SEJAK kebelakangan ini terdapatnya kebangkitan dalam jumlah filem-filem berkait inspirasional dan berunsur motivasi dari kilang Hollywood. Khususnya jika ia memberi semangat buat kalangan minoriti seperti mereka yang tertinggal dari segi jantina, pilihan seksual, warna kulit, agama dan kumpulan insan kurang upaya. Ambil sahaja fenomena Slumdog Millionaire (kisah anak-anak kumuh yang bangkit membuktikan kegeniusan mereka) lebih setahun lepas. Kini The Blind Side ialah bahagian dari himpunan yang telah disebutkan di atas. Ia telah pun meraih perhatian massa menerusi lakonan Sandra Bullock, pemeran watak utama filem ini. Bullock juga meraih anugerah oscar baru-baru ini.
Apakah yang mengispirasikan kita, jika kita memilih untuk menonton The Blind Side arahan John Lee Hancock ini?
Banyak.
The Blind Side adalah sebuah filem yang disesuaikan dari sebuah buku berjudul The Blind Side: Evolution of a Game oleh Michael Lewis (terbit tahun 2006). Ia menyorot suka duka alam remaja Michael Oher (lakonan memberangsangkan Quinton Aaron), pemain bola sepak Amerika bagi pasukan Baltimore Ravens. Tentu, hidup ‘Big Mike’ tunggang langgang. Ibunya seorang pelacur tua dan penagih dadah yang berpenyakit. Dia tidak mengenal siapa bapanya. Michael hidup di kawasan setinggan yang melarat. Big Mike, nama panggilan yang dibencinya itu, bukan sahaja miskin, tidak berpelajaran bahkan memiliki berat 344 paun. Ia ‘dibuang’ oleh beberapa saudara yang tidak mahu bertanggungjawab memeliharanya lagi dan muncul di Sekolah Briarcrest Christian untuk mengisi impian seorang jurulatih menjulang nama baik sekolah itu dalam bidang sukan.
Pada mulanya, setiap pelajar di sekolah tersebut gerun dengan tubuhnya yang agam bagak dan fikirannya yang kelihatan kosong. Guru-guru sudah berputus asa dengannya. Ada yang menganggapnya bodoh. Tetapi jelas sekali Big Mike seorang pendengar dan pencerap yang setia. Sayang, Big Mike hanya ada sehelai t-shirt dan seluar katuk yang sudah tentu tidak dapat bertahan sepanjang musim dingin.
Nasib Big Mike segera berubah apabila ia melepasi kereta yang dipandu oleh pasangan suami isteri Sean (lakonan bintang ternama muzik country) dan Leigh Anne Tuohy (lakonan Sandra Bullock). Leigh Anne, seorang kristian yang budiman (juga bergaya) tidak sampai hati membiarkan Big Mike, rakan satu sekolah kedua-dua anaknya kesejukan. Dia mempelawa Big Mike pulang. SJ, anak kecilnya yang mula-mula berani berkawan dengan Big Mike keriangan kerana kini memiliki seorang kawan dan abang.
Memang secara logiknya, sukar ditemui lagi insan setulus Leigh Anne yang membela orang dagang’ tanpa latar belakang seperti Micheal Oher. Suaminya adalah hartawan di Tennessee. Tetapi, bukankah Tuhan selalu bekerja dalam rahsia? Malah kata Sean, harta tidak ada gunanya jika tidak berbudi kepada manusia yang memerlukan. Leigh Anne kemudian mulai menyayangi Big Mike yang sudah berusia 18tahun seperti anak sendiri. Sejak Big Mike membawa hidangan Thanksgivingnya ke meja makan utama, ia merasakan sesuatu yang berbeza tentang Big Mike. Suaminya juga, meski pada mulanya agak teragak-agak, menerima sepenuhnya Big Mike. Dan itu bukan tidak dibayar dengan harga yang mahal. Sanak saudara yang rasis disembur kembali (keluarga Tuohy adalah pendokong demokrat yang utuh), anak-anaknya perlahan-lahan menganggap Big Mike sebagai ‘abang besar’ mereka. Ingat, Big Mike adalah remaja kulit hitam tanpa latar belakang, sedangkan keluarga Tuohy adalah keluarga kelas menengah yang serba ada.
