Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.
Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.
Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.
Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.
Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah.
Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)
Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:
lDi dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya Allah itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi Allah. Apabila ternafinya sekutu bagi Allah, maka layaklah Allah itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.
lPendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.
lPendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.
lPendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.
Sesungguhnya Allah itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat.
Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh Allah, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya.
Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.
Nama-nama Allah
Nama-nama Allah SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama Allah SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (Allah).
Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama Allah dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur, al Ghafur, al Jabbar dan sebagainya.
Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.
Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya.
Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan Allah". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya.
Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.
Perkataan Allah itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).
Allah telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A'raaf: 180)
Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:
Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan Allah sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.
Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.
Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan Allah.
Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan Allah dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)
Maksud ayat ini, Allah Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya.
Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.
Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah Allah ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya.
Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang.
Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk 'Antara Nama dan Hakikat' oleh Md. Asham Ahmad serta makalah 'Hujah Menolak Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian' oleh Mohd. Aizam Mas'od.
Dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian.
Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.
Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.
Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.
Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam.
Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.
Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini.
Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?
Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya.
Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.
Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekelian alam.
Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa, Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya. (riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)
Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan Allah SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?
Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini.
Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.
Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini.
Semoga Allah SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.
Utusan Malaysia 11 Januari 2010.
11 January 2010
Untuk Memeluk Islam, Seseorang Mengucapkan Dua Kalimah Syahadah Yang Memperakukan Allah Satu-satunya Tuhan, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul-Nya
Terdapat tulisan yang informatif dalam akhbar hari ini mengenai penggunaan kalimah Allah. Boleh baca penuh di sini, atau klik pada sumbernya, KLIK.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



16 comments:
Pada hemat saya,
Walauapapun jua hujah2 yang dikemukakan; baik oleh pihak kristian (yang mana nama Allah telah digunapakai di dalam kitab mereka sebelum kedatangan Islam lagi) mahupun umat Islam negara ini(khasnya orang melayu disebabkan Malaysia adalah sebuah negara Islam yang unik di dunia), kata putus berkaitan isu ini tetap terletak ditangan Raja-raja Melayu khususnya Seri Paduka YDP Agung selaku Ketua Agama. Urusan ini termaktub di dalam Perlembagaan Negara. Semua pihak wajib akur dengan sebarang keputusan baginda.
salam..
ini berkaitan boleh atau tidak orang KAFIR menggunakan kalimah Allah..pada saya,itu hak mereka, seperti di Mesir atau Arab Saudi, orang kafir (yahudi, kristian etc) disana menggunakan kalimah tersebut, termasuk dalam perbualan harian..orang kafir itu sudah pasti tempatnya di NERAKA, buat apa lagi hendak dipersoalkan?
dalam konteks Malaysia, isunya mungkin di sini (apa yang saya faham) adalah soal ancaman terhadap orang islam, kekeliruan mungkin terbit daripadanya..
persoalannya, salah siapa ORANG ISLAM keliru (baca;tidak kenal) Allah? salah orang kafir?
ini tidak logik sama sekali...
jikalau begini lagaknya,ia membuktikan ORANG ISLAM itu lemah layu, tidak kenal Tuhan sendiri..
saya masih tercari2 jawapan,,semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus...
comment si orang kampung ini terbaik, kalau orang islam tak kenal akan tuhan sendiri, mahu mempersalahkan orang lain. nak cakap dikelirukan pula. nak cakap salah orang kafir pula.
orang di Sabah tu memang guna Kalimah Allah, kalau mahu sangat perjuangkan kalimah Allah tu, pergi dulu tanah Arab, alang-alang mahu tegur, tegur habis. Pergi satu-satu kafir di sana, cakap "tak payah guna Kalimah Allah"
buat kerja separuh jalan. kerja entah betul entah tidak. tak kenal tuhan ada aja alasan. hudud yang besar tak diperjuangkan, perkara kecil ahu berbalah.
saya tidak boleh untuk tidak bersetuju dengan ayat2 orang kampong dalam perenggan ketiga diatas.
ya, kita kena tanyakan kenapa, kenapa golongan orang Islam terutamanya pemuda boleh keliru? masalah ini saya kita tidak berlaku jika dakwah dan tarbiyah Islam itu sendiri kuat di Malaysia.
Wallahualam
Surat Terbuka Untuk TGNA
Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “
Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.
Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.
Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.
TGNA yang dirahmati Allah,
TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.
Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.
Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.
Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”
TGNA yang dikasihi Allah,
Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.
Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.
TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…
Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT
bersambung di cilipadi007.blogspot
um-lotters
sdr belajar agama di mana ya yang hudud lebih besar dari 'Allah'?
Wassalam
saudara orang kampong, um-lotters & 13,
Saya percaya walau apa juga hujah yang diletakkan di hadapan saudara, tentu saja saudara tetap jua bertanyakan soalan yang sama.
