Fakulti Penulisan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) akan menganjurkan DISKUSI ‘KUMPULAN PUISI 3 PENYAIR BEBAS’ mengikut butiran maklumat berikut:
Tarikh : 11 Mei 2010 (Selasa)
Masa : 10:00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Persidangan Utama ASWARA, Kampus ASWARA, 464 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Diskusi buku ini diadakan bagi membicarakan sekitar dunia penulisan puisi dengan mengupas tiga buah kumpulan puisi daripada tiga orang penyair yang telah mengisytiharkan diri keluar dari blok MPR. Kumpulan puisi yang akan dibicarakan ialah Perjalanan Salik karya Rahimidin Zahari, Suluk Cinta oleh Ridzuan Harun dan Ingin Jadi Nasrallah buah tangan Faisal Tehrani. Tiga orang panel akan menekuni karya mereka dan membentangkan pendapat atau kritikan. Ulasan akademik panel ini akan dapat juga dimanfaatkan oleh para pelajar dan khalayak yang hadir diskusi ini. Panel undangan ialah:
(i) Profesor Madya Haji Arbak Othman (Universiti Putra Malaysia) membicarakan Perjalanan Salik.
(ii) Saudara Zainal Palit atau Zaen Kasturi membicarakan Suluk Cinta.
(iii) SN Datuk Dr A. Samad Said membicarakan Ingin Jadi Nasrallah.
Diskusi ini terbuka untuk pelajar, ahli akademik, peminat sastera, peneliti puisi serta sesiapa sahaja yang berminat.
Mari! Mari! Mari!

0 comments:
Post a Comment