16 February 2010

Bulan Maulud MEMANG LEBIH BESAR Dari Bulan Ramadhan!

Sekiranya laporan ini benar, maka saya terpanggil untuk membetulkan kenyataan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mana 'bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding bulan Ramadan'.

Khabarnya, Datuk Nik Abdul Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbau wahabi yang amat "bahaya" iaitu: “Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. Bulan Maulud sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana bulan Ramadan. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa.” Demikian menurut laporan (di
sini)

Datuk Nik Aziz dilaporkan menambah: "Kita jangan sekali-kali terpengaruh dengan keadaan semasa. Kadang-kadang benda yang berlaku semasa ini tidak serupa dengan kehendak agama. Tetapi dengan sebab benda itu berlaku semasa bercanggah dengan agama, kadang-kadang menjadi masalah. Contohnya, Maulud Nabi." (Baca: Maulid ini konon bid'ah).

Saya amat terkejut dengan kenyataan ini jika ia benar. Saya akan memberikan sebab lojik mengapa bulan Maulud amat besar berbanding bulan Ramadhan.

i. Sila baca ayat 107 surah al-Anbiya: Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam. Oleh kerana itu (rahmat) baginda adalah bukan untuk orang tertentu sahaja, bukan untuk sahabat sahaja tetapi untuk setiap manusia dan makhluk (apa sahaja). Bahkan untuk seluruh alam semesta, gunung ganang, dan sekian petala bumi dan langit. Melangkaui zaman dan batas sempadan. Untuk manusia dengan apa jua warna kulit dan agama. Ia merentasi setiap entiti yang tidak terfikirkan dek akal.

ii. Lailatul Qadr pada bulan Ramadhan adalah malam turunnya malaikat, dan pemberian pengampunan yang besar tetapi tuan-tuan, kelahiran Rasulullah saw, kekasih Allah adalah jauh lebih besar daripada peristiwa tersebut. Kehadiran Nabi Muhammad jauh lebih penting daripada kejadian turunnya para malaikat. Bulan maulid adalah bulan anugerah Allah yang mempersembahkan Rasulullah untuk seluruh alam. Syafaat baginda mengatasi keampunan seribu lebih bulan. Ia valid dan relevan melebihi batas waktu.

iii. Bulan Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran, pewahyuan al-Quran amat bermakna buat umat Islam tetapi maulid adalah bermakna untuk seluruh alam semesta.

Memang beramal ibadat di bulan Ramadhan berlipat ganda pahalanya, tetapi mencintai Rasulullah saw (walau sekecil-kecil cara) terpandang di sisi Allah kerana baginda adalah kekasih-Nya. Kalau ada orang menyangka boleh meraih cinta Allah tanpa cinta Rasul maka ini pandangan batil.

Ajarlah agama yang sebenar kepada orang bukan Islam yang ramai dalam DAP.

Betul, UMNO mungkin tidak mengamalkan Islam sebenarnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Tetapi PAS juga belum tentu (di mana jaminannya? siapa dapat jamin) mengamalkan Islam seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Islam yang diturunkan kepada Rasulullah saw telah pun berubah dan menyimpang sehingga cucunda baginda, Saidina Husin melancarkan gerakan reformasi/revolusi berdarah yang menumpahkan darah ahlul bait Rasulullah saw. Tragedi di Karbala tersebut telah membuka mata ramai umat Islam pada waktu itu. Inilah misi sebenar Saidina Husin. Tuan-tuan ingat mengapa Saidina Husin yang mulia serah kepala di Karbala sampai terputus dari badan?

Kalaupun UMNO benar tidak mengamalkan Islam yang dipandu oleh Nabi Muhammad saw, tetapi paling rendah dan paling tidak, perarakan berserta selawat yang ada; setidak-tidaknya menunjukkan satu ekspresi kecintaan buat baginda Rasul, kekasih Allah. Jika eskpresi yang paling kecil dan rendah (tetek bengek dan remeh temeh) ini pun diperkecilkan dan dinafikan maka di manakah letaknya keimanan kita kepada Rasulullah saw? Biarlah orang yang ingin berarak menunjukkan kasihnya kepada Nabi Muhammad saw berarak dan berselawat. Siapa tahu selawat dan peluh ketiak ketika berarak itulah yang akan menjadi saksi di hadapan Nabi Muhammad, berbanding kononnya kerja harakah Islam puluhan tahun yang kini bersulam riak perasan dan takbur angkuh di hujungnya. Lebih buruk, kerja hempas pulas harakah Islam itu sudah dibayangi oleh muslihat politik yang kotor dan menjijikkan. Digelumangi oleh tingkah laku politikus yang memualkan.

Di akhirat nanti kita akan bangkit dengan kekasih kita. Jika kita cinta Rasulullah saw, maka kita Insya-Allah bangkit bersama baginda. Belum tentu tukang sapu sampah yang bermodal selawat terbuang di sisi baginda berbanding seorang khalifah atau menteri besar yang mendabik dada menjalankan Islam.

Jika tuan-tuan lebih cinta Mursyidul AM PKR maka tuan-tuan akan bangun bersama dengannya. Jika tuan-tuan lebih cinta khalifah Lim Guan Eng, maka bersama dialah tuan-tuan akan bangkit kelak. Jika tuan-tuan lebih cintakan Perdana Menteri, boleh bangkit di akhirat nanti dengan dia. Saya tak nak bangkit dengan semua di atas.

Tanya dengan pendosa mana sekalipun dia akan jawab hendak bangkit dengan Nabi di akhirat kelak. Itu tandanya bulan Maulud amat besar.

Saya, yakni kita nak bangkit dengan siapa?

Kita ingin bangkit bersama Rasulullah saw dan ahlul baitnya yang suci, iaitu Saidina Ali, anakandanya Saidatina Fatimah Zahra (penghulu wanita di syurga), Saidina Hasan dan Husin (penghulu pemuda di syurga). Rujuk bunting yang diarak anak-anak dalam foto di atas. Belajar meluahkan perasaan cinta kepada Nabi Muhammad, dengan cara paling kecil dahulu pun tidak mengapa.

* Mempertahankan cinta buat Rasul jauh lebih besar. Tidak, saya bukan juak UMNO. Saya juga tidak rela sebuah jemaah Islam punah ranah kerana strategi politik yang mencemarkan. Saya mencintai Islam yang sebenar-benarnya ditunjukkan oleh Rasulullah saw, dan dipeliharai oleh ahlul bait baginda serta sejumlah sahabat yang berada di jalan lurus.

63 comments:

amri said...

Kalau tak tau bab agama lebih baik gi belajar.

Jgn taksub dgn agama umno yg mengajar semua org boleh bercakap bab agama asalkan pandangan itu menguntungkan umno.

cahaya malam said...

Assalamualaikum..


"benar tintamu."



p/s: Apa pula kata bulan di sana?
;)
wassalam.

PenaKiri said...

Tulisan paling kurang cerdik yang pernah saudara tulis..

Ingatlah - Jika kamu menyembah Muhammad, sekarang Muhammad sudah wafat, jika kamu menyembah Allah, Allah itu kekal selamanya'

Maulid nabi itu seharusnya sepanjang tahun, berusa untuk sentiasa ikut sunnahnya dalam segenap kehidupan.. bukan berarak, subuh pun x solat..

Janganlah terperangkap dengan emosi politik jika kita sendiri bukan ahlinya dan tidak pula mahir, bakat yang ada bukan bermaksud kita pandai dalam segalanya..

Moga Allah memberi petunjuk kepada saudara.

Frodo Baggins said...

... pendosa sekalipun akan berkata mahu bangkit bersama Rasullullah ...

Wa suka ayat itu! artikel ni buat wa rasa sihat dalam sakit. Selawat dan salam buat Baginda kekasih Allah.


terima kasih Bro!

pez said...

Tuan faisal,saya meminta supaya tuan menarik balik statement bahawa Al Quran itu hanya penting bagi orang Islam.

Tidakkah tuan mengerti betapa ramai yang insaf semula ke Jalan Allah ataupun mereka yang sebelum ini tidak beriman tetapi kemudiannya beriman kerana Al Quran?

Memperkecilkan skop rahmat atau mercy Al Quran kepada orang Islam sahaja ternyata sekali salah.

Al Quran merupakan petunjuk kita,tanda aras kita dan above all panduan kita hidup di dunia dan akhirat.

