21 April 2010

Cerpen Mikro: Adakah Saya Sedang Minum Dalam Gambar Ini?

Wartawan: Tuan, saya berharap anda tak keberatan menjawab soalan...

FT: Ana mesti pergi, Ana mesti pergi.

Wartawan: Kumpulan Pro Minum Teh dan Anti Kopi (POTAK) menyerang anda dan mendakwa anda seorang kaki minum. Mereka juga dakwa anda syiah dan minum kopi. Mereka kata minum kopi adalah bid'ah.

FT: Siapa? Siapa buat cerita? Takkan Ustaz Perubahan buat cerita lagi. Dia dah kata dia geng dengan ana masa jumpa di Pesta Buku baru-baru ni. Ana mesti pergi...Huh? Apa yang perlu diserang?

Wartawan: Boleh komen mengenainya?

FT: Apa yang perlu diserang?

Wartawan: Mereka menggunakan foto yang kontroversial. Foto tuan di Las Vegas.

FT: Vegas? Tempat apa tu? Foto kontroversial apa itu? Ana bukan kaki lumba kuda.

Wartawan: ...menunjukkan seorang lelaki sedang minum...

FT: Adakah ana sedang minum dalam gambar itu? Adakah ana sedang minum dalam gambar itu? Adakah ana sedang minum dalam gambar itu? Adakah ana sedang minum dalam gambar itu? Anda sudah melihat gambar itu?

Wartawan: Ya, saya sudah melihat gambar itu.

FT: Adakah ana sedang minum dalam gambar itu? Adakah ana sedang minum dalam gambar itu?

Wartawan: Saya tidak pasti sama ada orang itu adalah anda. Sekejap, 'ana' itu siapa? Anda kah?

FT: Ana tidak minum.

Wartawan: Saya tidak kenal 'Ana'. 'Ana' mungkin tidak minum. Tapi ada cawan kopi depan anda? Err anda dan 'Ana' itu serupakah?

FT: Saya mesti pergi. Ada cawan je. Tapi ana tak minum. Ana ada tengok cawan tu, pegang telinga cawan tu. Tapi adakah ana minum dalam gambar itu? Tak ada kan? Tak adakan? Ana tidak minum.
.

28 comments:

Peri PiA said...

saya faham

Hamba Ilahi said...

tuan tak minum, saya nampak dalam gambar tu.

azie in wonderland said...

apa yang nampak, saya tak minum. ana juga tak minum.

Hashim said...

Berita Tergempar

Bo layan cite minum ...ni Penipu Besar kena tipu.


INi berita Kamal bin Atan memalsukan kelayakan akademik. Penipu Besar UMNO kena tipu dengan Koling pariah MIC.

Dapatkan segera berita tergempar sebelum di super-impose blogger pro UMNO....atau sebelum ijazah baru berjaya dibeli....

Mammposs UMNO-Yahudi.

ct-kama said...

ana tak minum, ana pegang jer...

akuinsanlemah said...

salam. erk, enta pn menjadi isu usrah td..asif. ana faham. fitnah d mana2. itu cbrn bg pejuang! mga Allah bersamamu shbt.

WANKRAI said...

sinis....

||Aku Pemikir|| said...

mantop!! gelak2 ketawa tadik..memang guris baeknya!!hahahaha

Adika said...

ehehheheh.....menarik....

muadzmuhammad said...

faisal tehrani.cerpen sangat cantik aturnya..:)

anayilz said...

Salam. Er,tak berapa faham sangat. Maaf. Huhu.

angah said...

:)

me,myself n all around da world said...

Memang kelakar,huhuhu

Zaid Akhtar said...

boleh terguling-guling org rembau membacanya. :-)

aquatiq said...

HAHAH.... macam kanak-kanak memutarbelitkan ibu bapanya....

Khairi said...

hehe. kena ekstrapolasi gambar tu baru nampak 'ana' minum.

hijauoren said...

ANA bace cerpen mikro ni mlm td ngn laki ANA.. mase tu ANAk ANA tgh tidur.. tergelak2 ANA dan laki ANA.. nasib baik ANAk ANA tak terjage..

hehe

alhariesz said...

sarcasm - haha

TaNgGa MeRaH said...

tak minum...tak minum...!

Hamba Allah said...

minum tak ajak zaujah ke ustaz..

A.Z. Haida said...

cerpen yang kalau mahu lebih dihayati, mesti dibaca bersekali dengan artikel di malaysiakini

ya, orang rembau pasti terguling-guling atas lantai gelak berdekah-dekah tak ingat punya

MISAIMERAH said...

He he tajam-tajam..ada sorang tu dia masuk dalam toilet kawannya tunggu di luar. Bila keluar kawannya tanya,"tadi kau kencing ka berak?" Jawab beliau, "tak la aku tak kencing dan berak aku saja-saja ja masuk dalam!"

behlul said...

assalamualaikum...

aku tenguk dalam gambar, pandang jer.. apalah si FT pandang dan fikirkan..? tentu dia terfikir..
isu tak pernah habis selepas dan sebelum.. sabar ajerla..
kalau tak kenal mungkin tak percaya
yang kenal.. itulah bidaah..
siapa bidaah? yang bertanya tulah...
dunia.. dunia..!

putrifarish87 said...

SALAM. EN. FT,saya faham. Sudah baca dalam malaysiakini juga. Nak tunggu sambungan cerpen mikro pula esok

NURUL LAILATI MAHAT said...

menarik.penuh sindiran dan kiasan.smg terus menulis

SYAFIQ ZULAKIFLI said...

Mari lahirkan karya-karya satira yang bermutu...Pasti hebat...

shazrinkeshaz said...

sangat suka!

thuraiya said...

saya...haish da lame cube memahami tulisan2 anda..haish.sering menemui kegagalan..mungkin general knowledge sy kurang..akan cuba lg!