Khabarnya ada akhbar menolak tulisan bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Khabarnya juga tulisan beliau tersebut menyentuh kaedah menangani pandangan ulama. Tulisan itu bunyinya berjudul 'Ulama Dimuliakan Atau Disucikan?'.
Dr Mohd Asri dalam satu laporan Malaysiakini menjelaskan, artikel pendek tersebut menyebutkan bahawa pandangan ulama bukanlah sesuatu yang suci, justeru ia boleh sentiasa dinilai. Saya belum berkesempatan membaca tulisan tersebut tentunya. Saya bersimpati dengan beliau kerana artikel itu ditolak oleh akhbar tersebut. Sejak beliau menulis surat rasmi ke sana sini mewar-warkan perkara yang belum tentu betul tentang saya kepada awam, saya sudah sempat mengalami 'penolakan' sedemikian. Kali ini beliau pula 'ditolak'. Cuma, beliau punya lebih ramai kawan seperti Puan Marina Mahathir. Kawan saya tidak ramai. Mungkin dua tiga kerat blogger yang mahu satu bentuk pandangan lain dari kebiasaan. Walaupun pernah dikekang hasil dari pengaruh beliau tersebut, saya tetap berharap beliau diberi peluang untuk menyatakan apa sahaja pandangan, asalkan tidak menyalahi agama. Jika ada yang kurang bersetuju maka silalah jawab beliau dengan saksama. Penulisan secara ilmiah dari pelbagai cabang pemikiran akan membuahkan ummah yang kuat.
Pandangan beliau bahawa ulama jangan sampai disucikan, saya kira ada benarnya. Hari ini umat Islam teramat celaru dan caca marba dalam mencari sumber rujukan. Umat Islam tidak lagi mensucikan orang yang berhak disucikan dan tidak lagi memuliakan orang yang berhak dimuliakan. Ambil sahaja Rasulullah saw dan ahlul baitnya yang memang dimuliakan dan disucikan di dalam al-Quran berdasarkan ayat:
إِنَّمَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيُذْهِبَ عَنكُمُ الرِّجْسَ أَهْلَ الْبَيْتِ وَيُطَهِّرَكُمْ تَطْهِيراً
Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya. (QS. Al-Ahzab ayat 33)
Dalam Sunan Tirmidzi hadis nombor 3205, menyebut tentang ahlul bait ini.
عن عمر بن أبي سلمة ربيب النبي صلى الله عليه و سلم قال لما نزلت هذه الآية على النبي صلى الله عليه و سلم { إنما يريد الله ليذهب عنكم الرجس أهل البيت ويطهركم تطهيرا } في بيت أم سلمة فدعا فاطمة و حسنا و حسينا فجللهم بكساء و علي خلف ظهره فجللهم بكساء ثم قال اللهم هؤلاء أهل بيتي فأذهب عنهم الرجس وطهرهم تطهيرا قالت أم سلمة وأنا معهم يا نبي الله ؟ قال أنت على مكانك وأنت على خير
Daripada Umar bin Abi Salamah, anak tiri Nabi SAW yang berkata “Ayat ini turun kepada Nabi SAW {Sesungguhnya Allah berkehendak menghilangkan dosa dari kamu wahai Ahlul Bait dan menyucikanmu sesuci-sucinya} di rumah Ummu Salamah, kemudian Nabi SAW memanggil Fatimah, Hasan dan Husain dan menutup mereka dengan kain dan Ali berada di belakang Nabi SAW, Beliau juga menutupinya dengan kain. Kemudian Baginda SAW berkata “Ya Allah Merekalah Ahlul BaitKu maka hilangkanlah dosa dari mereka dan sucikanlah Mereka sesuci-sucinya. Ummu Salamah berkata “Apakah Aku bersama mereka, Ya Nabi Allah?. Beliau berkata “Kamu tetap pada kedudukanmu sendiri dan kamu dalam kebaikan”.
Lihat pula ayat al-Quran ini:
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah tentang ajaran Islam yang aku sampaikan itu, melainkan hanyalah kasih sayang (mawaddah) terhadap kerabat(ku)". (Surah Asy-Syuura: 23)
Tentulah kasih sayang itu bukanlah kasih sayang berasaskan permukaan sahaja melainkan kasih sayang yang mendalam iaitu berasaskan kepatuhan dan kesetiaan terhadap ahlul bait Rasulullah saw.
