Akhirnya setelah lebih tiga tahun merancang dan mengerjakannya, Ingin Jadi Nasrallah menjelma di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010. Meskipun tidak semua yang dirancang menjadi kenyataan, dan tidak semua kesempurnaan dapat dicapai; memadailah disebutkan di sini bahawa Ingin Jadi Nasrallah adalah ole-ole manis saya untuk pembaca saya yang setia. Turun naik saya selama dua dekad dalam bidang penulisan bagaikan roller coaster. Turun naik yang telah didokongi dengan padu dan kuat oleh sekian khalayak Faisal Tehrani yang ikut sama 'berani mati'.
Tidak semua orang tahu saya bermula dengan genre puisi. Tidak semua orang tahu puisi saya yang pertama tersiar di akhbar Harakah saat saya masih menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah lagi. Saat saya 'tersedar' puisi itu terbit, rakan saya - Haniff Ahamat - berada di sisi dan kami berdiri dalam bas dari Kelang menuju ke Kuala Lumpur, untuk bergabung dengan mantan mufti Perlis menemui Ustaz Yaacob Hussin. Puisi itu, sebagai satu linangan sejarah yang akan terus mengalir, ada saya muatkan sekali dalam Ingin Jadi Nasrallah.
Terdapat puisi yang dicatatkan mengapung ketika saya di rantau orang. Resah - diam yang bergulir - harapan - rindu - asyik - cinta - misteri - khayal - doa dan pergulatan pemikiran yang saya tempuhi sebagai pengarang selama dua dekad ini berasakkan lalu terpadu, langsung terakam menjadi satu dokumen yang berbentuk puisi. Insya-Allah Ingin jadi Nasrallah berbaloi kerana ia juga satu himpunan album yang mengisi dan menilai rona kehidupan saya selama dua dekad itu.
Ingin Jadi Nasrallah amat bermakna buat saya. Ada kawan telah menjadi musuh. Ada nama yang telah dipadamkan. Ada musuh tersangka sebenarnya rakan. Ada teman baharu datang mendamaikan. Ada magis yang telah memberi kekuatan.
Terima kasih buat Ameen Serve yang meski teragak-agak tetapi akhirnya nekad menerbitkan buku puisi, genre berhantu yang paling ditakuti penerbit. Asalnya kumpulan puisi ini mahu diterbitkan sempena hari lahir saya yang ke 35, mungkin adalah hikmahnya ia terlajak beberapa tahun. Terima kasih buat Sinaganaga yang bertungkus lumus menyiapkan Ingin Jadi Nasrallah, memang dia regu kerja saya yang serasi. Terima kasih buat Saudara Azam Supardi dan Kekanda Azizah Supardi yang 'mencantikkan' Ingin Jadi Nasrallah. Terima kasih buat semua yang menyumbang khazanah tidak bernilai ini. Ketika saya diam, kala saya dalam perjalanan dan saat saya sedang dalam pencarian kebenaran. Saya tidak pernah alah dengan kritikan. Saya tidak akan beredar kerana cercaan.
Ingin Jadi Nasrallah saya dedikasikan untuk kalian, untuk semua pembaca setia Faisal Tehrani. Kerana semua kita adalah pejuang dan pemberani.
(Jemput hadir di pelancaran Ingin Jadi Nasrallah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC, 27 Mac, jam 3-4 petang)

Ingin Jadi Nasrallah saya dedikasikan untuk kalian, untuk semua pembaca setia Faisal Tehrani. Kerana semua kita adalah pejuang dan pemberani.Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrallah?
Apa yang kau pupuk
Pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
Selawatmu tak juga asing dari selawatku
Jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?
Apa rahsiamu Nasrallah?
Apa yang kau pupuk
Pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
Selawatmu tak juga asing dari selawatku
Jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?
(Jemput hadir di pelancaran Ingin Jadi Nasrallah di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC, 27 Mac, jam 3-4 petang)

16 comments:
Sedih pula membaca entri ini.
Ada ramai 'bala tentera' diluar sana menanti kehadiran setiap karya cikgu
Semoga kuat semangat.
Salam.
Istiqamah, faisal. Itu kata kunci bagi setiap apa yang benar yang kita lakukan. Pasti semuanya akan jelas kelihatan suatu hari nanti. Hanya istiqamah.
Saya rasa gembira dan bertuah berada dalam 'pasukan' yang menangani Ingin menjadi Nasrallah. Terima kasih atas kepercayaan yang diberi. Akhirnya impian melihatnya terbit menjadi kenyataan. Alhamdulillah.
Wassalam.
salam..
saya penggemar puisi..memang jarang dpt membaca karya FT dlm genre puisi...tak sabar utk memiliki...
akan berkunjung ke pesta buku dan booth Ameen Publishing akan menjadi tujuan pertama...
jumpa di sana..=)
Tertera perkataan "berani mati" dalam post ini membuatkan saya berfikir sejenak.
Saya suka karya FT.
Adakah saya juga berani mati?
Salam Haji.
Meski tidak berkesempatan ke PBAKL tahun ini, saya tidak akan ketinggalan untuk mendapatkan buku ini.