Sejak era tivi meluas, kita telah mengabaikan firman Allah ayat 32 surah Al-Isra'. Dan hari ini tidak tertanggung rasanya apabila tivi kita di momokkan dengan perkara-perkara dangkal, jahil serta sesat lagi menyesatkan.
Saya tidak salahkan agenda jahat 'mereka' kerana apa perlunya kita menyalahkan mereka lagi kalau kita telah pun tewas dengan menerima, menelan dan membudayakan apa yang 'mereka' suapkan ke mulut, otak yang akhirnya mendarah daging pada ummat kita sendiri.
Tidakkah saudara dapat melihat implikasi besar itu kerana budaya yang setelah lama berakar umbi dicabut demi sebuah kebebasan kononnya.
Ayat 32 surah Al-Isra' itu sendiri mengajar kita tentang batasan dan had. Ayat itu mengajar kita tentang benteng yang perlu dibina demi untuk menjaga diri dari lembah kebinasaan.
Jadi kalau satu ayat ini saja yang dah mengajar kita tentang batasan, had dan benteng pertahanan untuk diri serta ummat demi Allah, Rasul dan Agama mengapa pula kita perlu gadaikan kalimah suci ini atas alasan dakwah kononnya.
Apa pula kita nak sibukkan negeri atau negara lain kalau budaya mereka sudah memang begitu dan budaya itu kononnya tiada masalah bagi mereka.
Bak kata orang kampong, dalam konteks Malaysia, isunya mungkin di sini (apa yang saya faham) adalah soal ancaman terhadap orang islam, kekeliruan mungkin terbit daripadanya..
Memang seluruh orang malaysia sudah keliru kerana mereka fikir 1 Malaysia itu adalah 1 Bangsa, 1 Warganegara, 1 Agama. Kau boleh tidur dengan bini aku dan aku boleh tidur dengan bini engkau. Apa akan jadi dengan anak cucu cicit kita adalah hal mereka kelak dan jangan pula nak salahkan orang lain pula. Kalau mereka nak murtad pun murtad lah, mereka bebas memilih agama apa yang mahu mereka anuti. Kita kan bebas bersuara dan bebas memilih, kita bebas...
Kita bebas apa ! kononnya...
saudara, soalnya adakah Allah sendiri melarang hambanya menyebut namaNya? org bukan islam termasuk hamba Allah. berhakkah kita melarang jika Allah sendiri mengizinkannya?
apa pendapat saudara tulisan begini, 'Allah ialah tuhan org islam'. ini yg ditulis oleh penulis di akhbar utama negara kita. adakah anggapan begini tidak menjejaskan akidah? siapa pula tuhan org bkn islam?
Semoga Tuhan seluruh Alam, maha pencipta SEKALIAN MAKHLUK (baca;Allah) mengampunkan dosa hamba-hambanya dan menunjukkan jalan yang lurus dan benar..
Salam.
Sdr Noer,
Siapa pun boleh menyebut 'Allah' sebagai Tuhan semesta alam. Kita tiada hak untuk menghalangnya. Malah kita sepatutnya insaf bahawa Allah ialah Tuhan bagi orang-orang Islam, dan juga Tuhan bagi orang-orang yang bukan Islam walaupun mereka tidak mempercayai-Nya. Noktah.
Tetapi jika 'Allah' disebut oleh mereka sebagai mempunyai anak (astaghfirulLah), apakah sdr akan bersetuju? Apakah sdr akan membenarkan 'Allah' yang sdr yakini tidak beranak dan tidak diperanakkan itu, sebagai 'Allah' yang beranak pula?
Oh nanti, sdr akan berkata pula, "Itu 'Allah' dia, berbeza daripada 'Allah' kita, begitu? Jadi, antara dua 'Allah' ini (astaghfirulLah), yang mana Tuhan semesta alam itu?
Beritahu saya, kalau saya kurang mengerti.
Sesungguhnya tiada Tuhan yang kusembah melainkan Allah, dan sesungguhnya Muhammad itu pesuruh Allah.
Wassalam.
saya sgt setuju dgn seorang ahli politik yg mengatakan tidak faham dgn islam ala melayu. tanggapan melayu adalah islam memang sesungguhnya salah. seperti yg terjadi hari ini. bila melihat risalah kristian dlm bahasa indonesia yg mirip bahasa melayu kita jadi gempar. kenapa? tidak boleh ke? sedangkan injil dan risalah kristian wujud dlm bahasa arab, bahasa nabi kita. sudah2lah kita hidup dlm kekeliruan. jgn wariskan kekeliruan pada anak cucu kita. tiada istimewanya melayu ini di sisi tuhan.
sy malu dan sedih dgn sikap individu/kumpulan/ngo islam di negara ini atas reaksi keras mereka terhadap pihak kristian melalui tulisan, kenyataan dan demonstrasi tempoh hari. tiada apa yg membanggakan. cuba saudara fikir, apa pandangan org bukan islam terhadap kita sekarang(org islam yg mensekalikan melayu dgn agamanya)? sy dpt merasakannya, tak taulah saudara pula bagaimana.
