Tahukah anda, 72.1% remaja Cina merasakan bahasa Melayu tidak penting; diikuti oleh Kadazan 40%, India 37%, lain-lain kaum 31%, Iban 28.8% dan Melayu 23.9%. Ini adalah kajian persepsi remaja terhadap bahasa Melayu oleh Profesor Dr Nor Hashimah Jalaluddin dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dengan kertas beliau berjudul Sosiokognitif dan Penguasaan Pragmatik Bahasa Melayu Remaja Malaysia: Kupasan Ilmiah.
Anehkah? Tidak aneh. Di sini tidak aneh. Orang yang tidak berjuang memansuhkan PPSMI boleh mengaku dia turut berjuang. Aktivis yang tidak mengasuh keluarganya dengan bahasa Melayu boleh sahaja mengakui dia adalah pejuang paling hadapan untuk bahasa Melayu. Orang selalu terlupa, bahasa adalah alat serta tampungan budaya dan pemikiran seseorang itu*.
Apa bahaya fakta di atas untuk generasi akan datang? Baca berita di bawah; krisis politik yang menimpa sebuah negara kecil, kita boleh mengalaminya dalam tempoh 30 tahun lagi:
BRUSSELS (sumber Berita Harian 28 April 2010):
Kerajaan Belgium tumbang semalam di tengah perpecahan antara kelompok bertutur bahasa Belanda dan puak bercakap bahasa Perancis, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai masa depan negara itu sebagai sebuah negara bersatu menjelang pilihan raya.
Dua bulan selepas mengambil alih jawatan pengerusi Kesatuan Eropah (EU), istana mengumumkan Raja Albert II menerima tawaran Perdana Menteri, Yves Leterme untuk meletak jawatan selepas rundingan antara kumpulan bertutur bahasa Flemish (bahasa Belanda-Belgium) dan kumpulan yang bertutur bahasa Walloonia (bahasa Perancis dengan dialek berbeza) menemui jalan buntu.
“Raja menerima peletakan jawatan kerajaan,” kata satu kenyataan ringkas, selepas kegagalan usaha Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Didier Reynders untuk menyelesaikan masalah dalam kerajaan pakatan yang lemah itu.
Reynders yang menghabiskan tiga hari menaja rundingan bagi pihak Raja, memberitahu stesen televisyen negara bahawa kemungkinan mengadakan pilihan raya akan mewujudkan bahaya besar terhadap masa depan negara itu.
“Saya bimbang dengan pilihan ini kerana ia akan menjerumuskan negara ke kancah krisis yang amat serius,” katanya ketika diminta mengulas mengenai pilihan raya segera di negara itu.
Leterme, 49, yang pernah dua kali meletak jawatan sebelum ini akan mengakhiri jawatannya pada Khamis, tetapi Raja enggan membuat sebarang ulasan dalam usaha terdesak untuk meminta kedua-dua puak kembali berbincang selepas pemimpin puak Flemish yang berpendirian keras meninggalkan meja rundingan.
Kenyataan pihak istana menyatakan Raja hanya meminta kerajaan mengendalikan masalah yang belum diselesaikan, memberi isyarat kemungkinan pilihan raya umum akan diadakan di tiga wilayah iaitu Flanders, Wallonia dan Burssels yang menempatkan ibu pejabat Kesatuan Eropah.
“Adalah mustahil untuk mencapai persetujuan antara puak bertelagah dalam masalah bahasa untuk membentuk pakatan, ketika keadaan tidak stabil semakin ketara,” kata satu kenyataan dari pejabat Leterme.
Reynders berkata Leterme mengakui bahawa masalah ‘hilang keyakinan’ antara puak yang berbeza bahasa menyebabkan rundingan hampir mustahil dilakukan.
“Satu-satunya pilihan yang ada ialah kesediaan Raja untuk mencari perunding yang boleh berkompromi bagi mengatasi perpecahan undi di parlimen,” katanya. – AFP
* Adakah kita memusuhi bahasa lain untuk dipelajari, tentunya tidak!

9 comments:
salam,
Singapura juga sudah terhantuk. Tapi sudah terlambat untuk menyelamatkan Bahasa Mandarin.
SALAM SAUDARAKU FAISAL TEHRANI
SAYA BERSETUJU BAHAWA DALAM USAHA KITA MENYEMAI GAGASAN 1MALAYSIA PERBEZAAN BAHASA PERLU DIELAKKAN
MAKSUD SAYA BAHASA KENA DISATUKAN DAN MENYATUKAN BAGI MENJADI SATU KESATUAN SELURUH UMAT BERBILANG BANGSA DI NEGARA KITA
APABILA SATU BAHASA SUDAH BERHASIL TENTU KITA AKAN MEMAHAMI DENGAN BAIK SEBARANG MESEJ YANG DILONTARKAN OLEH RAKAN RAKAN KITA DARI KAUM CINA DAN INDIA.