Al Baqarah 2:2
Ini adalah kitab yang tiada ragu,petunjuk kepada mereka yang bertaqwa (god-fearing)

Al Isra 17:82
Sesungguhnya Al Quran itu adalah rahmat kepada mereka yang beriman dan bagi mereka yang tidak,ia hanya menambah kesesatan mereka

bukan Muslim sahaja,tetapi Al Quran itu bagi semua yang takut akan Allah (Tuhan/Rabb)

Dan jika dilihat adakah penghargaan dan kasih sayang kepada Nabi,bermaulid,nyata sekali tiada dalam Sunnahnya.

Tetapi kasih sayang dan penghargaan kepada Nabi Muhammmad SAW adalah dengan patuh kepada Sunnahnya dan meninggalkan segala perkara yang Nabi tidak ajarkan dan pandukan kepada kita.

Sesungguhnya golongan selepas ini akan menjumpakan banyak ikhtilaf,maka ikutlah Sunnah ku dan Sunnah Khulafa Ar-Rasyidin,gigitlah dengan geraham kamu
Sunan Abi Daud,Tirmidhi.

Sesiapa yang memperkenalkan urusan baru dalam urusan (agama) ini,maka ia tertolak.
Sahih Bukhari.

atiqahmohammadkhuzaini said...

bg saya, beribadah pun perlulah mengikut cara yang ditunjukkan baginda saw. jika tidak, ia bidaah.

tidak salah mengekspreskan kecintaan pada nabi muhammad saw, tapi caranya yang dipertikaikan.

wallahua'lam.

fadz said...

Alhamdulillah, akhirnya ada seseorang yang memperkatakan tentang hal ini, sesuatu yang ramai tidak sedar berlaku di Kelantan.

terima kasih terima kasih terima kasih FT.

LENSA PR said...

bukan nak tuduh, tetapi kita boleh kenal antara cinta benar dengan cinta palsu bib...

Jika ada masjid dhirar, mungkin ada perarakan dhirar.....

yat said...

panas ni...

nanti ada lak yg cakap ilmu saudara faisal ngan nik aziz ni jauh sgt, nin aziz ni ulamak x boleh ditegur, nik aziz maksum dsbgnya....

yg mereka tidak tahu adalah mana satu ayat politik and mana satu ayat nak bela islam....

dan sap cakap x boleh teguq ulamak?....

bg saya nik aziz ni ulamak politik....

ina said...

Doaku, "Ya Allah, Allah yang Maha Esa. Kau himpunkanlah diriku, kedua ibubapaku & seluruh ahli keluargaku bersama-sama dengan para waliMu, khususnya Rasullullah SAW dan ahlulbaitnya iaitu Iman Ali bin Abi Thalib, Saidatina Fatimah Az-Zahra bt Rasullullah, Iman Hassan bin Iman Ali, Imam Hussein bin Iman Ali dan Imam Zainal Abidin bin Imam Hussein. Makbulkan doaku ini Ya Allah dan aku serahkan segala urusanku kembali kepadaMu, InsyaAllah, Allah-hu-Akhbar".

HEMY said...

akum..sy suka baca artikel ni..cuma ada skit konfius ayat saudara..keimanan terhadap rasulullah?? sy sokong penulisan saudara..sy takut perkataan ni dijadikan mainan politik ke apa ke..boleh ke kata keimanan terhadap rasulullah??atau sekadar metafora??

Faisal Tehrani said...

Seperti yang telah diduga, sungguh ramai pencinta Muhammad Abdul Wahab memberi respon. Dan seperti yang telah diduga, sungguh ramai pembela Nik Aziz berbanding pembela Rasulullah saw.

Sdr pez: "statement bahawa Al Quran itu hanya penting bagi orang Islam."

Terima kasih kerana jejeran ayat dan hadis. sila baca ayat saya semula. reti bahasa melayu ke tidak? saya guna kata yang mendalam iaitu 'bermakna'. al-Quran, Rasulullah saw dan keluarga baginda telah dimeterai tidak boleh dipisahkan. Terima al-Quran perlekehkan Nabi (secara sedar atau tidak sedar) tak jadi juga. Terima al-Quran, terima Nabi tapi tak kenal waris keluarga Nabi tak jadi juga. Ini boleh jadi punca sdr meraba-raba. jadi saya lawan hadis sdr dengan hadis berikut ini:

‘Nashr bin Abdurrahman al-Kufi menceritakan kepada kami, Zaid bin al Hasan – iaitu al Anmathi – menceritakan kepada kami, daripada Ja’far bin Muhammad, daripada ayah Ja’far iaitu Muhammad, daripada Jabir bin Abdullah, ia berkata: Aku pernah melihat Rasulullah saw melaksanakan ibadah haji pada hari Arafah, saat itu beliau sedang berkhutbah di atas untanya; al Qashwa. Aku mendengar beliau bersabda: Wahai manusia, sesungguhnya aku telah meninggalkan (sesuatu) untuk kalian, sepanjang kalian berpegang teguh kepada sesuatu itu nescaya kalian tidak akan pernah tersesat, iaitu kitab Allah dan itrati keluargaku.’Lihat Sahih Sunan at-Tirmidzi, hadis nombor 3786, bab sifat-sifat utama keluarga Nabi saw.

Sdr hemy: sekolah tadika dahulu, ustazah tak suruh hafal rukun iman? Selain beriman kepada Allah, tak disuruh beriman kepada (terhadap) Rasulullah saw? setahu saya mazhab apa pun sunni syiah akan belajar perkara asas ini. beriman kepada Rasulullah adalah wajib dan satu tuntutan. "Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” Surah al-Ahzab 56.

Saya lihat di tengah kekacauan mencari pedoman hari ini, orang lebih suka taksub dan beriman kepada manusia biasa berbanding manusia luar biasa seperti Rasulullah saw yang terang2 adalah kekasih Allah. Kalau mahu bangkit dari kubur dengan ulama (tok guru) sdr di hari kebangkitan kelak silakan. kalau mahu bangkit dengan 'orang itu' pun silakan. nak bangkit dengan datuk seri najib pun boleh, mohonlah dengan Tuhan.

Waktu itu betapa ramai manusia yang akan sesal dan berharap tidak dilahirkan dan jadi tanah semula. tak ada makhluk boleh tiba kepada keredhaan Allah tanpa melalui Rasulullah saw.

Beb, syafaat nabi penting. dia ikhlas ke tidak hargai Rasulullah saw awak tau ke? awak ada mukjizat tahu isi hati orang ke? Yang akan nilai dia bukan awak, tapi nabi dan Allah sendiri nanti. menghalang dan menidakkan fadilat bulan maulud dan kebesaran Rasulullah saw adalah BID'AH paling malah maha besar sekali.

wassalam.

ejarll said...

saudara Faisal,

sebelum ini blog saya ada menyiarkan artikal berkenaan WAHBI, sila rujuk untuk menilai perkembangan WAHBi di kelantan...

zahra said...

Salam.

Ada apa dengan sambutan bulan atau hari Maulidur Rasul? Tentulah sambutan itu satu tanda ingatan kepada Baginda saww.

Kita saling menyambut hari kelahiran orang yang kita kasihi - ibu, bapa, suami, isteri, anak; inikan pula junjungan kita yang seharusnya lebih dikasihi daripada orang yang di sekeliling kita. Jadi, mengapa pula hari kelahiran baginda tidak boleh disambut?

Mengapa pula tidak boleh menjadikan berarak itu sebagai tanda sambutan? Bid'ah? Bagaimana jika bid'ah itu bid'ah hasanah - bid'ah yang diharuskan melakukannya?

Tentunya terpulanglah kepada diri sendiri, mahu atau tidak, ikhlas atau tidak. Mana tahu jika anda tidak berarak sambil berselawat, anda tidak pernah sekali pun sepanjang tahun ini membasahkan bibir anda dengan selawat; entahkan anda mendengar orang menyebut nama dan gelar nabi pun, lidah anda berpiuh di dalam mulut tidak reti berselawat.

Peliknya, anda mengharapkan syafaat nabi di sana kelak. Jadi, berlatih-latihlah berselawat, mula-mula mungkin sewaktu berarak Maulidur Rasul ini. Lama-lama anda berarak dan berselawat hingga ke lapang sasar nanti, lidah anda sudah lembut mengucap selawat. Malah jika anda membawa anak-anak berarak dan berselawat sama, anak anda akan memahami itu adalah manifestasi cinta sejagat untuk Rasulullah, orang yang membawa Islam sebagai agama anda dan anak anda.

Mengapa pula tidak boleh adakan majlis berzanji atau berselawat? Bukankah itu antara 'ekspresi' (pinjam ya, Faisal) tanda kita ingat, sayang dan cinta pada seseorang? Anda biasa mendengar lagu cinta, bukan? Lagu-lagu itu kadangkala menghimbau-himbau perasaan kita kepada si dia.