Kesucian dan kemuliaan ahlul bait juga disahkan oleh baginda dalam hadis-hadis sahih yang banyak. Antara lain, ‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’ Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.
Hadis bernombor 645 daripada Musnad Imam Ahmad mengungkapkan: Fadhl bin Dukain menceritakan kepada kami, Yasin al ‘Ijli menceritakan kepada kami dari Ibrahim bin Muhammad bin al Hanafiah, dari bapaknya dari Ali r.a, dia berkata: Rasulullah saw bersabda: ‘Al Mahdi berasal dari kami ahlul bait. Allah menerima taubat dan memberi taufik kepadanya pada malam hari.’ Sanad hadis ini adalah sahih dan kalimat yuslihuhullahu fi lailatin pada matan hadis menurut Syarah as Sanadi oleh Ibnu Katsir menjelaskan ia bermaksud: ‘Aku menerima taubatnya, taufik dan ilham kepada akalnya yang sebelumnya tidak diberikan kepadanya.’ (Ahmad bin Muhammad bin Hanbal 2006: 767)
Hari ini umat Islam jadi begini - lemah, tidak berdaya, dihempuk dan ditipu musuh orag kafir dan munafik - kerana selepas kewafatan Rasulullah saw sumber rujukan yang mulia dan suci tidak lagi dirujuk dan dipatuhi.
Sikap mengkultuskan orang yang tidak suci dan tidak mulia (pada sesetengah ulama) menjadikan umat Islam dalam kedudukan beku, jumud dan tidak mahu menilai diri sendiri. Seruan muhasabah dan permintaan untuk menilai kembali pandangan terdahulu bukan sahaja dipersalahkan tetapi dikecam sebagai 'terkeluar dari jalur Islam'. Kesempitan, bahkan ekstrimisme ini berlanjutan dan diutuhkan oleh sesetengah ulama ortodoks. Kita mesti memerdekakan diri kita untuk membuat penilaian. Berhenti sejenak membuta tuli percaya kepada ulama tertentu, renungi ayat al-Quran dan hadis yang memang banyak itu. Proses mencari dan memahami kebenaran memang melelahkan, tetapi harus dilakukan, kerana kita akan ditanyai Tuhan.
Saya mengalu-alukan tuntutan untuk melakukan penilaian ke atas pandangan ulama; kerana bukan semua ulama suci dan boleh dimuliakan. Untuk melakukan penilaian, penggunaan akal yang telah dikurniakan Allah harus disertakan. Pemanfaatan akal ini mesti disandarkan ayat-ayat suci al-Quran dan hadis Nabi Muhammad yang benar.
Bermulalah dari ayat dan hadis-hadis yang telah dikemukakan di atas sambil bukalah fikiran untuk menilai setiap sudut dan penjuru kehidupan kita.
Pernahkah kita berfikir, benarkah apa yang kita lakukan hari ini benar-benar adalah benar, setelah kita terlalu jauh dari manusia yang benar-benar suci dan benar-benar mulia iaitu Rasulullah saw?
Fikir-fikirkan dan semoga tuan-tuan dirahmati Allah dan ahli keluarganya dalam proses berfikir dan menilai itu.

17 comments:
Salam tuan,
Setiap minggu saya pasti akan membaca tulisan Dr MAZA di akhbar berkenaan. Spt biasa, semln saya mencari2 tulisan beliau tetapi hampa. Hati terdetik mesti ada sesuatu yg tak kena. Apabila dibuka web beliau, fahamlah saya sebabnya.
Berkaitan ahlul bait, banyak hadis2 berkaitannya dikatakan dhoif atau disembunyikan oleh pihak2 tertentu sejak sekian lama. Tetapi sedikit demi sedikit, hadis2 tu terpancar dgn sendirinya. Di dalam Al-Quran sendiri terdapat 500 ayat khusus berkaitan Imam Ali bin Abi Thalib.
Semoga Allah merahmati ahlul bait dan golongan yang mengikuti mereka.
salam sdr FT,
syabas...semoga catatan ini menyedarkan "ulama-ulama" di luar sana.
Salam.
