30 March 2010

Dua Tiga Sejarah Yang Tercatit di Pesta Buku Antarabangsa KL Baru Ini


1. Datuk Seri Najib Tun Razak muncul sebagai Perdana Menteri pertama mengunjungi PBAKL selepas 29 tahun penganjurannya. Beliau juga muncul sebagai Perdana Menteri pertama yang terlibat dalam majlis bacaan buku di negara ini. Nampak sangatlah Perdana Menteri kita sebelum ini 'kurang memesrai buku' berbanding rakyat jelata. Insya-Allah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011, Datuk Seri akan hadir bersama Datin Seri. (Foto Utusan Malaysia, klik sini)


2. Dewan Bahasa dan Pustaka dikhabarkan tidak akan menerbitkan lagi kumpulan puisi penyair muda. Macam-macam alasan yang diberikan. (Jika benar) Di tengah-tengah sikap yang cabul dan tidak bertanggungjawab tersebut kumpulan puisi saya yang pertama, Ingin Jadi Nasrallah dilancarkan oleh Sasterawan Negara Ke 10 pada 27 Mac 2010 lalu. Dan siapa kata penggemar sastera tidak mahu membeli buku puisi? Ingin Jadi Nasrallah terjual dengan laris di PBAKL 2010.


3. Kami saling bertukar buku. Ummah perlu mendapat manfaat dari pesan-pesan penyelesaian menerusi formula yang rencam. Umat juga perlu dibenarkan memilih untuk membeli di "gedung pasaraya idea" yang mereka suka. Dan kita, tentu, tidak boleh marah mereka yang enggan membeli di kedai kita.

* Foto dari blog Minda Tajdid

13 comments:

mama ju, said...

Salam anakanda,
Apa2pun mama membaca dgn bersungguh tulisan anakanda berdua. Mama ada tulis N3 kat bawah..minta anakanda tgk blog mama, surat utk FT..

kalau silap mama mohon maaf
Wah sedap lagu tu...

dr.EISmaAdiba.. said...

lagu yang dimainkan sebelum perasmian buku-buku keluaran ameen menyentuh hati....Kuasa blog masa kini amat kuat,sampai tak pernah minat,jadi minat sangat-sangat,penulisan yang memberi penyelesaian kepada ummah

nusaybah said...

Salam.

1. PM merupakan antara orang menjadi 'trend setter'. Alangkah baiknya jika beliau turut memikirkan cara mana beliau boleh menjadi contoh 'pembaca buku' yang tegar.

2. Hanya orang yang telah benar-benar menjadi pembaca makna dalam kata dalam genre novel, drama, cerpen dsb yang akan memahami mengapa mereka harus mula membaca puisi.

3. Ada banyak kapal di lautan; hanya satu yang benar-benar belayar. Pun, angin perkembangan yang sedang menyepoi ini cukup menarik untuk dinikmati.

Wassalam.

Khairi said...

Salam,

Haa... kan elok bersalaman macam tu. Tahniah. Harap, kesempatan tersebut telah diambil untuk merungkaikan beberapa perkara yang diperdebatkan.

:)

Saya menulis novel pop di booth Jemari Seni. Tak berkesempatan untuk mengintai-intai saudara dari celah-celah orang tempoh hari. Mungkin lain kali saya akan bertuah.

Paan said...

Kasihannya nasib ilmu. Ah, manusia memang begitu.

Fakeh said...

Rasulullah s.a.w. adalah jawatan yang dilantik oleh Allah sendiri. Allah sendiri tengok dalam ramai-ramai manusia di muka bumi ini entah berapa ribu juta trillion manusia ni ada seorang di dunia ni namanya Muhammad Bin Abdullah s.a.w.

Beliau telah dilantik menjadi nabi bila umur dia 40 tahun. Waktu dia beranak jadi 40 tahun belum jadi nabi ni dia beranak, bonda dia mak dia Siti Aminah tak tahu anaknya ini akan dilantik menjadi nabi.

Sebagaimana yang disebut minggu lepas, kita menyambut maulid nabi, maulid nabi ni kerja tak sudah. Jangan ingat bila kita sambut maulid nabi ni selesai masalah. Kalau Nabi Muhammad waktu dia beranak tu serupa Muhammad Muhammad lain.

Kat kampung kita ada Muhammad,situ ada Muhammad, ada Mat, orang Melayu Kelantan panggil Mat, Mat anak kita, Mat budak kampung kita dengan Mat Bin Abdullah di Tanah Arab tu waktu dia beranak serupa aja. Yang jadi masalah, yang jadi kita dengan dia peringkat rapat ni setelah 40 tahun kemudian bila beliau jadi nabi dengan turunnya ayat Iqra'

NOTA : sila lawati klip video mengenai perkara di atas di alamat
http://hanifsalleh.blogspot.com/2010/02/tok-guru-oh-tok-guru.html

SILA ZIARAH BLOG FAKEH KHALIFAH

Al Ghazali Sulaiman said...

Wah, mesra nampaknya ya!

Neni said...

gambar ketiga sangat menggetarkan hati :)

tulip putih said...

wahh ft mkn encem..tp x berpeluang nak jumpa kat pesta buku..huhu sbb tak punya uang..

yat said...

well, seronok tgk gambar bersalaman antara saudara ngan dr asri (picture worth a thousand word..)..lepas2 ni xyah la bergaduh lagi, berbeza pendapat tu xpa la...

nak kata PM sebelum ni kurang membaca agak x betul (mahathir memang suka membaca, cumanya kekurangan dia baca buku sastera melayu, tu sebab dia agungkan sgt bahasa inggeris)....

satu lagi satu kaum ja nampaknya yg membanjiri pesta buku tu? nama pesta buku antarabangsa, tapi dari pengetahuan saya, bnyk buku2 berkaitan agama yg dijual/dipamerkan (betulkan saya kalau silap, maklum la tgk dari jauh saja dari australia)....

cnc said...

Mengikut ilmu Bahasa Melayu saya yang terhad penggunaan perkataan catit adalah salah. Sebetulnya adalah catat.

djambu puadovich said...

sejuk hati tengok gambar yg terakhir tu...

Murtadza Mokhtar said...

Menarik sekali gambar ketiga itu. Harapnya begitulah kesatuan muslim sedunia.