KITA JUGA TIDAK CURIGA APABILA MEREKA TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA ASING KETIKA BERBICARA DI DEPAN KITA.
DENGAN SATU BAHASA KEKUATAN DALAMAN RAKYAT PASTI AKAN BERTAUT KUAT DAN MENJADI BENTENG KUKUH KEPADA SERANGAN FIZIKAL DAN MENTAL OLEH AGEN ZIONIS ISRAEL
SALAM PERJUANGAN DAN MARI KITA BERUSAHA MEWUJUDKAN 1BAHASA BAWAH 1MALAYSIA.
Salam.
Sudah tentu kita tidak memusuhi bahasa lain untuk dipelajari. Malah dalam dunia yang hampir tidak bersempadan sekarang, amat wajar mempelajari banyak bahasa, untuk ilmu, pengetahuan dan komunikasi, atau mungkin survival diri dan bangsa jika berada di luar sana.
Namun di sebalik mengejar globalisasi, anak-anak Malaysia, khususnya anak-anak Melayu wajib dibekalkan dengan jati diri yang kuat, antaranya adalah dengan bekal bahasa Melayu. Memandangkan ketrampilan dan perwatakan manusia Melayu yang semakin bukan-Melayu, maka bahasalah antara yang diharapkan dapat menjadi suatu petanda yang seseorang itu berasa diri sebagai seorang Melayu.
Dalam konteks satu-Malaysia pula, bahasa Melayu mesti dipertahankan menjadi bahasa pemersatu. Bahasa Melayu bukan dituturkan di Malaysia sahaja, tetapi hampir di seluruh nusantara dengan lebih daripada 300 juta penutur; menjangkau ke seluruh dunia meski secara sporadik.
Sejarah bahasa Melayu yang tidak kurang daripada 1300 tahun ini - dengan bahasa bertulisnya sejak tahun 682 dalam bentuk prasasti dan piagam, seumur dengan bahasa Inggeris dan Perancis, juga menjadi bahasa lingua franca nusantara suatu masa dahulu - apakah mudah untuk memperlekeh bahasa Melayu begitu sahaja?
Pernah dalam suatu kejadian, ketika bahasa Melayu berada di puncak kegemilangannya: seorang wakil Sepanyol menulis dua pucuk surat yang sama isinya kepada Sultan Brunei, satu dalam bahasa Melayu dan yang satu lagi dalam bahasa Tagalog. Apabila sampai ke istana, surat berbahasa Tagalog itu dikoyak-koyakkan. Hanya surat berbahasa Melayu itu diterima dan dibaca.
Jadi, bagaimana pendirian orang Melayu, terutama pemimpin kita sendiri, terhadap bahasa Melayu? Dahulu, semua surat rasmi kerajaan, ditulis dalam bahasa Melayu. Namun kini, sudah ada yang berani menulis surat rasmi dalam bahasa Inggeris.
Saya percaya, jika para pemimpin tidak meneliti dan mempertahankan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dalam konteks satu-Malaysia, maka satu hari nanti bukan sahaja akan berlaku "ayam bercakap dengan itik" seperti yang berlaku di Belgium itu, tetapi akan menjadi 'dendam rakyat berjiwa bahasa Melayu' akan menjadi "api dalam sekam", dan hanya menunggu menjadi seperti yang berlaku di hujung cerita Saasatul Ibaad tulisan FT itu. Percayalah.
Wassalam.
manusia tidak mampu bersatu hanya berlandaskan bahasa semata mata.
Salam, bagi saya, bahasa sememangnya mampu menyatukan manusia
teguhkan 1 BAHASA dahulu....
kemudian, baru 1 malaysia...
salam FT, kalau macam nie gambaran masa depan,mcm mne usaha utk seimbangkan penggunaan bahasa,sedangkan rata2 rancangan menarik atau filem luar lebih diminati remaja, itu tidak kira bhs kebanyakan pengajian peringkat tinggi (kebanyakan kos2 pengajian kritikal menggunakan b.inggeris jgk)..merekalah pdmsa depan yg akan pimpin negara..hmm..cmne tue??...risau2....bkn sahaja bhs luntur tpi bangsa jg hilang identiti.
aduhai amirulhazwan.bukan nak berlagak pandai atau apa.tapi tak baca ke entri FT yang ini?siap bagi contoh lagi apa akan jadi bila "ayam bercakap dengan itik".jadi kenapa cakap macam tu?
huhu~
biarlah orang nak bercakap dengan bahasa apa sekali pun. asalkan boleh berkomunikasi.
cumanya, apabila bahasa melayu dirasakan tidak penting, ini akan menimbulkan masalah. masalah kepada jatidiri. tinggal bahasa tinggallah budaya.
Post a Comment