30 April 2010

Cerpen Mikro: Merajuk

Kak Kiah ketua pengasuh di kota NoWhere. Di kota ini hanya ada sebuah pusat asuhan kanak-kanak. Macam tadikalah kiranya juga. Minggu lepas, seorang pengasuh di bawah kendalian Kak Kiah, nama dia Kak Melah; telah membelasah seorang bayi berusia 15 bulan sampai mati. Kepada emak bayi tersebut yang menangis dan melalak teresak-esak, Kak Kiah memberitahu yang anaknya itu jahat dan suka main tembak-tembak dengan pistol pasar malam.

"Budak-budak lain, termasuk saya tak boleh nak lena." Kak Kiah beritahu lagi yang bayinya itu payah tidur, ia suka merayap dan mengelak diri bila disuruh berhenti seketika dari bermain 'ultraman-ultraman'.

"Kami suruh berhenti kejap bermain sebab nak suapkan cikodok. Tapi budak tu tak nak berhenti. Memang budak jahat. Dia buat tangan silang macam ultraman kemudian dia ketuk hidung Kak Melah. Jadi Kak Melah nak pertahankan diri, dia pun katuk baby tu sampai mati. Nak buat macam mana, tak tahulah pulak dia nak mati."

Bila makin ramai orang marah Kak Kiah dan pengasuh-pengasuhnya yang garang itu, segera dengan muka cembeng dan menuntut simpati Kak Kiah memberitahu, "Kak Kiah tak nak jaga lagilah budak-budak ni. Carilah pusat asuhan lain kalau ada. Kak Kiah dan lain-lain tak nak jaga. Biar budak-budak ni mampus atau kena culik dek orang jahat. Hah sekarang nak suruh Kak Kiah jaga ke tak? Cakap? Cakap? Nak suruh jaga ke tak? Bukan main pandai je kritik Kak Kiah. Tak tahu ke Kak Kiah penat ni. Budak-budak ni jahat tak ingat tau."

Ibu bapa yang tadi bising-bising memang tiada pilihan lain di kota NoWhere. Mereka tersentak lalu terdiam. Dan Kak Kiah, Kak Melah termasuk lain-lain pun terus berkhidmat dengan penuh dedikasi di tadika tersebut.

6 comments:

Peri PiA said...

sangat2 faham sinikal ini

akuinsanlemah said...

haha..mmg la terbaik!
lagi mahu up payment bulanan kak kiah and da geng...cis, tak rasional.

nusaybah said...

Salam.

Bagusnya cerpen mikro yang ini, faisal. Bolehlah saya mula memperkenalkan karya 'satira' kepada seseorang yang dulunya amat suka menonton siri ultraman ini.

Anak-anak, kalau merajuk, comel rupanya. Tapi kalau orang tua merajuk, aduhai...

Wassalam.

ayen =D said...

selamilah kata hati para pengasuh.. hehehe...

Vitamin said...

harap saudara FT akan membukukan cerpen-cerpen mikro ini.. saya suka sangat membacanya... sinikalnya masih terasa.. hehehe

azmie said...

pantun utk kak kiah:
pasang kon rapat-rapat,
supaya payah mat rempit nak lari,
ku hambat-hampat tak dapat,
ambik pistol tembak bagi mati