
Pada 24 Mac 2010, pukul 12-1 tengahari (cuba-cubalah mohon keluar makan tengahari awal daripada bos) wawancara Sofa Putih ITNM akan berlangsung sekali lagi. Wawancara Sofa Putih ini adalah siri sesi bual bicara bersama tokoh terkemuka berkenaan dunia penerbitan, isu perbukuan dan budaya keilmuan. Ia dikendalikan oleh Sayed Munawar Sayed Mustar. Di antara tokoh yang sudah tersenarai ialah Datuk A. Samad Said, Kartunis LAT, Datin Fatini Yaacob, Dato' Saifuddin Abdullah, dan Anwar Ridhwan Sasterwan Negara ke-10. Saya akan muncul di sofa putih ITNM pada tarikh dan waktu yang disebutkan di atas.
Tuan-tuan boleh tampil ke hadapan di gerai ITNM, dan ajukan apa sahaja soalan ketika sesi wawancara ini. Ketika sesi yang mengemukakan Datuk A. Samad Said, beliau telah dicurahi soalan-soalan tentang PPSMI dan bermacam lagi.
Selain itu khalayak juga boleh mendapatkan novel terjemahan Bedar Sukma Bisu yang berjudul The Prau With The Silent Soul terjemahan Datuk Zawiyah Baba (terbitan ITNM).
Pengarang dan blogger buku ternama, saudara Fadz ada mengulas The Prau With The Silent Soul di blog beliau:
"Seperti saya, selepas selesai membaca novel ini, saya menganggap novel ini merupakan sebuah novel yang menggunakan ciri-ciri realisme magis Melayu yang pertama kali berjaya direalisasikan oleh seorang penulis Melayu (maaf, bukan Hujan Pagi). Sememangnya novel ini diulit dengan kemistikan dan mitologi Melayu dan Islam yang sehaluan pekembangan kemodenan dan pembangunan masyarakat setempat. Hal ini perlu dalam mengupas rahsia plot di dalam novel yang kompleks ini yang terikat kepada persoalan warisan dan akar umbi jati diri Melayu, lalu disulam dengan hal-hal "semasa" iaitu perniagaan, pendidikan, teknologi, psikologi dan pencambahan manusia Melayu dengan budaya asing yang mendepani mereka.
Sememangnya "isi" novel ini tidak boleh dibuat main-main, tetapi syukur saya titipkan, perjalanan saya menyelusuri separuh daripada novel ini adalah satu pengalaman santai-santai seakan naik di atas sebuah perahu yang sedang melintas samudera. Ini adalah kerana pemilihan Faisal untuk memperkenalkan watak-watak utamanya dengan perlahan, teliti serta melafazkan isi sukma tersendiri dengan konflik kekeluargaan masing-masing, baik dari sejarah (Penjajahan Jepun) atau politik keluarga.
Saya tercuit akan hal Faisal memilih bedar, atau "prahu" sebagai "alat kominikasi" antara watak dan pembaca dalam novel ini. Perahu ini bolehlah diambil simbolisme "perahu" dalam syair Hamzah Fansuri yang berkait dengan tasawuf. Faisal sekarang menebarkan hal-hal yang berkenaan dengan kejiwaan Melayu dan apa yang membuat jiwa Melayu itu bergelora, tangkas dan bisu. Ini dipercantikkan lagi dengan elemen Ben Qortubi yang "sama-sama" menyelami "peradaban" dan "jiwa" orang Melayu dengan mengenali dan seterusnya membangunkan dinasti pembikinan bedar Melayu (yang boleh kita lihat, Faisal merujuk pertukangan kapal di Pulau Duyung, Terengganu). Segala hal-hal "sejarah" yang Faisal gerakkan dalam cerita ini sebenarnya membuka lampiran kedatangan dan perkembangan Islam dan ketamadunan Melayu itu sendiri di tanah semenanjung "emas". Faisal juga menampilkan bagaimana "Melaka tidak dibina dalam satu hari" serta bagaimana ketamadunan yang dicapai oleh orang Melayu itu datang sejujur-jujurnya daripada jiwa yang berpegang kepada kebenaran Quran dan Sunnah, dan hal-hal ini yang disampaikan, direalisasikan ke dalam bentuk ukiran, pertukangan dan pelbagai lagi "kepakaran" orang Melayu waktu itu."
.... (kalau mahu membaca sehingga selesai ulasan beliau di Kubu Buku, klik di sini.)
Jadi, ketemu kelak di sofa putih!
