25 April 2010

Cerpen Mikro: Rose Chan Dakwa Dahului Kiraan

Rose Chan, calon bebas yang merupakan Presiden Parti Isteri Garang (P.I.G) yang belum didaftarkan mendakwa partinya yang menggunakan lambang 'nasi lemak tetek gergasi' sedang mendahului kiraan undi pada pilihanraya kecil Hulu Selangor P94. Rose Chan yang ditemui di pusat pengundian Kalumpang dalam keadaan bertongkat pagi ini menjelaskan partinya adalah parti yang tidak bermasalah.

"Demi Allah kami tak rasuah. Kami tak minum todi. Kami tak main lumba kuda. Kami cuma garang, tetapi kegarangan kami bertempat. Itu pun kami tak berapa garang lagi dah. Kami dah bertaubat dan meminta maaf kepada suami. Tuduhan dan fitnah, serangan peribadi yang mengatakan Kak Rose suka tampar suami adalah tidak berasas. Foto-foto yang beredar di internet telah diubahsuai." Kata Rose Chan seraya menunjukkan dua pucuk surat daripada suami tercinta yang menjelaskan dirinya tidak membuli suami.

"Mungkin orang nampak macam garang, tapi sebenarnya Kak Rose sayang. Kak Rose akan pastikan suami tidak susah hati. Jadi hal yang tetek bengek, Kak Rose lah yang tangani."

Apabila disoal bagaimana Rose Chan meyakini partinya akan menang berbanding parti-parti yang lebih dominan, beliau menjawab, "Allah mentakdirkan perkara ini berlaku." Balas Rose Chan selamba. "Ini juga petunjuk kami bukan boneka kepada Yahudi. Tuduhan yang mengatakan Kak Rose sebagai Yahudi dan bersikap Queen Control adalah dilakukan oleh orang munafik dan pembohong yang terdesak. Kami adalah kaum wanita yang berani. Sekiranya berlaku peperangan, kami boleh berada di barisan hadapan untuk mengebom musuh seperti Yahudi. Kami juga penyayang. Buktinya, kami sering memperjuangkan isu kanak-kanak lembam. Kami juga mementingkan estetika, buktinya kami sering melawa dan berbelanja di pusat beli-belah."

Dalam ceramah kempen penutupnya malam kelmarin, Rose Chan, satu-satunya calon bebas untuk pilihanraya kecil ini mengatakan bahawa, "Haram Kak Rose berdamping dengan Yahudi. Kak Rose anti Yahudi. Kak Rose tidak buat kerja itu semua," katanya sambil mendapat tepukan gemuruh kira-kira 13 orang hadirin.

Kajian Zentrum Future Studies menunjukkan Rose Chan mendapat sokongan daripada kaum ibu tunggal di felda-felda sekitar Hulu Selangor. Rose Chan yang lebih mesra dipanggil dengan Kak Rose juga disokong kuat oleh kaum wanita India di estet-estet. Sepanjang kempen pilihanraya kecil P94 sepanjang minggu ini Rose Chan menggunakan pendekatan berhemah iaitu membaca puisi 'Satu Gggggeeerrrrgasi', bercakap dengan lemah lembut dan santun, mencium tangan orang yang lebih tua, berceramah di kuil dan tokong (Rose Chan dilarang dari berkempen di masjid), termasuk menawarkan 'nasi lemak tetek' untuk pengundi-pengundi Hulu Selangor.

"Kak Rose optimis menang. Bukan kaum wanita saja yang akan mengundi Kak Rose, kaum lelaki juga nampak suka sangat dengan 'nasi lemak tetek' Kak Rose. Mereka mengaku akan mengundi kak Rose. Masyarakat Boyan juga telah berikar akan memenangkan Kak Rose."

Rose Chan bagaimanapun tidak mengundi dalam pilihanraya kecil ini kerana mendaftar di tempat lain.

11 comments:

Mr Final said...

nasi lemak tetek??? ape ni

Vitamin said...

sangat tertarik dengan cerpen mikro saudara... harap dapat diterbitkan dalam bentuk buku sebagai kompilasi...

cerpen mikro 'menghiburkan'.. (tersenyum sinis. hehehe)

aida said...

...huhuhu faisal, rose chan ini pernah menjadi 'primadona cabul' yang hebat suatu masa dulu... tak sangka nama ini timbul balik setelah berpuluh tahun kemudian...ah faisal, kalau menulis tanpa research bukan faisal namanya...

Nur Ain Othman said...

maafkan saya.. mungkin sy x paham lagi maksud saudara.. saya rasa cerpen mikro ini mempunyai elemen sinis yang sukar saya nak fahami.. mungkin berkaitan dengan isu politik negara atau berkaitan dengan ketokohan pemimpin? sebelum saya tersalah sangka, eloklah saya bertanya.. sekian...

putrifarish87 said...

Salam. Sebelum ke dewan peperiksaan jam 2 ni, saya rehat minda baca cerpen mikro. Tad pernah lepas. Terima kasih en. FT

noor said...

salam,
lebih baik turun padang sama memberi sumbangan pd pemerintahan negara yang dilihat salah. dari hanya menyindir 24 jam, tak ada faedahnya..
jadilah penulis yang bukan hanya menulis tak puas hati itu dan ini, tapi juga membantu dari segi gerak kerja..
-sekadar pandangan-

ctzahra said...

selalu cerpen micro macam ni saya mudah faham dan dah terbayang siapa calon2nya! tak salah lagi! hihihi

roslan said...

Mengapalah digunakan kata-kata yang tidak berakhlak...P.I.G...demi Allah? tetek? Beginikah bahasa orang seni?...orang yang memartabatkan Islam?...orang yang matang...orang yang banyak menerima anugerah? Jagalah bahasa dan adab bahasa.

Ikha Zul said...

Sbgai pembaca tulisan FT,,sy sarankan kpd sesiapa yg mahu memahami cara FT berkarya untk mendptkn buku 'Karya Nan Indah'...mmg untk semua...buku2 novel beliau yg lain pun dpt juga membantu..

ryuu said...

LUCAHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!

shazrinkeshaz said...

bg sy, setiap penulis ada caranya yang tersendiri dlm menyampaikan mesejnya.. tapi pasal perkataan, tidak salah rasanya.. cuma apa yang pasti, semuanya bergantung pada pemikiran kita..