25 April 2010

Cerpen Mikro: Kim Jong-il Utus Kawat Tahniah


Sumber APF - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il menghantar perutusan tahniah kepada media massa negara ini kerana memberi 'inspirasi kepada rakyat Korea Utara dari segi keterbukaan dan akses berita.'

"Pemerhatian saya sepanjang minggu lepas membuktikan media massa negara anda menunjukkan tahap profesionalisme yang tinggi. Saya telah meminta menteri propaganda Korea Utara belajar cara media massa negara anda berperanan." Ujar Kim Jong-il yang jarang muncul di khalayak ramai.

"Kami merancang untuk menganjurkan polisi Korea Nan Satu di mana rakyat diutamakan dan pencapaian dilipat gandakan."

Pemimpin Korea Utara yang dianggap misterius itu pernah mengakui meminati nasi lemak dan teh tarik. Beliau dilaporkan menyatakan hasrat untuk mengunjungi negara ini. Selain makanan tersebut beliau juga dilaporkan menggemari durian, putu mayam dan kuih bulan.

"Kita mempunyai terlalu banyak persamaan, selain gaya rambut karan (mengerbang)."

10 comments:

Hamba Ilahi said...

terima kasih.

the sastraboy said...

sangat kelakarlah ini terma."menteri propaganda".haha.

Vitamin said...

hehehe... suka, suka...

azmie said...

sayang dia miss kenduri nasi lemak hari tu

ironangel said...

media massa malaysia siapa yang conquer ye?hahaha

semasa lawatan saya ke sumatera utara, terang-terangan media malaysia ditelanjang oleh seorang pensyarah USU..satu-satu persoalan dilontar, terkelip-kelip mata saya nak menjawab.

aduhai~compare dengan indonesia sudahlah malaysia. tak payah compare jauh2.

rambut karan- serupa bung la beliau ni.

kuncisudu said...

i like this.

khemy said...

rambut karan = orang Perak kata rambut karan ni rambut yg dibikin (salun). Tapi tak tau la pulak..

Melorian said...

very the like...

Adika said...

aahahhahahahahaha

tanahserendah.blogspot.com said...

Ada makna tu...