Di suatu taman permainan, pada satu hari yang tidak begitu terik panasnya, tidak jauh dari sebuah taman perumahan berdekatan bandar Kuala Kubu Baru; tiga orang kanak-kanak sedang bermain.
Mereka sedang bermain undi-undi. Siapa yang layak menjadi ketua taman permainan.

Seorang kanak-kanak perempuan, Zahra, bertudung dan sungguh comel sedang memerhatikan dengan tekun akan dua orang teman sepermainannya. Kanak-kanak lelaki bernama Maniam dan Jahid sedang bertengkar tentang sesuatu.
"Kita main undi-undi dan aku harus menang. Kita kan Satu Malaysia, kali ini aku mesti menang." Tegas Maniam dengan mata terjegil. "Aku yang mesti menang. Aku memang budak sini. Kau baru pindah je."
"Aku lagi layak menang. Aku pun Melayu, jadi aku mesti menang." Balas Jahid acuh tak acuh.
Maniam mulai marah-marah, "Kau tak boleh menang. Bapak aku kata, bapak kau suka minum todi. Melayu mana boleh minum todi."
Jahid yang mulai marah diacum segera menjawab, "Bapak aku kata, bapak kau gemar minum samsu. Dia beli di Kuala Kubu Baru."
Maniam semakin hangat hati, "Bapak aku kata, bapak kau Yahudi."
Jahid cuba mencerna perkataan 'yahudi'. Agak-agaknya apa itu 'yahudi'? Dia tidak mahu melepaskan peluang untuk ikut sama menyakitkan hati, "Bapak kau pun Yahudi juga."
Kedua-duanya kemudian memandang Zahra.
"Kau diam je. Cepat, kau nak undi siapa?" Soal Maniam mengharap perhatian Zahra.
Jahid lekas mencelah, "Dia Melayu, tentu dia nak undi aku. Kalau kau undi aku, kau boleh main jongkang-jongkit bila-bila kau mahu."
Zahra dengan sopan memberi jawapan, "Bapak aku kata. Dua-dua tidak boleh percaya. Dua-dua pun Yahudi. Seorang terhegeh-hegeh nak jilat bontot Hillary. Seorang lagi sibuk nak jilat bontot Obama."
Maniam terkesima, "Err...ehh siapa Hillary? Siapa Obama? Dia budak tadika mana?"
Jahid terangguk-angguk di sisi Maniam, juga tidak mengerti.
Zahra buat muka tak kuasa. Dia beredar meninggalkan taman permainan tersebut.
* Jilat bontot adalah sejenis simpulan bahasa Melayu.

15 comments:
bestlah cerpen ni. ha...ha..haa
tak semena-mena.
Sungguh cerpen mikro yg sangat 'pedas' di hasilkan FT!! Banyak & tambahkan lagi cerpen mikro seperti ini..:)
Terbaik! :D
Salam.
Sabda Rasulullah saw: "Bintang-bintang (di langit) adalah petunjuk keselamatan bagi penghuni bumi dari bahaya tenggelam. Dan 'Ahlul Baitku' adalah penyelamat umatku dari bahaya perpecahan (dalam agama). Bila salah satu qabilah Arab menyeleweng dari mereka (dalam hukum-hukum Allah),nescaya mereka akan bercerai berai dan menjadi 'partai iblis'..."
Wassalam.
Kalau kau kumpulkan semua cerpen mikro ni dalam antologi, mesti laku ni...
Kadang kadang ada kebaikan dalam berjuang dengan karya seumpama ini tapi kadang kadang ketika mana kita seronok dengan sejarah silam orang (tak kira lah secara sinis ke tersirat ke atau sebaliknya)khuatir dosa kita lebih besar terhasil melalui persepsi atau umpatan atau keji yang berantaian. Allah swt amat bangga dengan org yang bertaubat tidakkah Khalid al Walid terbukti sejarahnya. Common Bro.....
sedap2...tlng bwat lagi...
musafirkini
mesej saya jauh lebih dalam dari persepsi cetek sdr!
Salam. Saya takkan terlepas membaca cerpen mikro. Pedas dan hangat.
Saya suka la cerpen micro ni.Hahaha
salam ..
memang padu mesej saudara Haji Faisal
Maafkan saya jika comment sy menyimpang dari apa yg cuba d tonjolkan , Semoga Allah swt merahmati kita!
Haih. Kesian orang org
KKB.
sangat kelakar dan sinis.haha.
Post a Comment