Bagaimana pula kita mahu mengekspresi perasaan kita terhadap Rasulullah saww. Berzanji dan berselawat itulah yang pasti terkesan hebat dalam diri orang yang bercinta dengan Baginda saww. Kalau anda mahu mengekspresinya secara sendirian, silalah. Tapi jika mereka mahu mengekspresi kecintaan itu secara bersama-sama atau untuk menunjukkan bahawa kecintaan mereka itu orang yang sama iaitu insan penyuluh alam, biarkanlah. Adakah tidak peliknya, jika ada yang mahu berarak, berzanji, berselawat beramai-ramai untuk meraikan kelahiran kekasih Allah, dilarang?

Siapa yang melarang itu? Ah, saya kira orang yang sibuk dengan lipstik dan kasut tumit tinggi wanita, sibuk dengan caci maki, sibuk dengan nasib politiknya yang kini melengkung ke sana ke sini, sibuk menjadi lalang, sibuk membid'ahkan sedangkan Ibnu Taimiyah sendiri mengharuskan, sibuk dengan 'gerakan islam' yang mahu menjauhkan umat daripada kecintaan terhadap Baginda saww dan ahlul baitnya; seharusnya duduk diam-diam dan berfikir: apakah aku ini benar-benar 'adil' kepada diriku dan pengikut-pengikutku; dan apakah aku ini adil kepada Baginda Rasulullah saww? Adilkah?

Untuk Faisal: Selagi mereka tidak mengerti erti pengorbanan Saidina Hussein a.s., selagi itu mereka akan meraba dan sesat di padang pasir selama-lamanya....

Solawat!

Zamri Dar al-Hikmah said...

Pada hemat saya, kita teruskan niat murni untuk tegakkan negara Islam. Tetapi janganlah sampai syiar Islam yang dah sedia ada seperti meraikan sambutan maulidurrasul dengan memperingati kelahiran Nabi saw turut ditegah. Kenapa tak dipandang dari satu sudut dakwah yang lain? Jgn kerana UMNO yang buat kita pandang salah semuanya dan yang betul kita sahaja. Jika UMNO buat kerja agama jgn kita halang. Biarkan mereka dgn niat mereka tetapi kita dgn niat kita dan kita ambil bahagian mengisi kelompangan dakwah didalamnya. Lagipun sekali sekala apa salahnya bersikap ‘husnuzon’ bersangka baik dalam sesuatu perkara. Ayuh, kita tinggalkan politik sekejap. Berdakwah dgn berhikmah dan Ikhlaskan niat kerana Allah bukan parti. Parti hanya platform.

Seperkara, Maafkan saya jika saya berbeza pendapat. Tetapi bukankah perbezaan pendapat itu satu rahmat? Saya melihat tidak ada masalah dengan berarak. Dalam berarak kita berselawat dan memuji Nabi Saw. Yelah, bukan mudah hendak mengajak umat berkumpul dan berselawat kepada Nabi saw jika hari-hari biasa. Tetapi sempena hari kelahiran Nabi saw, roh tersebut dapat kita rasakan. Bayangkan jika seluruh Malaysia meraikannya dan berselawat ke atas Nabi saw, insyaallah limpahan rahmat dan kasih sayang Allah turun bersama kita kerana kita memuji dan mensejahterakan kekasihNya dan dengannya tidak mustahil mungkin suatu hari nanti syariat Islam benar2 akan tertegak di bumi Malaysia dan Allah berikan kemenangan kepada kita.

Pokok utama inilah yang saya hendak sampaikan. Jom kita Isikan ruang yang ada untuk dakwah. Kita raikan hari kelahiran Nabi saw dgn penuh kegembiraan. Hari tersebut kita ajak umat berselawat ke atas Nabi. Perkenalkan Nabi saw adab dan akhlaknya. Kita ambil masa ini mengajak umat mencintai Nabi saw. Nak ajak umat mengikuti perintah Allah swt kenalah dipupuk kecintaan terhadap Nabi saw. Bilamana umat mencintai Nabi saw justeru adab dan akhlaknya jadi ikutan. Suruhan dan tegahan baginda pula mudah dituruti.

Saya merasakan amat rugi sekali jika syiar yang sedia ada seperti sambutan maulidurrasul pun kita cantas. Jika begitu samalah kita mencatas usaha dakwah yang telah di bawa oleh ulama-ulama terdahulu yang membawa masuk syiar-syiar ini. Kemudian lepas cantas apa? Nak mulakan sesuatu yang baru? sampai bila Islam nak menang… maaf, sekadar pandangan dari insan yang hina dina ini…


Syukran Faizal mewakili kami yang mencintai Rasulullah saw memberikan pandangan berhubung isu sambutan maulidurrasul.

Zamri Dar al-Hikmah said...

Pada hemat saya, kita teruskan niat murni untuk tegakkan negara Islam. Tetapi janganlah sampai syiar Islam yang dah sedia ada seperti meraikan sambutan maulidurrasul dengan memperingati kelahiran Nabi saw turut ditegah. Kenapa tak dipandang dari satu sudut dakwah yang lain? Jgn kerana UMNO yang buat kita pandang salah semuanya dan yang betul kita sahaja. Jika UMNO buat kerja agama jgn kita halang. Biarkan mereka dgn niat mereka tetapi kita dgn niat kita dan kita ambil bahagian mengisi kelompangan dakwah didalamnya. Lagipun sekali sekala apa salahnya bersikap ‘husnuzon’ bersangka baik dalam sesuatu perkara. Ayuh, kita tinggalkan politik sekejap. Berdakwah dgn berhikmah dan Ikhlaskan niat kerana Allah bukan parti. Parti hanya platform.

Seperkara, Maafkan saya jika saya berbeza pendapat. Tetapi bukankah perbezaan pendapat itu satu rahmat? Saya melihat tidak ada masalah dengan berarak. Dalam berarak kita berselawat dan memuji Nabi Saw. Yelah, bukan mudah hendak mengajak umat berkumpul dan berselawat kepada Nabi saw jika hari-hari biasa. Tetapi sempena hari kelahiran Nabi saw, roh tersebut dapat kita rasakan. Bayangkan jika seluruh Malaysia meraikannya dan berselawat ke atas Nabi saw, insyaallah limpahan rahmat dan kasih sayang Allah turun bersama kita kerana kita memuji dan mensejahterakan kekasihNya dan dengannya tidak mustahil mungkin suatu hari nanti syariat Islam benar2 akan tertegak di bumi Malaysia dan Allah berikan kemenangan kepada kita.

Pokok utama inilah yang saya hendak sampaikan. Jom kita Isikan ruang yang ada untuk dakwah. Kita raikan hari kelahiran Nabi saw dgn penuh kegembiraan. Hari tersebut kita ajak umat berselawat ke atas Nabi. Perkenalkan Nabi saw adab dan akhlaknya. Kita ambil masa ini mengajak umat mencintai Nabi saw. Nak ajak umat mengikuti perintah Allah swt kenalah dipupuk kecintaan terhadap Nabi saw. Bilamana umat mencintai Nabi saw justeru adab dan akhlaknya jadi ikutan. Suruhan dan tegahan baginda pula mudah dituruti.

Saya merasakan amat rugi sekali jika syiar yang sedia ada seperti sambutan maulidurrasul pun kita cantas. Jika begitu samalah kita mencatas usaha dakwah yang telah di bawa oleh ulama-ulama terdahulu yang membawa masuk syiar-syiar ini. Kemudian lepas cantas apa? Nak mulakan sesuatu yang baru? sampai bila Islam nak menang… maaf, sekadar pandangan dari insan yang hina dina ini…

Rafie said...

mengingati dan meraikan hari kelahiran junjungan besar kita yg kita kasihi adalah satu yang tidak benar hairan sungguh manusia ni,
manusia yg membawa rahmat kpd sekelian alam dan cahaya petunjuk dari kejahilan akidah.

hari jadi suami,isteri,anak,kekasih,pemimpin diraikan dgn penuh semangat dan bergaya bahkan MB kelantan sendiri diraikan dgn kek hari jadi dr sykt kerajaan negeri yg menantunya jadi bos tidak dipertikaikan dari mana amalan karut semua ni.
Apapun lihatlah pengisiannya program sambutan tersebut kiranya ada aktiviti yg haram disisi syarak maka jatuh la haram jika penuhi dgn nasihat2 yg baik ucapan2 yg mengagung kan Allah dan memuji rasul tiada la salahnya

Ghafirah Idris said...

