
Dalam tahun-tahun yang suram bagi genre puisi, termasuk khabarnya Dewan Bahasa dan Pustaka tidak akan menerbitkan lagi kumpulan puisi penyair muda, penerbit AmeenBooks tampaknya memiliki keberanian yang disertai dengan pendekatan menarik untuk menerbitkan kumpualn puisi Ingin Jadi Nasrallah karya Faisal Tehrani.
Penerbit Al-Ameen menerbitkan kumpulan puisi ini bukan dengan sosok fizikal buku puisi yang biasanya nipis, berekabentuk kuno, dan tidak menarik. Dengan buku berukuran 10” x 10”, halaman-halamannya menyerap puisi-puisi Faisal yang kadang lembut kadang sinis kadang marah mencakar. Buku ini juga dihiasi foto-foto artistik kenangan penyairnya yang kebanyakannya di luar negara, yang merakam detik bermakna tanpa dapat diulang lagi.
Puisi-puisi dalam buku ini bukan sekadar merimakan sifat peribadi. Banyak puisinya mengajak kesedaran kita untuk merenung isu kemanusiaan – baik isu yang sedang menggelegak di Palestin, atau isu yang meninggalkan parut Berlin dan Bosnia Hezergovina. Tentang Palestin antara lain beliau melakarkan:
Rumah-rumah sudah tiada
tiang ataupun tangga
kami takkan dapat kembali
walau dalam mimpi.
Tentang puisi yang menjadi judul kumpulan ini, Faisal antara lain menurunkan baris-baris berikut:
Apa rahsiamu Nasrallah?
apa yang kaupupuk
pada tentera Hizbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing dari selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?
Ingin Jadi Nasrallah merupakan kumpulan puisi pertama Faisal Tehrani. Ia sebuah penerbitan yang menyerlahkan bakatnya sebagai penyair juga. Sebahagian besar puisinya mengandungi pemikiran mendalam yang diperkukuh dengan imejan, metafora serta diksi yang berkesan.
Penerbit Al-Ameen menerbitkan kumpulan puisi ini bukan dengan sosok fizikal buku puisi yang biasanya nipis, berekabentuk kuno, dan tidak menarik. Dengan buku berukuran 10” x 10”, halaman-halamannya menyerap puisi-puisi Faisal yang kadang lembut kadang sinis kadang marah mencakar. Buku ini juga dihiasi foto-foto artistik kenangan penyairnya yang kebanyakannya di luar negara, yang merakam detik bermakna tanpa dapat diulang lagi.
Puisi-puisi dalam buku ini bukan sekadar merimakan sifat peribadi. Banyak puisinya mengajak kesedaran kita untuk merenung isu kemanusiaan – baik isu yang sedang menggelegak di Palestin, atau isu yang meninggalkan parut Berlin dan Bosnia Hezergovina. Tentang Palestin antara lain beliau melakarkan:
Rumah-rumah sudah tiada
tiang ataupun tangga
kami takkan dapat kembali
walau dalam mimpi.
Tentang puisi yang menjadi judul kumpulan ini, Faisal antara lain menurunkan baris-baris berikut:Apa rahsiamu Nasrallah?
apa yang kaupupuk
pada tentera Hizbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing dari selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?
Ingin Jadi Nasrallah merupakan kumpulan puisi pertama Faisal Tehrani. Ia sebuah penerbitan yang menyerlahkan bakatnya sebagai penyair juga. Sebahagian besar puisinya mengandungi pemikiran mendalam yang diperkukuh dengan imejan, metafora serta diksi yang berkesan.
* Sedutan ucapan Dato Dr Anwar Ridhwan, Sasterawan Negara Ke 10 di majlis pelancaran enam buah buku Ameen Serve sempena PBAKL 2010 pada 27 Mac 2010 yang lalu.



3 comments:
Salam.
"...merakam detik bermakna tanpa dapat diulang lagi." - Dato Dr Anwar.
Betapa benarnya. Oleh itu, kita perlu sentiasa menyedari dan menghargai segala apa yang ada di sekeliling kita pada setiap detik. Mungkin detik itu tidak akan berulang.
Wassalam.
salam anakanda
Mama membaca dengan payahnya...
Salam Haji. Stok baju-t Manikam Kalbu dan IJN masih berbaki? Kalau masih, bagaimana untuk mendapatkannya? Terima kasih.
Post a Comment