak nk pilih nk naik yg koc itu koc ini...tak relevan~

irhafiz said...

Pedulikan 'mereka'.

Semestinya suatu kepastian, "mereka yang sering mencari silap orang lain pasti sering 'buta' terhadap silap sendiri."

linakama said...

amboi makcik gayah ni, di barat negara yang tidak berkiblatkan islam pun ada koc untuk wanita. isu nya sekarang ni, wanita perlu dihormati, bukan isu tak bagi bergaul.haih!

orked said...

apa la bodohnya otak si gayah ni..even negara jepun tu yang bukan Islam pun boleh buat koc khas untuk women je, ni ka pula malaysia..ini unutk mengelakkan kejadian raba punggung macam yang puan gayah pernah kena dulu la..lagi,elok sangat la KTMB buat macam tu sbb ramai sangat kapel yang x sedar diri beraksi macam org dah kahwin dalam tren.sokong KTMB 100%. lagipun, sosiologically, pink tu kan sinonim ngan wanita..represent kewanitaan..it's not a big issue la

Farhat Zuhairi bin Kamsani said...

slamualaikum~~
syeikh,sy sokong dgn pengenalan koc utk wanita ni.. nk @ tdk.. mmg xboleh lari drpd pdgn agama jika kita ingin memberikn pdpt... inilah yg dikatakn syumuliyyah.. sy belajar di timur tengah & ble kte liht pelaksanaan koc seperti ini di negara2 ini dan juga negara eropah byk manfaat yg diperoleh bagi semua gender bersama.. perempuan brasa lebih slamat & kadar gngguan seksual juga krg.. sy ucapkn syabas kpd pengarah besar ktmb atas tindakan yg berani ini demi m'angkat martabat negara Islam!! (^_^)

nur said...

Kebodohan mewarnai umat islam.

belajar tinggi-tinggi keluar masuk universiti pun tak menjamin kebodohan tak ditanggalkan. memang betullah IMAN(kebenaran) ni hanya HAK ALLAH.

"Hukum tidak boleh bercampur baur tu semua ciptaan ulama"

Pe barang la minah ni cakap. malukan aku je yang kaum hawa. Ulama pewaris nabi. pe jadah pulak nak hentam ulama. Pastu tak seswai dengan iklim politik sekarang.

aduhai.. tunggu jelah saat kehancuran demokrasi. The Hidden Hand akan muncul, pandangan liberal mereka ini tak dapat nak membantu dah.. jangan sok jatuh dalam karung dajal al masih al muntazhor.. sungguh tak boleh nak tolong.. =='

-kaum hawa yang waras menyokong pelaksanaan amar makruf nahi mungkar-

Che Din said...

Salam.

Satira Tuan FT memang menarik dan sinikal belaka. =)

badakbiru said...

inilah jadinya kalo berckp ikut sedap jek.mmg bodoh sombong btol si gayah ni..
ada pro & con gak koc wanita tu..
just think positive way lah.jangan pandai hentam saje idea org. apekejadahnya menjatuhkan martabat wanita bila ada koc sendiri..?pelik btol dakwaan gayah tu.
bagi saya, bagus pelaksanaan koc wanita tu.

last skali,apalah gayah nk kecoh. bukannya paksaan pun semua wanita kena naik koc tu.atas pilihan masing2 lah nak naik yg asing ke atau nk yg bercampur...

tru said...

saya stuju dengan SOL!!!!

pasnikan sukan acara 100m , 200m dan meter-meter yang lain pun kena hapuskan ikut jantina... perempuan boleh bersaing berlari pecut bersama-sama!!! hahaha

Nazifah Himmi said...