Perlis "Darul Sunnah" seingat saya tidak pernah mengadakan sebarang sambutan perarakan maulud nabi. Tp pertandingan karaoke dan konsert2 kecil mmg ada.

PUTERI said...

Salam ustaz Faizal,

Artikel ini saya baca dan terasa keindahannya..mungkin ia ditulis dengan rasa hati yang cuba mencintai RSAW dan ahlulbaitnya.

Terimakasih, saya bersetuju dgn ustaz dan muga-muga semakin ramai saudara seislam kita yang mengetahui dan memahami apa MAKNA MAULID itu kepada umat Islam.

Saya heran mengapa dalam soal beragamapun mahu di politikkan juga. Apakah mereka sudah bertuhankan POLITIK?

Panglima Perang Cyber said...

salam FT.

bagi saya sesiapa yg menghalang orang mencintai Rasulullah s.a.w adalah musuh Allah. Merayakan maulid Nabi adalah cara mencintai baginda.

Jgn putar belit kalau tak nak sambut maulid.

Pengisytiharan perang Allah ke atas sesiapa yg memilih maulid Sultan lebih besar dari Maulid Nabi..

kerana sesiapa memusuhi Wali Allah pun akan berperang dengan Allah maka apatah lagi seorang Rasul yang diidofatkan namanya dengan Allah.

Sudah 20 tahun baru orang tahu Nik Aziz Nik Mat manusia pertama jadi MB yang halang maulidurrasul di Kelantan.


Baca kenyataan Nik Aziz Nik Mat yang kata bulan Maulud tak ada fadhilat, saya rasa nak ulang balik kata kata dia tempoh hari :

celako celako celako


fullstop.

Haris Zalkapli said...

Pandangan saya, sangat penting mereka yang menentang Umno tidak menyokong atau membenarkan satu tindakan secara implisit atau tidak semata-mata kerana pandangan itu berseberangan dengan Umno. Dalam hal ini, isunya ialah Nabi Muhammad SAW, bukan isu atau orang lain. Memang ada kepentingan politik dalam isu menyerang "kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang" melibatkan perarakan maulud, tetapi tidak sepatutnya penentangan terhadap kepentingan politik itu membawa hingga merendahkan tindakan mengingati kelahiran Muhammad. Penghayatan dan mengingati sesuatu dilakukan dengan banyak cara mengikut tahap masing-masing, dan bagi ramai orang, caranya ialah perarakan maulud.

vestgro said...

Salaam.
Sesungguhnya Allah dan para Malaikat itu berselawat keatas nabi Muhamad SAAW.Berselawat dgn suara yg kuat dpt menghilangkan kemunafikan.
Suatu ketika dahulu bila tiba maulidurrasul pelajar sekolah ugama di Johor berarak berselawat dan membawa sepanduk keliling kg hingga ke pekan merayakan hari ini namun kemudian di hentikan dgn tanpa alasan yg pasti.Hari ini muncul dalang2 disebalik perubahan itu.Maka benarlah pesan bistari Akan hadir satu zaman wanita mengenakan pakaian yg nipis dan Masjid didirikan indah di merata ceruk tp "o"dr zikrullah dan yg paling bahaya pada zaman itu adalah ulaaaamaknya..

Cintai Muhammad said...

Kalau orang yang jiwaraganya dan hidupnya sentiasa berpolitik maka tidak hairanlah ucapan kata-katanya juga berpolitik.Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan serta keilmuan yg luas buat sdr Faisal.Teruskan menulis.Selawat pada Nabi Muhammad dan ahli keluarganya.

habib said...

Salawat..

Allahhumma Shalli Ala Muhammad Wa Ali Muhammad

habib said...

SALAWAT..

ALLAHHUMMA SHALLI ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD

wanbaki said...

saudara FT,
Bismillahirrahmanirrahim..

"inkuntum tuhibbu nallahh......"

SALAWAT KEATAS JUNJUNGAN BAGINDA

Oh Me said...

Saya bukannya penyokong PAS, tapi saya yakin kenyataan Nik Aziz tu hanya sebab nak 'cover' kawan politiknya DAP itu sahaja....
dan jika itu betul, saya rasa apa yang Nik Aziz buat tu mungkin betul....

Ali Akhbar said...

salam serta selawat ke atas Rasulullah serta ahli keluarganya.

saya...pelik, dan hairan. selama bertahun2, malaysia ni, tak kira parti mana,warnakulit apa, asal Islam, menyambut Maulidur Rasul.....tiada halangan, tiada paksaan..tapi kenapa kini...... ni negara islamkan, seharusnya tiada salahnya menyambut maulud, walau apa mursyidul am pas ckp, walau pihak mana yang mereka berada, kita seharusnya menyambut dgn hati yg penuh ikhlas berselwat, seperti dalm ayat al-quran yg selalu kita baca itu.

Sungguh tidak memahami situasi ini, apakah agama boleh di politikkan begitu sekali? sanggupkah kita menjual cinta agama kepada cinta akan politik?

saya setuju dengan faisal, saya mahu bangkit bersama orang2 yang saya cinta, dan layak di cintai walau tiada saya layak menyebut namanya sekalipun.

benar sekali kata zahra, tapi tiada siapa mampu mengajar seseorang erti pengorabanan Hussein, melainkan mereka berani mencelikkan mata agar tidak meraba......
salam serta selawat

Irama said...

salam semua

keluarnya cerita pembatalan perarakan maulidulrasul ini pun diolah dengan gaya bahasa politik, atas tujuan mengkultuskan BN, dan menjahanmkan PR, maka sudah tentu TGNA sebagai wakil PR, akan mengeluarkan kenyataan bagi tujuan politik...

ini strategy politik utk meLONGKANGkan BN/UMNO dan bukanlah melongkangkan RASULULLAH

bagaimana FT boleh melihat perarakan menyambut maulidulrasul itu sama seperti melupakan nabi, sama seperti tidak bersalawat...(FT sendiri telah meleret sampai sampai mengatakan TGNA seolah-olah melupakan bahawa Muhammad itu rahmatan lil alamin ) tiada connection di situ, jika ada pada FT, bagi saya itu satu kekeliruan yang JELAS di pihak FT

membatalkan perarakan maulidulrasul tidak bererti membatalkan anjuran solawat, tidak bererti kita melupakan kelahiran nabi, tidak bererti kita melupakan jasa2 nabi, tidak bererti kita menolak bahawa nabi Muhammad itu rahmatan lil alamin

dengan itu, menyokong kenyataan TGNA ini jugak tidak bererti kita lebih beriman kepada TGNA dari beriman kepada RASULULLAH seperti apa yang tempelakkan

dan yang penting, MUHAMMAD rahmatan lil alamin itulah yang lebih besar berbanding ramadhan, dan bukannya bulan maulud itu, maulud yang sebenarnya TELAH berlalu berbanding ramadhan yang masih berterusan....

turunnya lalilatolqadar itu di setiap tahun di bulan ramadan ,dan akan terus berterusan tiap2 tahun ,berbanding turunnya Rasulullah SAW yang TELAH berlalu, dan tak akan kembali...

lalu, sumbangan Rasulullah SAW itu wajib dilaksanakan tanda kita mengikutinya dan bukannya mengangkat bulan kelahirannya dan menyamakan bulan kelahiran itu dengan kemuliaan MUHAMMAD saw

FT kata FT bukan juak UMNO, tapi dengan apa yang ada disini, saya dapat rasakan ianya akan menguntungkan UMNO apatah lagi dengan tempelan2 keratan akhbar utusan melayu, kecenderungan menghantam PAS dan penasihat PKR... :D


jika

Faisal Tehrani said...

Irama
Menurut pandangan saya kenyataan sdr "turunnya lalilatolqadar itu di setiap tahun di bulan ramadan ,dan akan terus berterusan tiap2 tahun ,berbanding turunnya Rasulullah SAW yang TELAH berlalu, dan tak akan kembali..." adalah satu gambaran betapa butanya dan meraba-rabanya sdr dalam perihal keimanan kepada Rasulullah saw. Oleh kerana alQuran adalah mukjizat Rasulullah saw maka Rasulullah saw datang dahulu baru ada Quran. Tak ada nabi tak ada mukjizat itu. Kerana itulah meraikan nabi sangat penting dan besar.
Sdr perasan boleh dapat lailatul Qadr tanpa redha, restu, syafaat dan izin Nabi Muhammad saw kekasih Allah?
Masalah sebahagian besar umat Islam ialah terletak pada ayat sdr iaitu "Rasulullah SAW yang TELAH berlalu, dan tak akan kembali" - kerana mempercayai Rasulullah sudah wafat dan tak dapat buat apa lagi.
Saya menyeru sdr memperbaharui keimanan sdr kepada Rasulullah saw. Ketahuilah solat sdr sampai ke longkang jika sdr tidak meyakini dan tidak membaca selawat.
Dan saya ingin ingatkan, mengingat Rasulullah (berselawat) hukumnya bukan harus, sunat tetapi wajib. sila buka al-Quran dan hadis.
jangan mengkultuskan manusia yang tidak terjamin rahmatnya untuk sekalian alam.
Wassalam.

ayiee69 said...

solawat!
ALLAHHUMMA SHALLI ALA MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD...

