05 March 2010

7 Mac Itu...


7 Mac adalah tarikh yang besar untuk pejuang bahasa. Begitu sudah tercatat dalam sejarah negara. Foto bersejarah ini amat istimewa buat saya. Ini kerana saya berada di hadapan, dengan penuh semangat mara. Apabila saya menoleh, saya melihat gas pemedih mata sudah ditembak dan pencinta bahasa Melayu yang berhasrat untuk menagih kasih tuanku, bercempera kepedihan. Segera saya merakam kejadian penindasan tersebut. Apabila saya pulang dan menatap kembali foto yang saya ambil ini, saya berasa penuh bara dan tersenyum bangga sendiri. Dalam foto ini ada tampang ibu saya, sedang 'menyelamatkan diri' dari serangan ganas gas pemedih mata dan bapa saya, yang kelihatan tidak terganggu dengan provokasi nista pihak tertentu. Ya, bonda dan ayahanda saya turut hadir pada tarikh 7 Mac itu. Setahun telah berlalu (sila lihat entri bersejarah tersebut di sini).

Masih belum ada tanda bahasa Melayu diperhatikan dengan saksama.

16 comments:

Zaid Akhtar said...

kita berada di celah-celah sejarah yang akan dibaca oleh anak-anak cucu kita.
Inysa-Allah, lestari bahasa!

Shahrul Shaharuddin said...

Salam Encik Faizal Tehrani! :)
sedikit buah tangan dari saya untuk FT

http://shahrulhairy.blogspot.com/2010/03/bila-mata-bertentang-mata-maka-timbul.html

terima kasih. Harap berjumpa lagi :)

mujahideen said...

melayu "itu" mahu jadi melayu, tapi masih kurang kemelayuan dalam diri melayu "itu" sehinggakan bahasa melayu pun mereka keliru.

asyMok_Aambo said...

tabik ambo!

Odorica Ion said...

Salutari, din Romania !

~ CeguLinn~ said...

setahun telah berlalu .... kami warga guru ternanti-nanti pengumuman rasmi bilakah bahasa melayu akan dimartabkan semula sebagai bahasa penghantar untuk subjek maths dan sains ... Wallah .... masa nak melaksankan dulu hadirnya macam ribut ... tapi bila nak kembalikan semula umpama semut ...

Web Sutera said...

Assalamualaikum. Memang itu detik sejarah. Saya rakamkam dalam blog buku saya, bersama gambar-gambar panas!

Sdr Faisal, ada sedikit komentar saya terhadap Advencer Si Peniup Ney di sini http://pasalbuku.blogspot.com/2010/03/budaya-hedonis-dicemuh-dalam-advencer.html

Azam said...

Salam saudara FT..

maka apakah iktibar daripada perarakan tersebut??Apakah kejayaan penting yang dapat dicapai melaluinya??Ada beberapa perkara penting yang saya tidak bersetuju dengan perarakan tersebut berdasarkan atas faktor-faktor berikut:-

1) ianya berunsur politik dan jelas terbukti dengan kehadiran ramai tokoh politik khususnya pembangkang;
2) Kenapa pejuang bahasa tidak berterusan mengkritik dan menentang dasar syarikat bukan melayu terutamanya kaum Cina dalam soal pemilihan pekerja baru yang secara terang mendiskriminisasikan bahasa Melayu (iklan jawatan kosong sahaja cukup sebagai bukti);
3) Perarakan tersebut bertujuan mewujudkan sentimen kebencian kepada pihak berkuasa. Pada hemat saya mereka menjalankan tugas bagi mengekalkan ketenteraman awam;
4) Perarakan tersebut menjadi medan untuk tokoh-tokoh politik untuk mendapatkan 'political mileage' bagi mengukuhkan kedudukan dalam parti masing-masing;
5) Membawa anak-anak bagi menyertai perarakan itu bukanlah satu tindakan yang bijak kerana dalam usaha meleraikan perarakan begitu besar, pihak berkuasa tidak dapat bertindak secara terpilih maka sekiranya berlaku kecederaan ibu bapa yang lebih bertanggungjawab;
6) Terdapat tokoh-tokoh politik khususnya pembangkang yang terlibat dalam perarakan tersebut (kononnya memperjuangkan bahasa) tidak berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan konsisten malah blog dan facebook mereka juga menggunakan medium bahasa asing;
7) Tiada negara di dunia berjaya melalui proses reformasi secara radikal atau pemberontakan. Sebagai contoh negara-negara jiran kita masih belum mampu menyelesaikan krisis yang berlaku di negara masing-masing walaupun beberapa siri demonstrasi diadakan. Perubahan perlu dilakukan secara berdikit-dikit, bukan secara radikal..

Adalah lebih molek sekiranya ibu bapa yang terlibat dalam perarakan itu membawa pula anak-anak mereka ke mana-mana karnival pendidikan, kelas ilmu, syarahan agama dan aktiviti berorientasikan keilmuan daripada mendedahkan anak-anak dalam perkara yang masih tidak tercapai akal mereka..

Wallahualam...

Tinta Mustika said...

Anta betul, FT...

Sewaktu saya menjenguk ke MPH SACC beberapa hari lalu, saya terkejut kerana rak-rak yang tertulis Novel Melayu sudah dipenuhi dengan novel bahasa itu.

Di MPH The Curve lagilah...rak buku-buku melayu hanya 'beberapa kerat sahaja'. Memang sedih!!!

Setakat ini, cuma MPH Mid Valley yang masih istiqamah dalam membantu memelihara mutiara bangsa.

Di Popular Ikano pula...macam dah kurang satu rak.*Entah mata saya yang tersilap tengok, tak tahulah.
Setahu saya, PTS yang menjuarai carta rak buku melayu di sana...agaknya, team Puan Ainon bolehlah tolong tengok-tengokkan.

