Cikgu Bibi Marina baru pulang dari cuti berbulan madu. Dia bertugas di sebuah Sekolah Tamil, di sebuah estet tidak jauh dari Kampung Keliang Kalumpang. Sebelum ini memang Bibi Marina kurang bersemangat kerana dihantar bertugas di pedalaman, tetapi sejak mendapat suntikan, Bibi Marina sudah berbeza. Suntikan itu bukan calang-calang suntikan. Kata-kata suaminya pada malam pertama begitu mengujakan dan dia tersuntik; "Gagasan 1Malaysia lebih popular daripada jenama seperti Milo, Kentucky Fried Chicken (KFC)... tak boleh lawan lencana dan logo 1Malaysia sebab ada orang suka makan ayam, ada yang tak suka tapi 1Malaysia semua orang suka."
Kerana itulah Bibi Marina pulang dari bercuti dengan begitu bertenaga. Rasa kena suntik di muka dan seluruh badan. Sekolah Tamil pun Sekolah Tamil lah. Murid-murid di sini adalah anak-anak Malaysia. Kitakan 1Malaysia. Dan 1Malaysia kan semua orang pun suka. Manalah ada orang yang tak sukakan 1Malaysia. Pandai betul suaminya. Argh, sebab itulah berkahwin dengan lelaki tua dan matang sangat menggeramkan.
Pagi itu, Bibi Marina melangkah ke dalam kelas 1D dengan mekap tipis jenama Simply Siti (yang diberi oleh pihak sebelah sebagai hantaran). Sejak bercuti ini murid-muridnya teramat merindui Bibi Marina. Apabila Bibi Marina menjejakkan kaki saja melepasi bendul pintu kelas, berebut-rebutlah anak-anak estet, murid-murid India itu meluru lalu menciumi tangannya. Balanathan, ketua kelas paling beria menggomol tangannya. Bibi Marina tersenyum sahaja, lihat keindahan 1Malaysia, budak-budak India pun tahu adat resam, budaya dan budi bahasa masyarakat Melayu. Rasa berbunga di hatinya tiba-tiba. Nyaris tak menitis air mata sebak.
Bibi Marina pun mulai mengajar. Bahasa Inggeris seperti selalu. "Hari ini kita belajar 'tenses'." Katanya sambil menulis di papan hitam 'I Like KFC'.
Ketika menulis itu Bibi Marina tersengih-sengih sendiri. Dia terkenang kepada suaminya, anjuran mengajar 'tenses' dengan kalimat 'like' itu adalah antara senda gurau awal suaminya ketika berbulan madu. Bibi Marina sempat mencubit manja suaminya. Dan suami, aduh membalas lebih suka, 'Uuuhh I Like'.
"Ikut semua." Bibi Marina membaca, dan murid-murid pun menurut: "I Like KFC."
Kemudian Bibi Marina menulis pula, 'I Like Milo', dan murid-murid menjeritkan beramai-ramai: "I Like Milo."
Bibi Marina berfikir sejenak, lalu menulis pula, 'I Like Shahrukh Khan', nah bergempita kelas di Sekolah Tamil itu meneriakkan: "I Like Shahrukh Khan."
Buat seketika Bibi Marina berfikir, untuk membuat contoh ayat. Dia tersipu-sipu sendiri mengenangkan tenses 'I Like' itu. Lama dia mengelamun dan menggigit-gigit bibir sendiri. Kemudian tidak semena-mena, Bibi Marina membuat ayat dan menuliskan: 'I Like 1Malaysia.'
Dia memandang murid-muridnya dan menyuruh mereka membaca beramai-ramai.
Akan tetapi, murid-murid India itu diam sahaja. Mata mereka terkebil-kebil memandang semula Bibi Marina dengan wajah jernih juga polos.
"Bacalah. 'Read dear. Together-gether' let's read." Ujar Cikgu Bibi Marina kehairanan.
Salah seorang menggeleng. Bibi Marina bertanya, agak kaget, "What's your name?"
"My name is Khan."
"Okay boy, Khan, read this: I Like 1Malaysia. Shuu...read, and make your estate proud.."
Khan menggeleng. Cikgu Bibi Marina semacam panik. Budak-budak ini tak fahamkah?
"Kenapa tak nak baca. You dont like English uhh?"
Khan menjawab, "Cikgu, kami suka KFC dan Milo sebab itu barang boleh makan minum jugak. Tapi 1Malaysia itu ayoyo tarak boleh makan jugak."
Cikgu Bibi Marina mendadak naik darah, dengan bibir terketar dan kentut yang tertahan dia hanya mampu membalas dan hampir bertempik, "Cettt, pooorahhh!"

11 comments:
;))
ahhaha...i like shahrukh khan..
then, my name is khan la.... =p
ehehehehhehe....adui...ini barang bikin geli hati....
haha..
depa kena lagi!..
hahaha..
Salam.
Salamah al-Ja'fi pernah bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Nabiullah, bagaimana jika berkuasa atas kami penguasa-penguasa yang menuntut hak mereka atas kami, tapi mereka menolak memberikan hak kami atas mereka. Apa yang anda perintahkan kami lakukan?"
Jawab Baginda: "Dengarlah dan taatilah. Mereka akan mempertanggungjawabkan apa yang menjadi kewajipan mereka; dan kamu akan mempertanggungjawabkan apa yang menjadi kewajipan kamu."
Wassalam.
memang lawak la crita abang FT....
sudah hbis gelak macam orang bangang, saya trfikir pasal konsep 1malaysia ni...relevan ke x relevan...sy bkal seorg guru,tertanya2 samada sya akn mngalami situasi mcmni di sekolah satu hari nnti atau tdk...
haish....
ejaan sebeno utk ayat 'uhh i like' tu asenye lebih sesuai letak 'uhh i loikeeeeeee' kot kihkih
SALAM. Boleh-boleh cikgu Bibi nak tersasul cakap cehh poorah..ehe. tidak mengapa..1 Malaysia kan..
i likeeeeeeeeeeeee
haha.perli habis!!
(=
humor dan cukup sinis FT!
Post a Comment