Syukran Faizal mewakili kami yang mencintai Rasulullah saw memberikan pandangan berhubung isu sambutan maulidurrasul.

tq saudara Faizal Tehrani.

author faethal said...

Salam Sdr FT,
Beginilah...
Saya lihat setiap isu yang ditimbulkan oleh Media Perdana & UMNO sentiasa memerangkap ramai pihak..
Dari isu Kuil di Selangor,
Isu penggunaan ALLAH bagi bukan Islam..
Dan terbaru isu sambutan Maulidur Rasul.

Isu terbaru berkaitan Sambutan Maulidur Rasul hanyalah berkaitan perarakan sahaja..
Sambutan Maulidur Rasul di Penang tetap ada seperti biasa..

Ia sama seperti di Johor..
Sudah lama kerajaan negeri tidak melakukan perarakan Maulidur Rasul...
Tetapi sambutan lain seperti ceramah agama tetap giat diadakan..
Tidak menjadi ISU...

Tetapi apabila MEDIA UTAMA (tentunya dibawah telunjuk kerajaan BN) menimbulkan isu BATALnya perarakan Maulidur Rasul..
Maka ada pihak yang memberi pendapat masing2..
Dr Maza,TG Nik Aziz...dan ramai lagi.

Ini kerana kerajaan HENDAK menggambarkan tiadanya perarakan Maulidur Rasul itu SALAH dan ZALIM..

Mengapa hanya ditimbulakn di Penang??
Johor sudah lama tiada Perarakan tidak jadi ISU??
Apa niat disebalik timbulnya ISU ini??

Saya yakin saudara lebih arif dengan gendang politik yang sering dipalu oleh BN bagi tujuannya...politik jua.

Bukan bertujuan demi Islam adanya.
Masakan ia ikhlas terhadap Islam..
Isu Kartika juga menjadi polemik besar yang tak sudah hingga hari ini..

Wallahua'lam..

sang kamen said...

sambut birthday sana sini takper... takkan xleh langsung nak sambut birthday nabi? kalau tak boleh so jgn sambut birthday saper2 lagi sebb takde manusis semulia nabi muhammad

everjihad said...

saya tertarik dengan isu berbangkit tentang maulidur rasul.

selalu jugak saya dengar orang menyebut tentang hal bidaah.

ada yang langsung kata tiada istilah bida'ah hasanah.

bida'ah tetap bida'ah.
secara mudahnya, bida'ah = benda yang nabi tak buat, kita jangan buat-buat.

saya keliru.

ada juga pendapat yang menterjemahkan, maksud bida'ah tu sendiri berbeza dari segi bahasa dan istilahnya.

kalau dapat saudara utarakan hujah disebalik maulid nabi yg sememangnya tidak bertentangan dengan syarak, saya amat hargai.

saya pernah mengikuti maulid nabi. dan saya memahami penghayatan yang mahu dihidupkan dalam majlis tersebut.

dan biasanya yang menentang maulud nabi diadakan kerana zaman nabi tiada majlis seumpama itu diadakan. makanya dikatakan harus kita mengutamakan sunnah nabi. juga ada hubungkaitnya seperti perayaan hari kelahiran yang dikatakan tidak dianjurkan dalam islam.

saya menyokong majlis maulud nabi(yang bukan sekadar bermusim) diadakan atas dasar objektif majlis tersebut yang punya matlamat lebih besar ke arah kebaikan.

tetapi saya juga sebenarnya keliru bila mana fahaman tentang apa yang itu bidaah dan apa itu sunnah bertembung.

ada yang mungkin berkata matlamat tak menghalalkan cara. malah ada ada yang menghukum, niat betul, cara salah, maka salahlah keseluruhannya.

oleh itu, saya berharap boleh mendapat penjelasan mengenai hal ini.

Orang biasa said...
This comment has been removed by the author.
Deen said...

this entry should not have been posted.... pendapat jujur saya. tak mungkin berdialog melalui alam maya...khilaf begini perlu bermesyuarah bertentang mata... payah.. sayang pada umat islam, masing-masing fikir merekalah yang menegakkan kebenaran. Moga Allah lindungi kita semua yang jahil ini.

Orang biasa said...

Sekian lama kita menyambut Maulidurrasul...kita berarak bersama-sama dengan penuh semangat...memupuk kecintaan kepada Rasulullah...mengeratkan persaudaraan Islam tanpa mengira fahaman politik. Tiada yang berkata, tiada yang mengata. Tiada yang mencaci dan tiada yang mencerca. Tetapi kerana lim guan eng, kita korbankan semua yang sudah sekian lama.

‘Kalau lim guan eng kata x bleh azan pakai mikrofon sebab mengganggu ketenteraman awam, pun pasti ada saudara seIslam kita bersetuju...demi politik...’

Biar politik berlandaskan Islam, jangan Islam berlandaskan politik...

PEMENANG said...

maulud ke maulid?

S.K said...

Salam,

Salam,

tuan haji, lama tak ke sini, dah pernah tengok klip ni? :O

TGNA @ Youtube

@Irama, Lailatul Qadr dianugerahkan KERANA kita ummah Rasululllah s.a.w. Kita UMMAHnya yang menerima perutusan terakhir yang Allah s.w.t Berikan kepada Utusan Pilihannya yang Tercinta! Tiada Rasulullah s.a.w., tiadalah Lailatul Qadr untuk dinikmati oleh kita hari ini, ummah Baginda s.a.w.!

@Penakiri dan Irama, kajilah hadith-hadith mengenai solawat untuk Rasulullah s.a.w. supaya mengerti apakah fadhilat bersolawat dan memahami pula mengapa mawlid disambut dengan sebegitu meriah dengan bersolawat tanpa henti kepada baginda Rasul s.a.w.
Dan, oh ya, baca juga surah Al-Ahzab, ayat 56 - Allah dan para Malaikat "yusolluuna 'alanNabi"...

Mengapa, agaknya, ya? Mengapa Termaktub sedemikian dalam Kitab Al-Qur'anul-Kareem yang telah diturunkan sebagai mukjizat Rasulullah s.a.w. yang akan kekal sepanjang zaman - ayat yang akan dibaca berulang-ulang kali oleh setiap orang Islam sehingga akhir zaman dan digunakan pula fi'il mudhari' (yusolluun) yang merujuk kepada kala kini (present tense) dan kala depan (future tense) dalam nahu bahasa Arab, membuktikan kerelevanannya pada zaman Rasul s.a.w. sehingga hari ini dan masa depan? Bukalah tafseer Al-Qur'an untuk memahami mukjizat Rasulullah s.a.w yang TELAH sedia ada KEKAL hingga hari ini...

@Irama lagi, kajilah kemuliaan peribadi s.a.w. yang telah sdr bicarakan tanpa banyak fikir itu supaya tidak mudah menghambur kekata biadab seperti, "melongkangkan" + baginda s.a.w atau merujuk nama baginda s.a.w. seperti nama kawan sdr.

Ya, kajilah KEHEBATAN nabi sdr sendiri yang telah dimuliakan oleh Allah s.w.t. sehingga "yusolli alan Nabi" sedangkan sdr merujuknya dengan nama sahaja, sedangkan tanpa Baginda s.a.w., sdr takkan mengenal Allah s.w.t, Tuhan yang sebenar, yang wajib disembah.

Wallahua'alam...

Wassalam.
SOLLALLAAHU 'ALA TAAHA, KHAIRIL KHALQI WA AHLAHA...

afif said...

Pada mulanya bulan rabiul awal itu tiada apa-apa.Tiada bezanya dengan hari dan bulan bulan lain.

