25 March 2010

Ingin Jadi Nasrallah dan Bahlut di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, PWTC, 27 Mac, Jam 3-4 Petang



Sedikit sedutan Wawancara Sofa Putih ITNM pada 24 Mac pukul 12-1 tengahari lalu. Wawancara dikendalikan oleh saudara Syed Munawar. Dapatkan The Prau With The Silent Soul di gerai ITNM.

"Nama eng Bahlut…Bahlut takkan mengalah begitu sahaja."

Nama eng Bahlut – atau Nama saya Bahlut.

Kisah Bahlut bukanlah kisah roman cinta anak remaja orang asli suku Semai semata-mata. Agak-agaknya wujudkah anak remaja yang tidak pernah jatuh cinta? Bukan, ini bukan kisah cinta Bahlut dengan Kabut yang jauh lebih berumur dan sudah pun bertunang. Ini kisah Bahlut yang sedang mencari dirinya sendiri. Pencarian yang meredah pembauran dan pertembungan budaya – dunia kota dengan dunia suku Semai.

‘Perenheg’

-- Pecut!

Begitulah kita dibuai oleh Bahlut dengan kisahnya menjadi atlet trek yang disanjung oleh dunia kota. Juga sebagai lambang pahlawan suku Semai yang berjuang untuk menyelamatkan kampung halaman.



Puisi Faisal bukan bentuk semata tetapi lebih bersandarkan makna. Membaca puisi dalam kumpulan ini seakan dibawa belayar dalam satu bahtera menyusuri lautan wacana yang penuh advencer dalam penitian usia penulisnya. Sebuah karya yang jarang-jarang ada, kumpulan puisi Faisal Tehrani - Ingin Jadi Nasrallah.

** Mereka yang ingin membuat tempahan khas - Kumpulan puisi, Ingin Jadi Nasrallah, baju t Ingin Jadi Nasrallah dan single Revolusi Pembudayaan Selawat dengan harga RM60 (Pos laju: RM80). Sila emelkan tempahan saudara dengan nama, nombor telefon bimbit, dan alamat lengkap kepada chefhisyam@gmail.com. Tulis pada subjek emel: PAKEJ IJN.

* Kerana fitrah dan nasib genre puisi, maka Ingin Jadi Nasrallah diterbitkan dalam jumlah yang terhad.

5 comments:

Nenny Ruthfalydia Rosli said...

alamak!!! macam menyesal pulak tak beli buku puisi tu kat pesta buku baru-baru ni.... uhuk!

hannan said...

kalau beli tshirt je boleh x?
em lg satu kalau saya x dtg esok tp dtg lusa, tshirt 2 still ade ke kat booth ameen 2?

Hamba Ilahi said...

salam..
tahniah tuan, jemput ambil anugerah di blog saya.
http://naimulfirdaus.blogspot.com/

EROSphilia said...

apakah maksudnya ini? maknanya hari pelancaran nanti Ingin Jadi Nasrallah dan Bahlut tak ada dijual ke? alamak!!!!!

Simply Bonita said...

salam,
terima kasih atas kesudian bergambar dan tandatangan.. sy begitu teruja la sampai tangan naik ketar2 time beli buku + ambil gambar utk member saya.. tqvm... :)