Tahukah anda yang hari ini adalah Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia?
Walaupun saya tidak berkenan dengan sikap beliau dalam hal PPSMI, tetapi saya tetap ingin memuji Tun Dr Mahathir ketika melancarkan buku karangan Dr Asri Zainal Abidin. Walaupun beliau tidak menyukai dan bersetuju sepenuhnya apa yang ditulis oleh mantan mufti Perlis itu, akan tetapi Tun tetap bersifat terbuka.
Dalam ucapannya, Tun Dr Mahathir mengatakan begini:
"Kalau tidak dapat terima (perbezaan tafsiran), kita kembali kepada al-Quran seperti kata pepatah Melayu, kalau sesat (di hujung) jalan, kembali ke pangkal jalan," katanya. Seperti (perbezaan) Sunni dan Syiah yang begitu mendalam sehingga bermusuhan dan anggap pengikut imam yang lain sebagai bukan Islam. Di negara lain juga terdapat pengikut agama Islam yang mempunyai fahaman yang berbeza-beza," katanya.
Dr Mahathir menambah, Nabi Muhammad SAW membawa Islam yang satu dan pada zaman baginda tidak pernah timbul soal Sunni atau Syiah.
"Tidak semua pandangannya saya setuju tetapi sebahagian rencana beliau perlu dibaca oleh umat Islam dan bukan Islam," kata Tun Dr Mahathir lagi.
Usul Tun Dr Mahathir supaya kembali kepada al-Quran itu harus kita sokong penuh. Menurut Rasulullah saw, al-Quran dan ahlul bait tidak pernah terpisah selamanya. ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Inilah punca perpecahan umat Islam, iaitu memandai-mandai sendiri lalu mengabaikan pesan dan amanat Nabi Muhammad saw iaitu tidak meninggalkan ahlul bait sebagai penafsir al-Quran yang tepat.
Marilah kita bersikap terbuka dan berlapang dada, membaca buku dan mengkaji pandangan orang lain terlebih dahulu sebelum menghukum.
(Sumber Utusan Malaysia 22 April 2010)

5 comments:
SALAM. iya, kembali pada yang satu dan berlapang dada. membuang segala ego, membuka kembali sejarah yang ditutup serta berusaha mendapat syafaat Nabi SAW... tERIMA kASIH En. FT
Salam.
Firman Allah: "Dan tidaklah patut bagi seseorang mukmin atau mukminat, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah sesat, dalam kesesatan yang senyata-nyatanya..." - Surah 33:36
Wassalam.
Saudara FT,
Saya pernah disapa seorang syi'i irani ketika beriktikaf di dalam Masjidilharam dan beliau membacakan hadith 'al-Quran dan ahlul beit' itu.
Dan minda saya mentafsir bahawa saya tidak pernah mendengarnya sebelum ini dalam mana-mana pengajian dan buku-buku.
Moga kita tetap di landasan kebenaran.. Berpegang teguh kepada al-Quran & itrah ahlul bait Nabi Muhammad SAW seperti yang tertulis pada Hadis Nabi SAW...
SOLAWAT!
Salah seorang waris bagi itrati Rasulullah yg penulisan beliau sering jadi bacaan sy ialah Sayid Abul Hassan Al Nadwi, yg berleluhur dgn kedua-dua cucunda Rasulullah, S. Hassan r.a. & S. Hussin r.a., dan dari keluarga Ba'alawi lah yg menyampaikan risalah islam ke bumi nusantara.
Post a Comment