aiseyman, ape nk jd ni auntie Gayah..x nahan buat statement. ni la pemikiran org yg x kan maju smpai bla2 pn. kalo nk suruh bergaul pn, kn kt luar tu byk lg tempat.hah, sy rase org kita ni dh trlebih bergaul dh. setakat mana la sgt nk bergaul dlm train tu. mendatangkan maksiat ade la. couples berpelukan dlm train, little children duk tgk.aishh, ni bkn nk perjuangkan liberalism ni nk menjatuhkan wanita ada la. ape2 yg org buat nk bantah, bukan nk tlg sumbangkan idea ke, duit ke..pegangan agama awk tu auntie Gayah bkn setakat dh goyah tp....haizz, mls nk ckp la. kalo nk ckp 1 malaysia, koc tu kn 4 all (ladies), x kesah la malay ke, chinese ke, indian ke, sape2 je kn..color pink, i x nmpak probnya, ladies kn synonym ngan pink..satu lg nk bg obvious, kasi org lelaki nmpak, "owh, x leh msk kalo yg color pink ni"..so meaning that, ladies in this country are RESPECTED!

Daun said...

ada otak bgus tp bodoh. sbb apa? x bersandar pada wahyu.. kalau bangang tolong jgn ajak org lain jd bangang ok...

sitimaisarah said...

sedih la bila bc statement puan wan gayah 2..lg sokong pergaulan bebas?ya ALLAh,dunia ni da nk dekat kiamat da...ampunknlah dosa kami sume..

sitimaisarah said...

sedih baca statemant c Puan WAn Gayah ni...dia lagi sokong pergaulan bebas?masyaALLAH...dunia da nk kiamat...YA ALLAH, ampun lah dosa kami semua..

putrieja said...

TAHNIAH atas cerpen tersebut

ayen =D said...

=)

kelakar betul pengecaman ni.. semoga pengecam (ke tukang kecam?) bertambah pandai dan bertambah ingat tujuan diciptakan sebagai manusia.. hohoho..

din batakrabit said...

Merah jambu. Cantiklah tu. Warna Puteri Umno ? Sejak bila warna itu jadi identiti milik untuk Puteri Umno. Warna yang baik dan untuk kelakuan yang baik dan cantik

Cik Awynn said...

salam.. walaupun sy seorang pelajar pengajian gender.. belajar psl diskriminasi, kesaksamaan, kesamarataan, dll ke atas wanita..

tp sy rsa pelaksanaan koc pink ni sgt bagus dan sy tidak nampak mana masalahnya.

jika nak satukan semua satu koc.. timbul isu sexual harassment dll la pulak.

sy kdg2 guna juga servis KTM tu.. berhimpit2 sakan.. kalau tak kena raba.. poket kita plak kena seluk.

kiranya pd akal fikiran sy, ada lg banyak bagus nya pengasingan koc ini berbanding isu kesamarataan.

sy harap komen sy ni tak menimbulkan apa2 rasa sakit hati. sekian.

aiman said...

nampak sangat la dia ni bodoh..makin cakap makin nampak bodoh si gayah ni..Gayah ni memang power la!! ni lah dia pejuang wanita yang kita cari2...wakaka...nape die xmintak tandas pun lepas ni xpyah asing2 je..but je SATU tandas untuk SATU MALAYSIA...wakaka...

mawarhanin said...

kat mesir ni,keretapi cabuk xtutup pintu pun dah buat gerabak khas 'lis saiyidaat' ntuk pempuan walaupun waktunya bertempoh.

kalau ktmb yang canggih-manggih xbuat,ala malu la ngan keretapi cabuk mesir...

azmie said...

tertinggal sorang lagi faisal, penaung SOL, datin seri paduka moriner muder. dia tulis dalam kolum dia di majalah bintang "murtad kah saya kalau saya berhimpit dengan jantan dalam komuter, atau punggung saya diraba?"