Big Mike bukan sahaja gigih dalam perlawanan bola sepak Amerika yang menjadi kegilaan seluruh keluarga barunya. Ia juga terpaksa belajar untuk memenuhi kredit yang munasabah bagi melanjutkan pelajaran ke universiti lalu menerima biasiswa sukan. Sebagai anak yang hampir tidak tahu menulis (dan hanya mampu mendengar) ia belajar dari sifar untuk membolehkannya lulus peperiksaan dengan cemerlang. Kekuatannya sebagai manusia iaitu skor 98 peratus untuk rasa melindungi digerakkan sepenuhnya sebagai enjin motivasi yang memungkinkan ia berjaya.
Filem ini tidak terbawa-bawa dengan sisi buruk dan hitam Big Mike. Fokusnya adalah kepada tenaga Leigh Anne Tuohy yang tidak pernah lelah memastikan Big Mike berjaya. Malah untuk gangster yang mengancam anaknya, ia dengan berani menemui mereka di kawasan setingganan Memphis lalu mengancam kembali, “Jika kalian ancam anakku, maka kalian mengancamku.” Samseng kulit hitam yang ganas itu semuanya tergamam melihat seorang wanita kulit putih yang elegan memanggil Big Mike sebagai ‘anakku’.
Naratif The Blind Side agak istimewa berbanding filem-filem Hollywood yang lain. Tanpa klimaks yang tajam, tetapi dengan kekuatan lakonan Sandra Bullock dan Tim McGraw, The Blind Side cemerlang dalam menumbuhkan inspirasi yang mengharukan. Jika Hollywood terus menghasilkan filem seperti ini, tentu banyak manfaatnya. Filem ini mengajar penonton erti dorongan dan motivasi dalam institusi kekeluargaan di samping keajaiban semangat kesukanan.
Pengarah filem ini, John Lee Hancock memang tidak asing lagi dengan genre filem sukan penuh motivasi. Filem awal beliau The Rookie telah menyediakan basis yang yang kuat buat The Blind Side.
Menonton The Blind Side ketika ramai ibu-ibu muda muslim membuang anaknya di tempat pembuangan sampah dan kaki lima surau memberi satu rasa yang luar biasa. Ia memaksa kita sebagai orang Islam memeriksa semula akhlak dan hubungan kita dengan Tuhan. Dalam masyarakat serba moden dan canggih serta kehilangan pedoman keagamaan di Barat, keluarga Tuohy berpegang kepada nilai-nilai kristian yang baik dan tanpa prasangka. Michael Oher dijemput masuk (meski pada mulanya mereka sendiri tidak pasti latar belakang Big Mike) dalam keluarga. Bukan itu sahaja Big Mike dimanjakan bagai anak sendiri. Tentu, kita bertanya – apakah nilai-nilai yang penuh insani ini sudah diamalkan kita sendiri sebagai muslim atau tidak?
Filem ini adalah kisah benar penuh emosi. Ia menambah keajaiban yang diperlukan untuk sebuah karya filem yang penuh motivasi. Segala dorongan Leigh Anne Tuohy itu berbaloi. Hari ini Michael Oher adalah antara pemain bola sepak Amerika yang diminati dan antara yang berjaya di gelanggangnya.
Ketika Bullock menerima anugerah oscar baru-baru ini untuk watak Leigh Anne, dalam ucapan kemenangannya beliau mengatakan: ‘Seorang ibu adalah seorang ibu tak kira dari mana juga anak itu menjelma, dan kita bertanggungjawab serta harus bertugas sebagai ibu tanpa prasangka.’
Sahlah, ada sisi lain yang membutakan naluri seorang ibu untuk memastikan anaknya selalu berjaya.
* Artikel Sinema Spiritual ini telah tersiar di Siasah edisi 21-27 Mac 2010. Dilarang mencetak kembali.
Apakah yang mengispirasikan kita, jika kita memilih untuk menonton The Blind Side arahan John Lee Hancock ini?
Banyak.
The Blind Side adalah sebuah filem yang disesuaikan dari sebuah buku berjudul The Blind Side: Evolution of a Game oleh Michael Lewis (terbit tahun 2006). Ia menyorot suka duka alam remaja Michael Oher (lakonan memberangsangkan Quinton Aaron), pemain bola sepak Amerika bagi pasukan Baltimore Ravens. Tentu, hidup ‘Big Mike’ tunggang langgang. Ibunya seorang pelacur tua dan penagih dadah yang berpenyakit. Dia tidak mengenal siapa bapanya. Michael hidup di kawasan setinggan yang melarat. Big Mike, nama panggilan yang dibencinya itu, bukan sahaja miskin, tidak berpelajaran bahkan memiliki berat 344 paun. Ia ‘dibuang’ oleh beberapa saudara yang tidak mahu bertanggungjawab memeliharanya lagi dan muncul di Sekolah Briarcrest Christian untuk mengisi impian seorang jurulatih menjulang nama baik sekolah itu dalam bidang sukan.