Yang membezakan hari itu dan hari-hari lainya ialah kerana suatu peristiwa yang berlaku.Maka ia adalah hari yang berbeza dengan hari-hari yang lainya.13 rabiul awwal itu tidak penting,tiada bezanya nya dengan 14 rabiul awwal sepertimana rabiul awwal itu tidak penting dari sya'ban atau ramadhan.Pun begitu rabiul awwal itu begitu istimewa bagi mereka yang menanti dan merindui Rasul Sang Utusan Allah,kelahiranya pada hari dan bulan tersebutlah yang menyebabkan ia begitu istimewa.Bulan ini kami merayakan cahaya suci yang menerangi kegelapan kami,pada bulan ini kami merayakan cahaya hidayah yang menyirami kalung-kalung kegelapan kami,dan pada bulan ini kami merayakan keadilan yang tertegak dari kezaliman-kezaliman yang meliputi diri kami.Kerana itu lah kami merayakan bulan ini.Bukan apa-apa,hanya kerana kami menghargai peristiwa terbitnya cahaya dari ufuk Nabi kami..

Pada bulan ramadhan kami merinduinya,pun begitu fadhilatnya kembali pada kami.Setiap nafas kami diganjari.Begitulah pada syawal saat meraikan peritiwa puasa,yang dalmnya penuh hikmah dan rahmah yang tidak terputus.Pun begitu kebaikan tetap dibalasi..

Tapi pada bulan ini,hanya bagi mereka yang tidak mahu fadhilat.Hanya bagi orang-orang yang ikhlas.Biarpun kami tidak dibalasi seperti kata anda.Biar panas membahang.Mungkin bagi anda tiada beerti.Kerana hanya fadhilat yang anda cari.Tiada untung tiadalah anda disini.

Kami tidak berdagang dengan Tuan kami.Kerana disisi Tuan kami tidak beerti.Jika Ilmu anda telah melangit tinggi jika amal anda telah terpuji,bersedialah dengan takaranya sungguh,sungguh..anda akan dibalasi..

afif said...

wilayah taat bukan suatu yang mudah diraih.Kerana anda adalah manusia.Anda ada perasaan.Kerana itu terpatri dalam diri anda "cinta".Sebelum anda mencintai atau menzahirkan pekung kecintaan anda pada dunia.Adalah lebih baik dan lebih mulia tiada taranya,anda cinta dan menzahirkan cinta anda itu pada sumber hidayah.Moga dengan itu anda dapat mengikat hati anda dari terus berpeleseran.Mana mungkin anda mencapai ketaatan selagi hati anda begitu taksub pada itu dan ini..

afif said...

yah anda barangakali berasumsi ketiadaan Nabi membawa tiada erti,tapi tanpa anda sedari.Hati dan jantung anda menuntut suatu kecintaan yang luhur.Dan kerana gagalnya kecintaan yang luhur mengisi kantung-kantung jiwa anda yang kosong.Kewajipan menjadi suatu yang begitu berat bagi anda,masakan tidak,kerana anda tiada andal untuk bertopang pada dunia yang menggiurkan@mencabar.Hingga anda begitu takbur dengan kejayaan dan begitu sedih akan kegagalan pada persinggahan ini.Ingat anda bukan malaikat,anda adalah makhluk bernama insan.Jangan anda mengambil jalan pintas yang bukan jalan anda,yang bukan anda ditakdirkan untuknya,kelak anda sendiri yang tersungkur.

"“Katakan hai Muhammad: ‘Aku tidak meminta upah kepada kalian dalam dakwah ini kecuali kecintaan kepada keluargaku’.” (Surat Asy-Syura: 23)

aimi said...

"Ajarlah anak2 kamu mencintai Rasulullah & ahli keluarganya.."

Solawat!

Maulid nabi salah satu dr pelbagai cara manifestasi kecintaan terhadap Rasulullah s.a.w, jd x usah dihalang..

...mulianya insan agung itu..
Jikalau kiranya Rasulullah ada bersama2 kita skrg, apa agaknya yang akan Baginda katakan melihat umatnya berpecah belah begini..?

Ya Allah, selamatkan km umat Islam..

Faisal Tehrani said...

Salam semua,
Bila kita tidak kenal Rasulullah saw sebagai manusia unik, bila kita tidak kenal fadhilat dan kelebihan Rasulullah saw (kerana idola kita idol-idol yang lain), bila kita tidak faham dan tidak reti fakta dan maksud rahmatan lil alamin, maka makin ramai yang kepanasan dan menggelupur dengan entri ini.

Wassalam.

* Saya bukan suka timbulkan perkara kontroversi sangat. Saya cuma ingin kita semua mengingat Rasulullah saw dan mengagungkan beliau (mengatasi sahabat dan ulama) kerana beliau berhak (wajib) diingat dan dihormati. Masih ramai orang yang tidak faham ini. Sebab sangat sedikit orang yang faham bahawa tanpa selawat; apa doa dan apa solat pun tersepuk balik ke muka sendiri.

Irama said...

Salam FT dan semua

@SK,

saya bersolawat jugak, dan tidak mengingkari seruan solawat, saya juga mengimani ayat quran yang saudara paste kan, harap saudara memahami itu

upacara sambutan perarakan bukanlah solawat cuma salah satu kaedah sambutan yang diisi dengan solawat..solawat bukan upacara

jadi saya tersinggung jugak bila saudara beranggapan saya tidak bersolawat :D

dan saya menghormati pandangan saudara jika saudara ingin berarak dan berkumpul beramai-ramai sambil bersolawat, boleh saja dilakukan bagi saya tiada yang salah dengan itu :D

sambutan dengan perarakan ini ada kelebihannya , selain sudah tentu menyahut seruan Tuhan dengan solawat , makckik2 dan kakak serta abg2 boleh jugak menjual kuih muih, makanan dan minuman sejuk, sungguh meriah, syarikat GLC dan kerajaan jugak mula menempah sepanduk di sekolah2 agama , dan suasana ini membantu ekonomi.
bagi merancakkan lagi, segala aktiviti bersifat agama dipusatkan kepada bulan ini, seperti tilawah dll

memang banyak kelebihannya, cuma saya jugak memahami bahawa jika cara sambutan yang dibuat oleh pihak lain TIDAK dibuat dengan kadaran yang kita hendaki, maka tidak bermakna itu salah di sisi agama dan lari dari seruan Rasulullah SAW.


@SK,

mengenai fi'il mudhari itu, future tense, bagaimana pulak jika saya memahamainya sebagai present tense?
YUSOLLUNA jugak wazan kepada present tense?

@SK lagi, mengenai penggunaan "longkang"
maaf jika tersinggung, dan tidak terniat apa yg saudara sangkakan

@FT, apabila kita tidak sefahaman yang penting bagi kita ialah memahami

Faisal Tehrani said...

Irama,

Kenapa nak tersinggung? Nabi Muhammaditu rahmatan lil alamin, kalau Rasul sudah wafat dan tidak boleh buat apa, kenapa orang pakat2 ziarah baginda di madinah dan jika ada orang pergi haji kita minta sampaikan salam?

Yang saya persoalkan bukan perarakan. saya bukan low class setakat itu nak jadi juak parti mana pun. Nak buat atau tidak perarakan, terpulanglah. Ada atau tidak bajet untuk itu terpulanglah.

Saya bukan pertahankan perarakan. yang saya tegaskan, fadhilat 'meraikan Rasulullah saw' jangan ditidakkan. Kalau ada orang nak potong pulut kuning semasa maulidurrasul nanti mengapa nak halang, itu cara orang tersebut mencintai dan mengenang nabi Muhammad saw.

Yang saya tegur ialah apabila nak raikan Rasulullah saw maka pakat beramai-ramai keluar hukum bid'ah. Bila nak angkat kepentingan diri maka pakat guna hujah-hujah sunnah (maslahah dan sebagainya).

Yang saya sakit hati ialah konon rai maulud sepanjang tahun tapi dalam masa yang sama bersekongkol dengan parti yang ada tokohnya mengatakan Nabi Muhammad itu sekadar seorang d.o untuk bandar bersaiz bukit beruntung. sdr tahu parti mana dan pemimpin kurang ajar mana tu?

Yang saya tegur ialah apabila atas tujuan maslahah politik (tiba-tiba ini dah tak jadi bid'ah)bersekongkol dengan tokoh yang mengangkat pencaci Nabi Muhammad saw seperti Salman Rushdie.

PAS milik ramai ahli (muslim) yang ada pelbagai mazhab. Bukan milik satu mazhab iaituwahabi. jadi mursyidul am tak boleh keluar hujah wahabi. hormati orang mazhab syafie yang ramai jadi ahli Pas.

dan, nak jawab macam mana dengan nabi Muhammad nanti bila perbuatan tidak selari dengan mulut yang mengucapkan selawat. umno dan pas belum ada yang dapat jadi juara menghormati dan mengangkat Rasulullah saw.