Juma Karamah said...

ayoyo sis! dua2 2x5... wahai sis, pink tak suram tau! malah lebih terserlah sinar berbanding biru, wajarlah dijaga agar tak pudar cahayanya. Pink suram tanda tak dijaga la tu;p

serius enjoy cerpen2 mikro ni;) suka(>_<)

maysha said...

sy seorang wanita, dan sebagai golongan rakyat biasa yang terpaksa menaiki komuter utk ke tmpt kerja setiap pagi bermula 6.30 dari seremban ke serdang dan balik kerja petang jam 6.00, berasa komuter pink itu sgt2 bagus dan melegakan fikiran. kenapa ada pihak yg bantah, malah yg bantah golongan wanita sendiri...bukan lelaki? hairan sungguh sy. pasti Puan Gayah Whatsoever tak pernah atau hanya sekali dua saja naik komuter kan? Puan Gayah Whatsoever kalau nak mengangkat martabat wanita bukan ini caranya. terangkatkah martabat wanita (ISLAM) jika diraba dan tubuh bergesel2 dengan mat bangla, indon, india mabuk dan sebagainya? ini pengalaman saya yg pernah satu gerabak dgn seorang lelaki bangsa asing yang mabuk. bayangkan penat lelah balik kerja perlu menghadapi situasi sebegini? dengan komuter yang kadang-kadang rosak penghawa dingin dan penumpang ramai hingga terpaksa bersabung nyawa bergantung di tepi pintu komuter? kalau nak bergaul dan berkawan-kawan pun komuter itu bukanlah tempat yang sesuai. kalau ada lelaki kacak menegur dan nak berkenalan dgn saya sekalipun belum tentu saya ada mood nak melayan dalam keadaan panas, sesak, busuk dan sebagainya dalam komuter tu. lawak sungguh alasan Puan Gayah whatsoever. dah tak ada isu lain ke nak dibangkitkan? baik pencen je lahhhh!!

hafizazmi17 said...

herm..semoka dibukakn mata hati mereka yg terpesong..

Permata Ayesha said...

kdg2 yg memberi pendapat tu sdiri pn bkn penah guna service tu tp ckp main redah je.patutnye SOL kena angkut sume ahli2 dia pastu naik tren tu n alami sdiri kesannya. xde rendahnya martabat pompuan kalu x mix ngan laki2 dlm gerabak tu.lg kami suke pe

husnazainal said...

*kenapa golongan wanita sendiri yg membantah benda ni.?sepatutnye dia yg fight utk wujudkan benda ni. byk kebaikan dengan wujudnye koc pink ni. mungkin cik gayah kite ni tak penah menggunakan komuter..tak pun dia naik komuter time org sume dah g keje.time ngah takde org. tak de la dia merasa perasaan pmpuan2 yg bersesak2 dalam komuter tu kan..sengal la gayah ni.

pooja said...

salam.

minta izin nak postkn artikel ni di blog sendiri boleh??
terima kasih...

Ms Shazana Aziz said...

ni yg ssh klau trlalu pmikiran trlalu moden...
agk nye die ske brhimpit2 ngn laki,
bhgian2 bdn dgesel2 laki...

Jana Tunai said...

mungkin puan gayah perlu memasuki semula pengajian dalam bidang islam baru la beliau tidak berkata sesuatu yg tidak cerdik

lyanne37 said...

sgt obvious mereka tiada pemahaman tentang Islam.

Aku said...

tak faham kenapa ada wanita yang tak suka dengan sesuatu yang menyenangkan wanita.
pelik

xpara87 said...

yang bantah itu memang suka meraba dan di raba,....hahahahah

najwa said...

sy nk ckp sh*t kat pmpuan tu! org bkn stkat kna kisah diraba atau tak. org pmpuan klu bleh tknk bergesel pun ngn lelaki. klu ko da tak geli buat hal sndiri la. bengong2!!!

sape kata pink tu kaler suram? itu mmg kaler plg common utk pmpuan. cis! buta kaler sgguh org tu.

asongkan lelaki pmpuan jgk bleh krgkan adegan2 bermesra psgn kekasih dlm knderaan awam. yg tknk naik koc pink lantaklah. diorg provide utk yg nk naik je. sibuk je ini pmpuan...nk sume ikut taste dia yg tak terbimbing....

duduk sama tinggi berdiri sama rendah tu dr segi keupayaan bkn tmpt duduk.. adoyai! tak phm sastera ke? rndhnya stdd pmahan bhs dia...

mmg ye pmpuan selalu jd mangsa jenayah dan tidk bgtu cekap melindungi diri sndiri. sbb tu smpi skang pmpuan msih lg mangsa jenayah tertinggi. even sy yg blaja martial art pun klu bleh nk kan perlindungan mcm yg disediakan pihak KTMB. go KTMB! Go!.. ktorg suka idea kamu...

whiteorange said...