Pada mulanya, setiap pelajar di sekolah tersebut gerun dengan tubuhnya yang agam bagak dan fikirannya yang kelihatan kosong. Guru-guru sudah berputus asa dengannya. Ada yang menganggapnya bodoh. Tetapi jelas sekali Big Mike seorang pendengar dan pencerap yang setia. Sayang, Big Mike hanya ada sehelai t-shirt dan seluar katuk yang sudah tentu tidak dapat bertahan sepanjang musim dingin.Nasib Big Mike segera berubah apabila ia melepasi kereta yang dipandu oleh pasangan suami isteri Sean (lakonan bintang ternama muzik country) dan Leigh Anne Tuohy (lakonan Sandra Bullock). Leigh Anne, seorang kristian yang budiman (juga bergaya) tidak sampai hati membiarkan Big Mike, rakan satu sekolah kedua-dua anaknya kesejukan. Dia mempelawa Big Mike pulang. SJ, anak kecilnya yang mula-mula berani berkawan dengan Big Mike keriangan kerana kini memiliki seorang kawan dan abang.
Memang secara logiknya, sukar ditemui lagi insan setulus Leigh Anne yang membela orang dagang’ tanpa latar belakang seperti Micheal Oher. Suaminya adalah hartawan di Tennessee. Tetapi, bukankah Tuhan selalu bekerja dalam rahsia? Malah kata Sean, harta tidak ada gunanya jika tidak berbudi kepada manusia yang memerlukan. Leigh Anne kemudian mulai menyayangi Big Mike yang sudah berusia 18tahun seperti anak sendiri. Sejak Big Mike membawa hidangan Thanksgivingnya ke meja makan utama, ia merasakan sesuatu yang berbeza tentang Big Mike. Suaminya juga, meski pada mulanya agak teragak-agak, menerima sepenuhnya Big Mike. Dan itu bukan tidak dibayar dengan harga yang mahal. Sanak saudara yang rasis disembur kembali (keluarga Tuohy adalah pendokong demokrat yang utuh), anak-anaknya perlahan-lahan menganggap Big Mike sebagai ‘abang besar’ mereka. Ingat, Big Mike adalah remaja kulit hitam tanpa latar belakang, sedangkan keluarga Tuohy adalah keluarga kelas menengah yang serba ada.Big Mike bukan sahaja gigih dalam perlawanan bola sepak Amerika yang menjadi kegilaan seluruh keluarga barunya. Ia juga terpaksa belajar untuk memenuhi kredit yang munasabah bagi melanjutkan pelajaran ke universiti lalu menerima biasiswa sukan. Sebagai anak yang hampir tidak tahu menulis (dan hanya mampu mendengar) ia belajar dari sifar untuk membolehkannya lulus peperiksaan dengan cemerlang. Kekuatannya sebagai manusia iaitu skor 98 peratus untuk rasa melindungi digerakkan sepenuhnya sebagai enjin motivasi yang memungkinkan ia berjaya.
Filem ini tidak terbawa-bawa dengan sisi buruk dan hitam Big Mike. Fokusnya adalah kepada tenaga Leigh Anne Tuohy yang tidak pernah lelah memastikan Big Mike berjaya. Malah untuk gangster yang mengancam anaknya, ia dengan berani menemui mereka di kawasan setingganan Memphis lalu mengancam kembali, “Jika kalian ancam anakku, maka kalian mengancamku.” Samseng kulit hitam yang ganas itu semuanya tergamam melihat seorang wanita kulit putih yang elegan memanggil Big Mike sebagai ‘anakku’.Naratif The Blind Side agak istimewa berbanding filem-filem Hollywood yang lain. Tanpa klimaks yang tajam, tetapi dengan kekuatan lakonan Sandra Bullock dan Tim McGraw, The Blind Side cemerlang dalam menumbuhkan inspirasi yang mengharukan. Jika Hollywood terus menghasilkan filem seperti ini, tentu banyak manfaatnya. Filem ini mengajar penonton erti dorongan dan motivasi dalam institusi kekeluargaan di samping keajaiban semangat kesukanan.
Pengarah filem ini, John Lee Hancock memang tidak asing lagi dengan genre filem sukan penuh motivasi. Filem awal beliau The Rookie telah menyediakan basis yang yang kuat buat The Blind Side.