"Baginda juga mengatakan akan bangkit khalifah yang manusia sebut sebagai Mahdi, yang bermaksud petunjuk yang benar: 'Mahdi itu daripada keturunanku dan dia mempunyai dahi yang luas dan hidung yang bengkok. Dia akan memenuhi dunia dengan kebesaran dan keadilan walaupun ketika itu dunia dipenuhi dengan kejahatan dan penindasan. Tujuh tahun dia akan berkuasa.'" (Martin Lings, Muhammad saw: 377)
Wassalam.
Harus juga diingat seperti mana pesan Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, meski ulama itu tidak maksum yg disucikan pandangan mereka..tp mereka mahfuz..
Dzu,
Mahfuz? Siapa yang memelihara? Sertakan dalilnya bolehkah?
Wassalam.
Sdr FT,
Saya harap sdr tidak keberatan memberikan penjelasan berikut supaya kita sama2 dapt menafaat dan diberikan taufik, hidayah dan inayah oleh Allah swt
1. Apa hubungannya ahlul bait dgn akidah seseorang islam?
2. Terjejas ke akidah seseorang itu sekiranya dia tidak mengenali atau hanya sekadar mengenali mereka sebagaimana seseorang itu mengenali para sahabat nabi saw?
3. Apa ilmu yg dapat kita perolehi dan amalkan dgn mengenali ahlul bait?
4. Bukan ke ahlul bait lebih mirip kpd syiah (bida'ah), contohnya aliran "Syiah Imamiyyah Itsna 'Asyariyyah." yg menggunakan nama samaran "Madzhab Ahlul Bait."?
5. Dimana kedudukan para sahabat ra dan ulama2 besar rahimahullah yg banyak mewarisi hadis2 nabi saw dan mengarang kitab2 masyhur yg telah menjadi bahan rujukan dan amalan oleh alim ulama dan umat islam hingga ke hari ini?
6. Apakah yg akan ditanyakan di akhirat nanti tentang ahlul bait?
7. Kesucian dan kemulian seseorang hamba itu ditentukan oleh Allah dan sekiranya kita tidak percaya dan yakin akan kesucian dan kemulian ulama yg mewarisi ajaran dari nabi saw, maka dgn siapa harus kita rujuk utk mendapatkan ilmu supaya amalan kita diterima?
8. Berdasarkan ilmu dan hukum akal sdr bagaimana kita nak betul2 kenal dan percaya samada seseorang ulama itu betul2 suci dan mulia?
9. Sdr cadangkan kita lakukan penilaian keatas pandangan2 ulama. Mampuke kita ni yg bukan hafiz, bukan ahli tafsir, basa arab pun tak tau, bukan ahli hadis hanya berbekalkan hukum akal membuat penilaian keatas pandangan ulama dgn penilainan yg lebih baik dan diterima Allah?
10. "...kerana selepas kewafatan Rasulullah saw sumber rujukan yang mulia dan suci tidak lagi dirujuk dan dipatuhi".
Kat mana nak dapat sumber rujukan yg mulia dan suci ni?
Semuga perbincangan ini rahmati Allah yg lebih mengetahui hati2 kita semua.
Wabillahit taufik walhidayah.
salam FT,
Dr Maza ni bukan hanya menolak kesucian ulama (ok jugaklah mcm yg anta tulis) tapi dia menolak kesucian Rasulullah saw dengan menolak kemutlakan maksumnya Rasulullah saw.....Rasulullah Insan biasa katanya....celaru dan menyelarukan...
Sumber rujukan utama telah diketepikan...agak lucu, seorang ustaz di Harian Metro ahad lalu meletakkan punca perbezaan pendapat umat adalah daripada Rasul saaw sendiri...inilah akibat...jika tidak mengenal Rasul saaw, mk tidak mungkin akan mengenal hujahNya...jk x kenal hujahNya...tersesatlah kamu dalam beragama.
betul faisal..... ADAKAH KITA RASA KITA BENAR-BENAR DIBELAKANG junjunganbesar saw???
saya begitu RISAU orang yang amat benci pada ahlul bait tetapi MENGAKU FAHAMAN KITA LAH YANG BETUL....
betulkah begitu?????
KALIMAH TAUHID itu apa?????
Sehingga ada yang MEMPERMAINKAN azan sahabat-sahabat kita di Iran...