Cerpen aku
Aku lelaki, Aku suka pendapat wan gayah ni
Aku suka sebab aku dapat jamu mata dengan pemandangan bukit bukau , lembah lurah, celah celah belukar, yang bukan sahaja menghijau malah memutih, disertai bau bauan harum bunga bunga jepun, perancis, morocco, sepanyol dan pelbagai haruman lainnya
Aku suka sebab aku bukan sahaja dapat melihat dan menghidu, tapi aku juga dapat merasa. Emmmmmm alangkah seronoknya berada disyorga dunia ini !!!!!
Aku rasa, Gayah pun suka, sebab gayah tidak seperti wanita wanita lain.
Aku rasa, Gayah pun suka melihat pohon pohon tinggi dan rendang, dengan batang batang balak yang pelbagai saiz dan rupa, ada batang keruing, ada batang cengal dan lain lainnya dengan haruman brute dan lain lain.
Macam aku juga, Gayah bukan sahaja dapat menikmati keindahannya, tapi dapat merasanya secara langsung, dapat merasakan kehangatannya.
Akhirnya aku sedar aku dan Gayah punya kesukaan yang sama

me who? said...

kalau koc tgh utk wanita shj sepanjang masa... koc yg blakang & depan bukan utk lelaki shj kan?

Zaid said...

LOL!

kelakar gile kat sape2 yg percaya artikel ni!

sarcasm at its best!

Waheda Khalil said...

salam...sy sokong pelaksanaan koc wanita, bg sy sumer tu atas dasar keselamatan, terutama golongan wanita tk kiralh, pelajar ke, ibu tunggal ke, yg dlm keadaan mereka tiada golongan lelaki yg berhak menemani mereka diluar iaitu, suami, abg , adik dan sbgnyer. dengan kata lain mereka yg terpaksa bersendirian ke tmpt kerja dan sbgnyer. kalo suami isteri tu takkan nk duk asing2 plak..agak2 tren tu sesak, reti2 kan lah diri awak tu protect isteri awak dari kena himpit kan. tak gitu?..pendapat ni pon atas dasar pengalaman terpaksa berhimpit dlm tren yg sgt mcm sardin terutama waktu2 sesak..tin sardin pon lg byk ruangnyer..

KhairulAqmal said...

kalau dari segi LIBERAL pun. pergi rasa sendiri naik train macam mana. baru faham betapa nikmatnya koc wanita tu. kalau nak dating p lah koc lain. takde orang melarang.

mek_michi said...

salam..sye sangat sokong pelaksanaan koc khas untuk kaun wanita..
alhamdulillah..pasni xyah la bersesak2 dgn kaum lelaki..
sesak2 ngan kaum perempuan sahaja xpe..
kat sini(mesir,da berzaman da laksanakan care gini..

nak sentuh sikit psl samarata wanita ngn lelaki(dlm komen sblom ni)..
pd pendapat sye,lelaki n perempuan da dijadikan Allah dengan fitrah yang cukup indah..lelaki dgn kekuatan n tenaga..wanita dengan sifat penyayang n kelembutan..so,bertindaklah ikut fitrah masing2..x perlula yang wanita ni teringin nak jd guard ke ape..tapi kalau da mmg cite2 tu nak wat guane ye dak..nak wat kelainan ke,watla..itu hak masing2..

p/s:ini hanye pendapat sye sahaja berdasarkan pemikiran yang masih cetek ilmunya..sekian..wassalam..

~med student cairo~

rakuban said...

klo nk same rata,senang je.klo ppuan ad 4koc utk ppuan,lelaki pon same.4koc jugak.senang...xblaja matematik ke bdk2 SOL ni? kt europ ad lak yg ironi feminist ni.ad parking lot special utk ppuan.size nye lg bsr dr normal.sah2 i2 mnunjukkn streotype yg ppuan xpndai parking adalah betul.

klo betul la nk perjuangkn drjat ppuan,slesaikn mslh placurn kt msia ni.lelaki boleh byr ppuan per jam..i2 bukn mrendahkn ppuan ke? klo stkt nk publisiti murahan g jd ahli politik la SOL,lol...