Terima kasih kerana menghasilkannya. Sudah menjadi rutin saya setiap Ahad untuk melihat ruangan puisi terlebih dahulu,kalau-kalau ada puisi terkini dari Haji.:)
- Cik Pepod
saya juga peminat anda.paling diingati perempuan politikus melayu dri seorang rakan yang juga meminati anda.sukar katanya untuk menemui buku itu.seronok sekali dapat menghayati karya-karya nukilan saudara.
dan yang terbaru 'tunggu teduh dulu' saya teragak-agak nak membeli pada mulanya kerna dalam tangan hanya ada rm30.saya teragak-agak antara mahukan 'tunggu teduh dulu' atau 'ayat-ayat cinta'.memandangkan saya fikir kedua-dua nya sangat bagus saya lantas nekad dahulu kan karyawan tanah air sendiri.malah kawan yang seiringan ke kedai buku turut menambah belanja menyuruh saya memilh karya saudara.
dan tuhan itu sesunggunya sangat adil,beberapa hari selepas itu saya dapat pula hadiah 'ayat-ayat cinta' dari seorang kawan yang lain.kebetulan juga sama minat membaca novel.alhamdulillah.dua-dua dapat saya miliki.seronok sangat!tambah seronok bila buku yang dibeli berbaloi dibaca
insyaallah akan saya cuba pula miliki dan hayti 'ingin jadi nasrallah'.
salam..terima kasih encik F.T..terima kasih kerana 'mendedikasikan' ingin jadi Nasrallah untuk 'kami'
salam, plncaran Ingin Jadi Nasrullah di booth mana yer?
Salam anakanda
Tadi Ke pesta buku..baru beli Bahlut.Dah belek2 buku puisi tapi tunggu hari pelancaran.
Jumpa lagi
Salam,
FT,
Kau jelmakan semangat itu walau Nasrallah jauh beribu batu,
Nasrallah yang kau ungkap semangatnya dalam karyamu membuat sebahagiannya mula ragu,
Ya, boleh saja ragu,keliru dalam kejahilan mereka menghukum melulu,
keinginan menjadi Nasrallah itu, bukan mimpi atau jalu namun ianya tekad yang padu,
Ingin menjadi Nasrallah itu, bukan bererti setiap yang bukan aku akan aku paksa jadikan aku,
Ingin menjadi Nasrallah itu, juga bukan membid'ahkan umat sesuka hatiku,
Ingin jadi Nasrallah, walau di Tel Aviv musuhnya, disini musuhku, ianya satu,
Ft, tahniah atas Ingin Jadi Nasrallah,teruskan wacana,, gendang sudah dipalu, musuh akan termangu-mangu, walau ianya hanya sebuah BUKU.....
Selamat Berkarya Lagi....
Saya sudah membelinya. Amat puas hati, antara banyak-banyak koleksi antologi puisi yang diterbitkan oleh DBP yang saya ada(Siapa lagi...) buku puisi saudara amat indah, menarik dan tidak terbayangkan oleh saya selama ini bahawa ada penerbit yang mahu menerbitkanya sedemikian rupa.
Yes... mutu photo yang sempurna mampu menceritakan segala rasa. Saya meletakkannya di meja tamu supaya sesiapa yang berkunjung boleh membacanya. Juga begitu selesa saat dibaca ketika menaiki komuter. Memegunkan waktu ...
Tahniah FT, seorang penulis dan pengkritik melalui tulisan2. Tidak sabar rasanya hendak memiliki "Ingin Jadi Nasrallah".
Teruskan tulisanmu ya tuan, istiqamahlah meneroka menjelmakan kebenaran.
Jauh dipelusuk hati tuan, tuan ingin menterjemahkan kebenaran di mata penghuni dunia.
Tulisan tuan tidak pernah mengecewakan hati seorang pejuang, kerana tuan pun di jalan juang.
Yakinlah kebenaran yang tuan cari dan korek dari segenap dunia akan menjelma suatu hari nanti. kerana Allah telah berjanji bahawa KEBENARAN tetap akan MENANG..
Teruskan Perjuanganmu FT.
Terima kasih F.T kerana mendedikasikan "IJN" kepada kami. Semoga ia menjadi motivasi roh perjuangan kita semua.
Moga Allah memberkati kehidupan tuan.
Wassalam.
Laaaa, ingatkan 'Balut' cerita pasal ganja!!!! Cis!
Salam Haji. Saya sudah mendapatkan IJN dan juga Bahlut. Sedikit terkilan kerana tidak sempat mendapatkan tanda tangan Haji. Hanya bersua di depan pintu utama sahaja tengahari tadi.
Sedang menekuni IJN, tapi buat permulaan melihat foto2 sahaja dulu kerana lenguh di kaki belum lagi reda, mungkin sedikit terkejut kerana jauh ber'jalan' dari Alor Setar ke PWTC dan kembali ke Alor Setar :)
Apa pun, sangat berpuas hati dengan kualiti IJN. Melihat di sini tidak perasan pula saiznya yang comel itu, tetapi saya rasa bertepatan dengan 'kisah' huruf dan imej yang dimuatkan.
Wassalam.
- Cik Pepod (yang pada mulanya telah mengirim buku dengan teman tetapi Alhamdullilah, berkesempatan juga hadir ke PBAKL kali ini)
Salam. lama mengamati IJN dari kulit depan hingga ke yang terakhir.. masih juga tertanya-tanya, mengapa muka hadapanya perlu diletakkan gambar kawat berduri? apakah makna disebaliknya?
Post a Comment