Tok Haji tak berapa kenal dia. Tok Haji ada dengar macam-macam. Tapi Tok Haji buat tak endah. Bukan apa, Tok Haji sudah hampir pekak. Mesyuarat masjid pun Tok Haji jarang datang. Jauh. Dah tua-tua begini, lenguhlah nak berjalan jauh. Tapi bila orang lantik Tok Haji jadi pengerusi masjid untuk lima tahun lagi, Tok Haji yang mula-mula macam segan nak terima, angguk-angguk juga setuju. Bolehlah Tok Haji makan laksa Janda Peah sekali-sekala lepas baca Yassin. Laksa janda sedap.
Orang kanan Tok Haji bisik kepada Tok Haji, calon penghulu kampung mereka itu bukannya kaki botol seperti yang orang lain dakwa. Tidak ada bukti mana boleh main percaya. Bahkan, kalau ada bukti sekali pun orang boleh minta tangguh dari kena bicara. Orang kanan Tok Haji bisik kepada Tok Haji, "Ini semua fitnah sebab ada orang nak jawatan Penghulu itu untuk dirinya sendiri. Kalau Tok Haji tak percaya, kita panggil dia untuk mengaku atau menafikan dakwaan itu sendiri."
Dia pun dipanggil dan depan Tok Haji dia pun mengaku kaki botol.
Tok Haji berkerut. Terkejut.
"Dah kerja saya kutip botol yang dibuang orang. Memanglah saya kaki botol. Kaki botol kicap, Tok Haji." Dia ketawa.
Tok Haji pun ikut ketawa. Malah lebih besar daripada dia tawanya. Mengekek-ngekek tawa Tok Haji.
Tok Haji yang pekak-pekak dan nyanyuk sikit-sikit itu pun cepat puas hati lalu mengeluarkan fatwa: 'Tak salah sokong kaki botol asalkan dia masih Islam. Itu urusan dia dengan Allah.'
Kemudian Tok Haji berlepas untuk menunaikan umrah. Tok Haji berjanji kepada semua, termasuk kepada dia - si kaki botol - yang Tok Haji akan berdoa depan Multazam, malah berdoa dalam tawaf supaya dia dapat jadi penghulu. Dan berdoa supaya Tok Haji akan dapat hidup, sekurang-kurangnya; lima tahun lagi.
Lama lima tahun tu. Banyak laksa Janda Peah dia boleh jamah.

16 comments:
PAS for all
Israel for all
PAS untuk semua termasuk pelacur Eli Wong, komunis DAP, kaki bontot, kaki arak, kaki Amal Jariah=Rasuah
menarik. tapi sejak bila pengutip botol kicap jadi kaki botol?
haha..cerpen penuh sindiran.
tak pa lah. tok aji tak la bodoh untuk kata tak tau apa2 pasai hukum.
BTW tok aji pn manusia biasa jugak.
didoakan legasi kepimpinan tok aji lps nih lebih baik lps tok aji balik umrah berkat doa d multazam. tok aji tak la buta hati, bukan juga pengecut yg takut mati.sekurang-kurangnya tok aji ingat Tuhan gak la kan FT.
Sinis dan Tajam.
apa punya cerpen daa...
meh turun segamat kita makan mi bandung dekat simpang jalan temenggung :-)
Kutip tin kosong pun boleh jadi jutawan http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm
harap-harap ada yang terkena.
harap-harap ada yang terasa.
harap-harap ada yang sedar.
sangat pedas macam lada benggal.
metafora adalah senjata tajam seorang penulis!
Tok Haji seorang pemaaf yang percaya pada seorang saudara se'islam'nya yang sudah pun menyesal. Tidak pula menyokong orang yang percaya pada seribu tuhan. Pandai betul tok haji menjaga akidah dalam memilih pimpinan ya. Ish3.
Dipetik dari facebook Tuan Guru
(Tuan Guru bertanya khabar tentang perkembangan di tanah air, terutamanya Kelantan. Langsung ditanya juga perkembangan PRK Kecil Hulu Selangor. Saya menyatakan, pihak lawan sudah menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim atas isu arak & pengakuannya. Spontan Tuan Guru mengungkap "Ramai sahabat Nabi sebelum Islam merupakan peminum arak, tetapi selepas menerima Islam mereka sudah tak minum lagi." - Setiausaha Politik MB,
Wan Nik Wan Yussof)
Waduh-waduh tok guru...(tak terungkap nak sambung apa)
tok aji tengah tunggu mimpi di masjidil haram.
sambil cari dalil mcm mana nak menghalalkan cara???
sekurang2nya dia mengaku dia kaki botol, walaupun kaki botol kicap, sedangkan yang lain mmg kaki botol, tapi tidak mahu mengaku (selagi tak tertangkap)jadi mana lagi teruk? mengaku kaki botol, atau tak mengaku tapi dalam diam mmg kaki botol
Kesian org Hulu Selangor.
Nak undi muslim yg di was2kan perwatakannya atau calon lain yg bukan muslim.
Takkan tak perlu undi kot?
Teringat kat Pilihanraya Permatang Pasir.
Peribadi calon BN diserang secukup rasa atas kesilapan dia yang lalu.
Dia diserang kerana ada "fatwa" cakap boleh.Dekat hulu selangor benda yang sama berlaku,tapi "fatwa" dah berubah.
Pelik2...........
menarik sangat..makan dalam ooo...
Post a Comment