Atiqah Abdullah said...

salam..
ape mslh mak cik gayah 2??!!!!
kat mesir ni da lama wat mende nih!
tp still gak ade gerabak tuk org yg dyg berfamili @ tuk manusia2 'pelik' mcm mak cik gayah 2!!!
ke mana pergi budaya~
ke mana pergi agamana~
ke mana pergi melayu kita~~~
pliz la..klu xtau hal agama diam!!!
bg org yg tau je yg ckp..ni wat malu org islam yg melayu jew..reflexs diri!!!
AKU N MAK CIK GAYAH..(sume2 la)

otai87 said...

saya tak pandai nak cakap sal agama ni, sebab saya bukan orang yang expert dalam agama.. cuma apa yang saya tau, koc wanita adalah UNTUK MELINDUNGI KAUM WANITA... bukan bertujuan untuk merendahkan martabat, or menghina kaum wanita...

dan memang betol, mungkin koc wanita ini adalah bertujuan untuk melindungi wanita dari kene raba or sexual harrasment, tapi dalam masa yang sama, ia mengelakkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram... bagi sesetengah wanita, itu tidak menjadi masalah, tetapi tidak bagi sesetengah wanita yang lain...

pandangan saya, SOL sila kaji dahulu sebelom nak buat ulasan... saya yang menggunakan koc wanita ini bukan KOLOT, tetapi lebih kepada ingin menjaga diri dan harta peribadi sendiri... kalau nak bermesra2 dengan teman lelaki, masuk je la koc lain... selain koc wanita, koc lain boleh dimasuki oleh golongan lelaki dan perempuan... so, nak sangat bermesra, masuk lagi 4 koc yang lain.. takde masalah pon...

rakuban said...

ala bnde ni act nk dptkn political mileage(xtaw la term btul or x).

kang kalo ppuan selesa dgn koc ni.demand tngi.so lg byk la koc.myb ppuan start mntk pjbt asing2.klo
jd mcm ni,nigtmare la bg "parti politik SOL".wlaupun SOL ni NGO n xmsuk election,tp diorg ad view..

SyeeraKhalid said...

gayah...

ko jgn sibok ley,ko ke yg nek tran tu,ko ke yg berasak2 ngn lelaki,ko ke yg cium bau-bauan tu,ko ke yg kn raba.ko bising la gayah...

klo ko ngn org2 ko x puas ati,korang nk sgt sama taraf,g la naik yg campur,x pun nk sng ko buat tran sendiri...

aku muslim...aku ada maruah untuk aku jaga,aku juga ada agama untuk aku jaga....salam...

SyeeraKhalid said...

gayah...

ko jgn sibok ley,ko ke yg nek tran tu,ko ke yg berasak2 ngn lelaki,ko ke yg cium bau-bauan tu,ko ke yg kn raba.ko bising la gayah...

klo ko ngn org2 ko x puas ati,korang nk sgt sama taraf,g la naik yg campur,x pun nk sng ko buat tran sendiri...

aku muslim...aku ada maruah untuk aku jaga,aku juga ada agama untuk aku jaga....salam...

nadeiya said...

i wonder kenapa ada orang suka cakap orang lain kolot sedangkan dialah yang sedang menunjukkan kebodohan diri sendiri.pelik sungguh dengan dunia hari ini, kalau orang yang cerdik pandai, pasti akan menilai dengan akal, pasti bukan dengan nafsu dan emosi seperti SOL.saya fikir, usah gelar orang lain kolot,berhentilah memperbodohkan diri, kerana jika anda mahupun golongan yang bersama dengan anda merasakan koc pink tu membuatkn anda rasa terhina, xpayah la guna.guna la yang campur.

open minded la, asal nak asing laki perempuan je bising.
malaysia malaysia~