Menonton The Blind Side ketika ramai ibu-ibu muda muslim membuang anaknya di tempat pembuangan sampah dan kaki lima surau memberi satu rasa yang luar biasa. Ia memaksa kita sebagai orang Islam memeriksa semula akhlak dan hubungan kita dengan Tuhan. Dalam masyarakat serba moden dan canggih serta kehilangan pedoman keagamaan di Barat, keluarga Tuohy berpegang kepada nilai-nilai kristian yang baik dan tanpa prasangka. Michael Oher dijemput masuk (meski pada mulanya mereka sendiri tidak pasti latar belakang Big Mike) dalam keluarga. Bukan itu sahaja Big Mike dimanjakan bagai anak sendiri. Tentu, kita bertanya – apakah nilai-nilai yang penuh insani ini sudah diamalkan kita sendiri sebagai muslim atau tidak?
Filem ini adalah kisah benar penuh emosi. Ia menambah keajaiban yang diperlukan untuk sebuah karya filem yang penuh motivasi. Segala dorongan Leigh Anne Tuohy itu berbaloi. Hari ini Michael Oher adalah antara pemain bola sepak Amerika yang diminati dan antara yang berjaya di gelanggangnya.Ketika Bullock menerima anugerah oscar baru-baru ini untuk watak Leigh Anne, dalam ucapan kemenangannya beliau mengatakan: ‘Seorang ibu adalah seorang ibu tak kira dari mana juga anak itu menjelma, dan kita bertanggungjawab serta harus bertugas sebagai ibu tanpa prasangka.’
Sahlah, ada sisi lain yang membutakan naluri seorang ibu untuk memastikan anaknya selalu berjaya.
* Artikel Sinema Spiritual ini telah tersiar di Siasah edisi 21-27 Mac 2010. Dilarang mencetak kembali.



11 comments:
masyaAllah.. barat yang terkenal dengan kerosakan akhlak itu sekarang sudah mendepani masyarakat kita. kita, apa yang kita buat sekarang? wahai pembaca, mari islahkan niat kita. tujuan san matlamat kita adalah Allah.
bukan sahaja kejayaan dunia, akhirat juga perlu seperti surah al maidah 35, bagaimana mahu capai kejayaan..
penjelasannya di website saya:
http://aliridha.info
tapi sandra bullock itu yahudi. kena boikot ke tidak?
Saya suka drama ini.
Lakonan yg baik dan tidak melebih-lebih. Perjalanan cerita yang dijana lembut tanpa perlu memasukkan aksi-aksi yang 'spectacular'. Selain pengajaran dan kebaikan yang boleh kita contohi dari sifat-sifat manusia yang cuba ditonjolkan di dalamnya.
Amat disyorkan untuk tontonan bersama keluarga.
Penuh dengan nilai2 kekeluargaan... malangnya tiada elemen itu dalam filem2 kita sekarang ini melainkan rempit dan drift.... malangnya
Awang Kapak
Lebih baik tengok filem yahudi yang ada unsur makruf dari tengok filem melayu yang islam tetapi penuh dengan unsur batil, mungkar dan tiada makruf. yahudi kadang tidak pada kulit sahaja, yahudi juga boleh datang pada perangai.
dan ramai yang berperangai yahudi pada waktu ini.
ngerti?
tapi kalau kita tidak boikot filem-filem Yahudi, sampai bila Palestine akan merdeka?
salah satu filem kilang loji Hollywood yg baik utk dilihat..bukan sbb sgla2 perkara yg x boleh dilihat itu mnjdi keutamaan, ttp mesej baik drp jalan ceritanya yg pastinya menjadikan asas tarikan pemikiran penonton..
ada orang tak tak tahu bezakan yahudi dan zionisme nampaknya.
Betul kata Saudara Faisal Tehrani tu Saudara Awang Kapak... Janganlah membuta tuli membenci tanpa asas munasabah...
Kalau ramai Rabbi-Rabbi Yahudi yang sedia dan berani berdiri tegak membentengi setiap jiwa Palestina, mengapa pula kita harus membenci mereka tak tentu pasal ?
Pada saya, jangan saja pandai lari dari bertaklid buta, tapi mesti juga jangan memboikot buta dan butakan mata dari membezakan yang mana Yahudi dan yang mana pula Zionis.
Faisal, kalau makan dekat Kupang lagi jangan lupa ajak ya...
Mungkin pelajar-pelajar filem dari sekolah/ fakulti pengajian seni perlu belajar untuk memberishkan filem2 yang ada sekarang...isu bohsia yang si selangi peluk cumbu sudah tidak sesuai. Yahudi atau apa saja, kalau memberi faedah, apa salah nya. Kerana itu kita perlu sedar. Terima Kasih En. faisal Tehrani.
Post a Comment