saudari zahra, ramai org islam yg tak faham termasuk penulis akhbar. mereka menulis begini, 'Allah ialah tuhan org islam'. saya tanya, tuhan org bkn islam siapa?
kita tahu akan akidah org bkn islam kenapa nak pertikaikan kepercayaan mereka? tetapi dari sejarahnya memang mereka menyebut Allah dgn kepercayaan mereka sendiri. kita tak tanggung dosa mereka klu mereka anggap Allah begini dan begitu. dan kita juga tak boleh halang mereka mengguna nama Allah kerana memang tiada halangan utk mereka gunakan pun. kenapa kita perlu rasa berdosa atau bersalah terhadap kepercayaan mereka. org islam di arab tidak pula berfikir sekompleks kita. mereka lebih bagus. baca quran dlm keretapi. berani lawan yahudi. kita sikit2 takut sikit2 rasa terancam. kita dah keliru sekarang kita nak wariskan kekeliruan kita pd anak cucu. kekeliruan takkan berhenti di sini. halang guna nama Allah takkan menjadikan kita umat islam yg lbh bagus. cabaran masa depan lebih besar dan kita mendidik anak2 kita dgn cara fobia pada kristian. kristian yg sikit di negara ini boleh menguasai kita krn kita sgt meyakini kekuatan mereka.
Salam.
Sdr. Noer,
Benar, tanggapan Melayu itu Islam adalah salah kerana Melayu tidak semestinya Islam.
Namun, apabila seorang Melayu dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang Islam, dia akan tertakluk kepada hukum Islam sepenuhnya. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya keluar daripada agama kelahirannya sesuka hati.
Sdr pernah dengar apa hukum dan hukuman bagi orang-orang Islam (yang Melayu atau bukan Melayu) yang murtad? Jika tidak pernah, saya sarankan sdr cari maklumat tentang hukum murtad dan cari pula apa hukumannya.
Saya sama sekali tidak berminat akan tanggapan orang lain terhadap orang Melayu-Islam Malaysia tentang isu 'Allah' ini. Saya lebih berminat untuk mengetahui apa tanggapan orang Melayu-Islam Malaysia terhadap 'Allah' itu sendiri. Maaf.
Wassalam.
salam bro.. some link http://satdthinks.blogspot.com/2010/01/problem-of-meaning-abdullah-paderi-and.html
Isu kalimah Allah bgitu membangkitkan gelombang perdebatan...jika isu penggunaanya diperdebatkan..bagaimana pula isu pemakaian kalimah Allah di pakain tentera smaada navy dan army...kalimah ini bleh dlihat di lambang dan button yg dpakai oleh tentera...bkan semua tntera adalah bragama Islam ttpi terdiri dr pelbagai agama smada cina, kristian dan india serta lain2...jika ketandas pkain ini dipakai dan seorng itu ingin ketandas, kalimat Allah muhammad juga dbawa...atau isu pemakain kalimat Allah dan penggunaan kalimat Allah adalah berbeza???fikir2kan .atau saudara penulis boleh mmbr pandangan mnjawab persoalan ana??..untuk perkongsian semua...krna skarang di depan ana tgh memegang dan meneliti button yg trdapat kalimat pencipta kita dan rasul kita...tanpa sdar air mata ana mnglir...sm2 renungkan....
Assalamualaikum...
Isu kalimah Allah bgitu membangkitkan gelombang perdebatan...jika isu penggunaanya diperdebatkan..bagaimana pula isu pemakaian kalimah Allah di pakain tentera smaada navy dan army, bgtu jg polis...kalimah ini bleh dlihat di lambang dan button yg dpakai oleh mreka di uniform..bkan semua tntera adalah bragama Islam ttpi terdiri dr pelbagai agama smada cina, kristian dan india serta lain2...jika ketandas pkain ini dipakai dan seorng itu ingin ketandas, kalimat Allah Muhammad Rasulullah juga dbawa...atau isu pemakain kalimat Allah dan penggunaan kalimat Allah adalah berbeza???fikir2kan ...untuk perkongsian semua...krna skarang di depan ana tgh memegang dan meneliti button yg trdapat kalimat pencipta kita dan rasul kita...tanpa sdar air mata ana mnglir.....spa yg ingin prjuangkn isu ini??spa yg perasan akan isu ini???kta mrah akan org kafir nak gna kalimah Allah tp kita mnggunakan kalimah ALLAH Muhammad di pkaian sesuka hati..persoaln ini prnh dtnya di msjd kem tentra,, rmai yg tercengang n tkjut krn br sdar akn hal ini..waima tntra itu sndr...sm2 renungkan.
Post a Comment