* Jangan lupa dapatkan Bahlut dan Ingin Jadi Nasrallah di gerai Ameen Serve.
Tuan-tuan boleh tampil ke hadapan di gerai ITNM, dan ajukan apa sahaja soalan ketika sesi wawancara ini. Ketika sesi yang mengemukakan Datuk A. Samad Said, beliau telah dicurahi soalan-soalan tentang PPSMI dan bermacam lagi.
Selain itu khalayak juga boleh mendapatkan novel terjemahan Bedar Sukma Bisu yang berjudul The Prau With The Silent Soul terjemahan Datuk Zawiyah Baba (terbitan ITNM).
Pengarang dan blogger buku ternama, saudara Fadz ada mengulas The Prau With The Silent Soul di blog beliau:
"Seperti saya, selepas selesai membaca novel ini, saya menganggap novel ini merupakan sebuah novel yang menggunakan ciri-ciri realisme magis Melayu yang pertama kali berjaya direalisasikan oleh seorang penulis Melayu (maaf, bukan Hujan Pagi). Sememangnya novel ini diulit dengan kemistikan dan mitologi Melayu dan Islam yang sehaluan pekembangan kemodenan dan pembangunan masyarakat setempat. Hal ini perlu dalam mengupas rahsia plot di dalam novel yang kompleks ini yang terikat kepada persoalan warisan dan akar umbi jati diri Melayu, lalu disulam dengan hal-hal "semasa" iaitu perniagaan, pendidikan, teknologi, psikologi dan pencambahan manusia Melayu dengan budaya asing yang mendepani mereka.
Sememangnya "isi" novel ini tidak boleh dibuat main-main, tetapi syukur saya titipkan, perjalanan saya menyelusuri separuh daripada novel ini adalah satu pengalaman santai-santai seakan naik di atas sebuah perahu yang sedang melintas samudera. Ini adalah kerana pemilihan Faisal untuk memperkenalkan watak-watak utamanya dengan perlahan, teliti serta melafazkan isi sukma tersendiri dengan konflik kekeluargaan masing-masing, baik dari sejarah (Penjajahan Jepun) atau politik keluarga.Saya tercuit akan hal Faisal memilih bedar, atau "prahu" sebagai "alat kominikasi" antara watak dan pembaca dalam novel ini. Perahu ini bolehlah diambil simbolisme "perahu" dalam syair Hamzah Fansuri yang berkait dengan tasawuf. Faisal sekarang menebarkan hal-hal yang berkenaan dengan kejiwaan Melayu dan apa yang membuat jiwa Melayu itu bergelora, tangkas dan bisu. Ini dipercantikkan lagi dengan elemen Ben Qortubi yang "sama-sama" menyelami "peradaban" dan "jiwa" orang Melayu dengan mengenali dan seterusnya membangunkan dinasti pembikinan bedar Melayu (yang boleh kita lihat, Faisal merujuk pertukangan kapal di Pulau Duyung, Terengganu). Segala hal-hal "sejarah" yang Faisal gerakkan dalam cerita ini sebenarnya membuka lampiran kedatangan dan perkembangan Islam dan ketamadunan Melayu itu sendiri di tanah semenanjung "emas". Faisal juga menampilkan bagaimana "Melaka tidak dibina dalam satu hari" serta bagaimana ketamadunan yang dicapai oleh orang Melayu itu datang sejujur-jujurnya daripada jiwa yang berpegang kepada kebenaran Quran dan Sunnah, dan hal-hal ini yang disampaikan, direalisasikan ke dalam bentuk ukiran, pertukangan dan pelbagai lagi "kepakaran" orang Melayu waktu itu."
.... (kalau mahu membaca sehingga selesai ulasan beliau di Kubu Buku, klik di sini.)
Jadi, ketemu kelak di sofa putih!
* Jangan lupa dapatkan Bahlut dan Ingin Jadi Nasrallah di gerai Ameen Serve.



3 comments:
salam anakanda
Alamak ruginya tak dpt hadir...apa2pun harap 27 tu bole jumpa...ada sesi soal jawap ke?
Sasterawan Negara Faisal Tehrani.
LEE KHAMSATUN UTFI BEHA
HARRAL WABAIL HATEMA
AL MUSTAFA WAL MURTADHA
WAB'NAAHUMA WAL FATEMA
Salam, saudara faisal. Dulu masa sekolah agama saya selalu baca doa ini, masa tu tak tau apa maknanya. Ustaz ajar, saya baca sahaja. Itu doa betul atau ayat dari mana-mana? tq
Post a Comment