Sedihnya jika TANPA ILMU.........
hanya PAK CI JOE yang kenal ABE MANICKAM
nak jadi kolumnis mesti tepati dateline, kalau lambat hantar story, editor tak larat nak tunggu.
nak tembak mesin cetak
Sdr Helmi
Itukah yang berlaku? Jika itu yang berlaku maka bukanlah masalah isi kolum, tetapi masalah tukang isi kolum yang tidak berdisiplin.
Terima Kasih atas makluman ini.
Wassalam.
Salam FT dan semua,
Al tehrani bila ente mau jawab itu bwh punya soalan? Anna sangat minat lah mau tahu apa ente punya jawapan atau pandangan.
Anna mau kasi pandangan sikitlah pasal ente selalu cerita itu ahlul bait punya hal. Kalau nak diselidik anna punya keturunan arab ada bau-bau bacang lah dgn keturunan rasullullah saw, tapi itu anna tak mau ambil pusing lah.
Yang penting kita ni sebagai hamba kena tahulah tanggung jawab kita kepada Allah. Bahawa sahnya Allah tidak melihat pada keturunan atau paras rupa seseorang hamba itu, tetapi Allah melihat pada hati hambaNya. Allah juga mengingatkan lagi dalam firmanNya, orang yang paling mulia di sisiNya ialah yang paling bertaqwa.
Rasullullah saw pernah mengingatkan puteri baginda Fatimah ra bahawa baginda tidak menjamin syurga kepada puterinya selagi ia tidak beramal soleh dan bertaqwa kepada Allah.
Pasal itu ulama punya hal, rasulullah saw ada bersabda bermaksud, "Mahukah kamu sekelian aku bagitau tentang siapa yg paling mulia di antara penghuni syurga?"
jawab para sahabat, "Bahkan kami ingin tahu ya rasulullah saw" Sabda baginda, "Adalah ulama-ulama, ahli ilmu dari umatku"
Satu saja lah anna mau pesan pd diri anna dan semua kita, tuntutlah ilmu agama kerana ianya boleh membahagiakan kita di dunia dan di akhirat. Sabda rasulullah saw, "Ilmu itu imam bagi amal, sedangkan amal adalah sebagai makmumnya"
Allahuta'la alam.
mintak maaf, dr sudut dalil naqli ana tak boleh beri.tapi boleh rujuk kitab Syeikh Abdul Qadir al-Jilani, Siirul minal Asrar.naskah ditangan ana terjemahan ke bahasa Inggeris. Boleh rujuk muka surat 37.
Wallahualam..
tak de persoalan tulisan maza tu ditolak seperti diuwar2 kan oleh sebuah portal berita.
ok lah tu lagipun tulisan yang sama ada dalam mstar dan majalah islam yang lain.
apa yang dalam mingguan tu bukannya eksklusif. buat artikel lepas tu emel banyak tempat. so tak de masalah la kalau tak de dalam mingguan lagi.
-ini pandangan peribadi - kalau kolumnis tetap sesebuah akhbar,artikel tu mesti eksklusif.
tak pa la bagi la peluang penulis lain pula. jadi janganlah timbul soal tulisan maza ditolak atau tidak.
pendek kata tak de isulah.
Salam saudara Faisal,
1. Yang menjadi halangan orang-orang sunni untuk menerima Ahlul Bait ialah kecaman yang dibuat oleh pihak Ahlul Bait sendiri terhadap ketiga-tiga Khalifah selepas Nabi SAWA.
2. Kalau boleh saudara beri penerangan berkenaan hal demikian kepada saudara-saudara sunni ini, maka akan nampaklah hasil dakwah saudara untuk merapatkan jurang di antara sunni dan Ahlul Bait.
3. Kalau boleh saudara komen sedikit berkenaan hal tersebut di atas dengan kebenaran. Wallahu a'lam.
syiah....
dulu pandangan saya mengenai mereka ini sangat rendah.
tetapi setelah saya membuat sedikit penyelidikan saya mendapat kebenaran dan ketenangan...
saya bukan la bermahzab syiah tapi kebenaran tu terpancar bila saya cuba mendekati mereka...
jika dikatakan sesat saya rasa ucapan kalimah syahadah mereka sama dengan kita...
mungkin yang menyesatkan itu mereka yg menokok tambah dn extreme..kalau yg begitu dalam suni pun ada...
kita harus berfikiran terbuka...
apakah berdosa kalau mencintai ahlul bait?
Post a Comment