Irama, dari tersinggung tak pasal cuba kupas (selagi tak dapat, selagi tu jangan berhenti) ayat ini: "Katakan hai Muhammad: ‘Aku tidak meminta upah kepada kalian dalam dakwah ini kecuali kecintaan kepada keluargaku’. (Surat Asy-Syura: 23). Pesan ini saya tuju kepada S.K juga.

Wassalam.

S.K said...

Salam,

@Irama, alhamdulillah... kita juga bersefahaman, saya fikir FT juga setuju dengan kekata sdr bahawa:

"memang banyak kelebihannya, cuma saya jugak memahami bahawa jika cara sambutan yang dibuat oleh pihak lain TIDAK dibuat dengan kadaran yang kita hendaki, maka tidak bermakna itu salah di sisi agama dan lari dari seruan Rasulullah SAW."

Yang FT dan saya pertikaikan bukanlah sambutan perarakan itu sendiri tetapi kenyataan TGNA mengenai fadhilat Maulid yang dikatakan tiada...

Akhir sekali,
"mengenai fi'il mudhari itu, future tense, bagaimana pulak jika saya memahamainya sebagai present tense?
YUSOLLUNA jugak wazan kepada present tense?"

Ya, Fi'il Mudhari' memang sebenarnya lebih berat kepada Kala Kini. Jadi, lihatlah betapa indahnya, al-Qur'an dalam memuliakan Baginda s.a.w.untuk sepanjang zaman, buat setiap bibir Muslim yang membaca ayat tersebut? Setiap kali sdr membaca ayat tersebut ia membawa makna "sekarang ini".
- SEKARANG INI, Allah s.w.t dan para Malaikat SEDANG bersolawat ke atas Nabi.

Mengapa tidak Allah gunakan TELAH, yakni, fi'il maadhi? Setiap kali kita membaca, ayatnya berbunyi: Allah SEDANG bersolawat sekarang ini.
BUKAN
Allah TELAH bersolawat...!

Indah bukan? :)))

Membuktikan kemuliaan Rasulullah s.a.w yang tidakkan pernah pudar tanpa jasadnya kerana zat kehidupannya sentiasa wujud dalam ruh ummah yang mencintainya...

Wallahua'alam...

@Tuan Haji, ya, saya JUGA mencintai Ahlul Bait Rasulullah s.a.w, malah, LEBIH daripada apa yang tuan tahu dan sedang amalkan (dan mungkin tidak akan pernah tahu). Terima kasih atas peringatan :)

Wassalam.
SALLALLAAHU 'ALA TAAHA, KHAIRIL KHALQI WA AHLAAHA...

QaiYuM.NeT said...

Assalamualaikum WBT.

Syabas Saudara FT Atas Penulisan Artikel Yang Berani Dan Tegas Ini. Biasalah Saudara, Bila Kita Menulis Sesuatu Yang Memberi Manfaat Kepada Sang Hijau Kita Akan Disanjung Tinggi. Tetapi Bila Kita Menulis Sesuatu Yang Boleh Menconteng Arang Di Muka Sang Hijau Kita Akan Dikecam Malah Direndah²kan Ilmu Kita Seboleh Mungkin.

Diharap Saudara Terus Tabah Dan Istiqamah Dalam Mendepani Mereka² Yang Taksub Dan Entah Mengapa Masih Mengikut Jejak Muhammad Abdul Wahab Itu.

Tidakkah Kalian Perasan Yang Kita Sekarang Berbicara (Mahupun Bertikam-Lidah) Adalah Terhasil Daripada Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Baca: DAP) Yang Membatalkan Perarakan Maulidur Rasul Di Sana? Maka Disusuli Pula Dengan Kenyataan Seorang Ulama Merangkap Politikus Yang Kadang² Tak Paham Otak Nak Tafsirkannya..

Pastilah Jika Berarak Untuk Menunjukkan Rasa Syukur Kita Ke Atas Kelahiran Nabi Junjungan Besar Kita Itu Akan Membawa Fadhilat. Walaupun Kita Tidak Berselawat, Hanya Dengan Mengingati Baginda Rasulullah Itu Sahaja pun Saya Fikir Telah Memberikan Cukup Kebaikan Dan Fadhilat Buat Kita Semua.

Wallahu'alam..


http://qaiyum.net

Irama said...

salam FT dan semua

:D yes... tersinggung sebab disangka tidak mempercayai solawat :D bukan itu

dari pandangan politik, saya mengIAkan kenyataan TGNA kerana ianya bertembung dengan hayat "gerombloan" dengan mengambil kira beberapa perkara :

1)pandangan asal bahawa sambutan kelahiran sebagai pilihan bukan sebagai tuntutan ( berbeza dgn memuliakan nabi saw, memuliakan itu satu tuntutan )

menjadi pilihan sebab ianya suatu perbuatan baik yang dibuat selepas zaman Nabi SAW, oleh orang yang baik-baik '( sahabat atau keluarga baginda? ) sempena mengingati sumbangan dan kasih sayang nabi SAW. Mereka dizaman itu telah memilih hari kelahiran sebagai hari peringatan

ianya akan lebih jelas , bilamana kita menggantikan sambutan mengingati jasa dan sumbangan nabi saw ini pada hari yang lain, contoh samada di hari pemergian baginda saw atau di hari perlantikan baginda menjadi rasul

ianya pasti akan akan dilihat sarat dengan pengisian yang sama , sarat dengan suasana kerinduan dan kehilangan baginda, padat dengan solawat dan syukur

apa yang hendak diceritakan ialah, hari kelahiran nabi saw bukannya hari memperingati nabi , hanya sanya ianya dipilih mereka sebagai hari memperingati nabi saw

seperti halnya hari ibu, hari ibu bukannya jatuh pada bulan mei, hari ibu jatuh pada hari pertama ibu menjadi ibu , kelahiran anak sulung pastinya ,

2)apabila bertembung dua perkara buruk, maka pilih yang terbaik antara yang terburuk ini diwakili oleh pertembungan PAS-UMNO

ini menjadi asas saya menyokong kenyataan TGNA,

namun saya juga mmelihat agama boleh dan telah dirosakkan olah banyak orang yang menggunakan agama utk kepuasan nafsu mereka

@FT pasal DO bukit gantang, mungkin saudara boleh mendengar penjelasan susulan, di sentuh disitu soal sosial dan ekonomi
dan ditimbangkan dengan sabda "kamu lebih tahu tentang dunia kamu"

@FT, pasal salman rushdee, profoun writer bukannya bernilai akhlaq, ianya hanya setaraf dengan harta dan empunya harta,

@FT, terima kasih atas peringatan, insya Allah, sekilas lalu, bagaimana FT menafsirkan /terjemah? ALMAWADDAH FIL QURBA sebagai kecintaan keluargaku?

@SK dan FT

bagi saya , seruan solawat dalam alquran ,saya fahami dengan hadis yang membawa maksud " selawat keatas nabi sekali maka Allah akan bersolawat 10 kali kepada kita "

ya ... terus terang, saya mahu Allah bersolawat ke atas saya :D Allah bersolawat kepada nabi, Allah jugak bersolawat kepada kita

jadi solawat itu untuk siapa sebenarnya? :D

meor said...

jarang nak tengok saudara nak berbicara mengenai sahabat nabi apatah lagi memuji.kenapa ek?betulkan kalau saya salah.sepatutnya,ahlul bayt tu datang dari darah nabi la kan.tapi saidina ali karramallahu wajha itu adalah sepupu nabi.tiada mengalir darah nabi di dalamnya.bukan kah ada lagi sahabat nabi yang lain yang berkahwin dengan anak baginda.saudara ni..

satu lagi pasal kes maulid ni.kenapa saudara tidak membangkitkan hal 5 bulan lepas apabila beberapa negeri memang tidak me'rancak'kan maulid ni.kenapa sekarang baru berkokok.itu yang cuba dimaksudkan oleh @irama.ni isu politik.tapi saudara,orang yang selalu mahu bersatu padu,masih suka menyalahkan orang lain.saudara je betol.
satu lagi.adakah sahabat2 dulu meraikan maulid nabi.malah adakah saidina husin sendiri meraikannya?

islamunity said...

salam,

Nik aziz telah ditimpa perasan. Seliparnya yang konon diambil diam-diam untuk berkat oleh orang dibangga-banggakan dan diceritakan .Tapi apabila ummat hendak agungkan Rasulullah dan mendapatkan keberkatan dari rasulullah, dia bantah.Siapa Nik Aziz ni ha? dahulu mengatakan bahawa Tun mahathir menghina Nabi, tetapi bukankah sekarang pemimpin Pas yang berani terang-terang menghina Nab dan memfitnah Nabi( Nabi berkroni)


kata Imam Ali As:

One who says unpleasant things about others, will himself quickly become a target of their scandal.