Didoakan hari-hari yang mendatang akan membawa sinar harapan yang lebih cemerlang.

Wallahu'alam.

Bendera hitam said...

Assalamualaikum

sehingga sekarang saya masih sayangkan Bahasa Melayu.walaupun tak ada kredit sekalipun.namun sifat untuk terus belajar dan memperbetulkan masih ada.

problem - masalah
repair - baiki
accident - kemalangan
actually - sebenarnya
family - keluarga

paling saya risau.bila berhadapan Bangsa lain dan orang Melayu di bandar terutama Kuala Lumpur.jangan sampai ramai nak jadi Melayu Moden berbahasa inggeris.

azreen said...

jika benar ramai yg ikut berdemo itu benar cintakan bahasa melayu x perlu lah kita khuatir..pasti bahasa kita kekal selamanya..

di parlimen pun masih kedengaran MP yang tergagap-gagap berbahasa melayu..keluar dewan bagi kenyataan akhbar pun berbahasa inggeris

PakCu said...

ye, dicelah-celah bantahan bersejarah itu ada kita...
kekal dlm memori selamanya bersama masjid negara sebagai saksi, di tapak itu kami berdiri.

HaWa said...

SalaAm..

Baru semalam membicarakan isu 7 Mac dalam debat interfakulti.. Terlupa pula hari ini tarihknya 7 Mac.

asyMok_Aambo said...

ok.

Faisal Tehrani said...

Azzam
1) ianya berunsur politik dan jelas terbukti dengan kehadiran ramai tokoh politik khususnya pembangkang;

Jawapan: Isu bahasa adalah isu politik. kerana itulah ia ada dalam perlembagaan negara. jadi kalau ada orang politik mahu memanipulasi isu ini untuk tujuan politik, pejuang bahasa tak dapat menegahnya.

2) Kenapa pejuang bahasa tidak berterusan mengkritik dan menentang dasar syarikat bukan melayu terutamanya kaum Cina dalam soal pemilihan pekerja baru yang secara terang mendiskriminisasikan bahasa Melayu (iklan jawatan kosong sahaja cukup sebagai bukti);

jawapan: tunjukkan di mana data saudara yang pejuang bahasa tidak mengkritik? berapa banyak tulisan pejuang bahasa yang sdr baca dan berapa banyak forum yang kami sertai yang saudara hadiri?

3) Perarakan tersebut bertujuan mewujudkan sentimen kebencian kepada pihak berkuasa. Pada hemat saya mereka menjalankan tugas bagi mengekalkan ketenteraman awam;

Jawapan: Pak samad said merujuk perarakan pejuang bahasa sebagai 'tunjuk kasih' bukan 'tunjuk perasaan'. kami mahu bertemu YDP Agung, sentimen kebencian apanya? Bagaimanakah perarakan yang dihadiri oleh ibu dan bapa saya yang sudah tua, dan anak-anak kecil dapat menjejaskan ketenteraman awam?

4) Perarakan tersebut menjadi medan untuk tokoh-tokoh politik untuk mendapatkan 'political mileage' bagi mengukuhkan kedudukan dalam parti masing-masing;

jawapan: itu memang kerja parti politik. umno juga menggunakan isu bahasa di awal kemerdekaan untuk tujuan ini. sila rujuk buku-buku sejarah.

5) Membawa anak-anak bagi menyertai perarakan itu bukanlah satu tindakan yang bijak kerana dalam usaha meleraikan perarakan begitu besar, pihak berkuasa tidak dapat bertindak secara terpilih maka sekiranya berlaku kecederaan ibu bapa yang lebih bertanggungjawab;

jawapan: membawa anak-anak adalah tindakan wajar kerana anak-anaklah yang berdepan dengan masalah hasil dari dasar ppsmi yang salah ini. kesalahan tetaplah terletak kepada pihak yang mengasari anak-anak.

6) Terdapat tokoh-tokoh politik khususnya pembangkang yang terlibat dalam perarakan tersebut (kononnya memperjuangkan bahasa) tidak berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan konsisten malah blog dan facebook mereka juga menggunakan medium bahasa asing;

jawapan: ini benar. tokoh politik parti kerajaan dan pembangkang dua kali lima dalam hal ini.

7) Tiada negara di dunia berjaya melalui proses reformasi secara radikal atau pemberontakan. Sebagai contoh negara-negara jiran kita masih belum mampu menyelesaikan krisis yang berlaku di negara masing-masing walaupun beberapa siri demonstrasi diadakan. Perubahan perlu dilakukan secara berdikit-dikit, bukan secara radikal..

jawapan: perancis melakukan revolusi pada tahun 1799 dan mampu menjadi negara yang maju. 1979 iran mengerakkan satu revolusi spiritual dan menegakkan pemerintahan Islam. memang revolusi bukan matlamat, ia hanya proses. revolusi dan evolusi adalah proses berdikit-dikit. sdr ternyata tidak memahami apa maksud radikal. apa yang radikal ialah apabila kerajaan secara radikal merubah dasar bahasa kebangsaan dalam pendidikan kepada ppsmi dalam masa kurang setahun. ini dilakukan oleh kerajaan mahathir.

terima kasih.

panahpena said...

Salam semua, kita juga jangan lupa untuk mempertahankan sumber asli yang menjadi bekalan masa depan generasi Melayu. Harap ada yang melihat etika kerajaan yang menjarah hasil bumi tanpa mengira masa depan. Desas desus tentang kerajaan akan memberikan konsesi carigali minyak di Johor kepada syt luar mungkin dr Singapura atau sewaktu dengannya perlu disiasat.