Ha Ha. satu persatu keburukan yang Pas asyik buka dulu terhadap orang lain kini kembali kepada mereka.

islamunity said...

tengok link ni..

sambut mawlid tak boleh. tapi sambut hari orang kafir merai agama mereka boleh pulak Tok guru ini sertai..huh?

http://pondokdungunterengganu.blogspot.com/2008/12/dakwah-cara-tok-guru-demokrasi-sesat.html

rosmaniat said...

saya menyokong sepenuhnya pendirian FT berkenaan isu ni..

Orang biasa said...

sorang kata nak berarak... sorang kata suruh pi denga ceramah agama kat masjid.

apa susahnya...yg nak berarak, sama-sama berarak ke masjid...yang x nak berarak, tgu je kat masjid. pastu sama-sama kita dengar ceramah agama. walaupun berbeza pendapat tetapi tetap bersatu menuju satu matlamat. ni x, smua nak berpecah belah. sampai masjid kat tempat aku pun, sebelah masjid pas n sebelah masjid umno. agama pun dah x jadi Islam...agama umno, agama pas. last anak2 kita yang tersepit nak pilih agama.

peningla, asyik gaduh sesama sendiri...sedangkan ada byk cara lain yg boleh menyatukan kita...saudara seIslam. tetapi kenapa pilih jalan yg memecahbelahkan??? kenapa x amik iktibar sejarah Islam yg lepas2? jatuhnya Islam sebab perpecahan.

kalau kita buat haji...kita yg bermazhab2...ada yg xleh buat tu, ada yg xleh buat ni...ada yg bleh buat tu dan ada yg bleh buat ni...kalau semua ikut kepala masing-masing, memang x jadi la haji tu jawabnya. xleh ke kita ikut cth tu...bertoleransi demi penyatuan. jangan biar Islam tergadai...

S.K said...

@Irama,

"2)apabila bertembung dua perkara buruk, maka pilih yang terbaik antara yang terburuk ini diwakili oleh pertembungan PAS-UMNO"

Mungkin, inilah perbezaan antara kita... Saya berada di kedudukan yang sangat neutral - tidak peduli PAS atau UMNO.

Sebab itu, saya pula melihat begini: Antara TGNA dan Rasulullah s.a.w., saya pertahankan Rasulullah s.a.w dan hak untuk memuliakan baginda s.a.w dalam apa jua cara. Dalam klip di atas, misalnya, jelas nyata fikrah TGNA mengenai baginda Rasul s.a.w. yang dianggapnya manusia biasa seperti kita. Kerana itu tiada keperluan untuk menyambut penzahiran Baginda s.a.w. di atas mukabumi ini. Ya, Rasul s.a.w manusia, basyar seperti kita tetapi Baginda s.a.w, Kekasih yang paling hampir pada Allah s.w.t., TIDAK seperti kita yang perlu sentiasa mencari jalan kedekatan padaNya. Malah, jalan kedekatan hanyalah melalui Baginda s.a.w dan Ahlul Bait Baginda s.a.w.

Urusan politik seharusnya disekunderkan.

Wallahua'alam.

SOLAWAT.

Wassalam.

kembara said...

Apa salahnya berarak sambil berselawat?

Bila menegur pemimpin Pas,start la pengikut fanatik nak marah2 dan start menhkafir...

Ijak said...

Jangan keliru.....Nik Aziz hanya mengatakan tiada faedah untuk membuat PERARAKAN maulidur rasul, bukan menghalang sambutan maulidur rasul...Beliau juga berkata sambutan maulidur rasul lebih baik disambut melalui ceramah,zikir,berzanji,marhaban,berselawat dan sebagainya yang boleh menambahkan kecintaan kpd Rasulullah.Saya bukan membela Nik Aziz,tetapi saya adalah salah seorang pengikut setia ceramah Nik Aziz pd setiap hari jumaat..apa yang pelik berita dr media tidak sama dengan apa yang diucapkan oleh Nik Aziz..Mungkin para wartawan tersilap dalam menafsir loghat kelantan kepada bahasa melayu....

Management Consultant said...

Kami ingin bangkit bersama Rasulullah saww dan ahlul baitnya yang suci, iaitu Saidina Ali, anakanda Rasulullah saww iaitu Saidatina Fatimah Zahra (penghulu wanita di syurga), Saidina Hasan dan Husin (penghulu pemuda di syurga) di akhirat kelak.

Faiz As-Syirazi said...

Teruskan menulis supaya ramai 'bangkit' dari tidur yang lena.. Apakah baginda mahu memberi syafaat kpd mereka yang jauh darinya dalam segala aspek?

"Allah Ghayatuna wa al-Rasul Qudwatuna"

pendi bedner said...

pasal perarakan x buat pun boleh "bergaduh" ka?

1.siapa anda nk meremeh temehkan pandangan TGNA.siapa anda? siapa anda? ape yg korang merepek tahap krepek pisang ni..

2.datanglah dengar kulliah subuh @ ceramah tentang kedatangan nabi muhammad s.a.w. oleh TGNA secara lengkap.bukan main cedok sana cedok sini drpd sumber2 media perdana celako yang hanya nk melaga-lagakan kita sesama muslim hanya kerana kepentingan politik masing-masing.

3.ulamak x boleh ditegur? bukan x boleh tegur,tp ulamak ulamak mengeluarkan pandangan berdasarkan fakta ya..shikh...
apa taraf ilmu kita nk mencacai boncaikan pendapat ulama..
bukan nk mengagungkan ulama tetapi menghormatinya.

4.sekiranya kita nk menterjemahkan alquan wajib keatas kita mempelajari, memahami dan mendalami 21 ilmu sebelum kita mentafsirkannya..ilmu bayan,balaghah,mantik dan sebagainya..
Bukan sesuka je petik mana2 ayat yang berkaitan dengan topik kemudian kita sendiri mentafsirkan mengikut kemampuan aqal kita. x bleh mcm tu syekh...

5.perlu diingat kenapa kerajaan fatimiyah menymbut maulid nabi.knp ya? apakah telah yang terjadi sebelum kerajaan fathimiyah memegang tampuk pemerintahan?
korang pandai sejarah kan ?korang mesti tau punye...kan?
x tahu? atau buat-buat x tahu? atau x nak ambil tahu?
atau makan tauhu smbil membaca novel bersiri ketupat cinta digoreng dgn tauhu.

6.sunnah rasullah untk diamalkan,dihayati dan diimplimentasikan dalm hidup
agar dapat menerbitkan kecintaan kpd allah dan rasulnya...

S.K said...

Kalau dah TGNA boleh cakap apa yang dikatakannya dalam youtube di atas tu, saya kira dia boleh cakap apa saja lagi...

"makan tauhu smbil membaca novel bersiri ketupat cinta digoreng dgn tauhu."

Haha, bagi orang yang suka makan tauhu, memang lazat makan tauhu sambil baca buku =D

Tetapi, lebih lazat lagi bila dapat peluang bersolawat berjama'ah seperti yang dilakukan dalam Majlis Mawlid Sunni yang penuh barakah dan fadhail - seluruh dunia bersolawat pada malam 12hb Rabiul Awwal yang lalu dan malam-malam sebelum dan selepas 12 haribulan itu.

Mudah-mudahan bersinarlah hati-hati mereka yang telah dipenuhi barakah dan fadhail solawat sehingga bermotivasi terus untuk meng'ihya'kan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam kehidupan seharian. Aaameeen...

SOLAWAATULLAH 'ALAIKA, YA RASULULLAH... KUN MA'ANA, YA HABIBALLAH ... AMEEN...

Wassalam.

muhammad thaqif said...

komen berkenaan.sila rujuk http://mthaqif.blogspot.com

PK said...

kalau lihat pada ayat yg diturunkan "wama arsalnaka ..." bermaksud tidak kami "utuskan" engkau...bukan "lahirkan"..
kenapa tak disambut hari perutusan nabi sebagai rasul? kan itu lebih dekat dengan ayat tersebut dari hari maulidurrasul!
malah ia berlaku dalam bulan ramadhan jadi lebih bertepatan dengan saranan Nik Aziz sambut ramadhan lebih besar fadhilatnya.