Oleh Nazmi Yaakub
(Sumber Berita Harian 18 Januari 2010, klik sini)
HADIAH Sastera Perdana Malaysia (HSPM) Ke-18 akan diadakan di Hotel The Legend, Kuala Lumpur, malam ini, bagi HSPM Ke-18 itu bagi menobatkan karya terbaik yang diterbitkan pada 2004, 2005, 2006 dan 2007.
Pemenang yang karya mereka diterbitkan dalam bentuk buku, karya eceran dalam akhbar, majalah, jurnal dan antologi serta skrip drama yang dipentaskan akan menerima hadiah masing-masing daripada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pemenang Kategori Buku akan menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan RM5,000 untuk kategori remaja dan kanak-kanak, manakala Eceran pula (RM1,000).
Sastera Berita Harian difahamkan HSPM 2006/2007 kategori buku dikuasai oleh pengarang muda seperti Mohd Faizal Musa atau lebih dikenali sebagai Faisal Tehrani, Mohd Izuddin Mahamad Nazir yang memakai nama pena Ilham Hamdani dan Addeen Bandarsepi di samping Siti Jasmina Ibrahim.
Faisal Tehrani sekali lagi dijangka bakal tampil sebagai penulis paling bertuah yang menggondol paling banyak hadiah seperti Sayembara Mengarang Sempena 50 Tahun Merdeka yang disampaikan pada 2007.
Kategori Eceran sama ada puisi atau cerpen pula dijangka memperlihatkan penguasaan oleh pengarang mapan dan veteran dengan nama besar seperti Sasterawan Negara (SN), Datuk (Dr) A Samad Said dan SN Datuk Dr Anwar Ridhwan turut memenanginya.
Pemenang HSPM 2004/2005 yang sudah dihebahkan dalam media massa pada 2008, masing-masing sudah mendapat hadiahnya, manakala penyampaian sijil diberikan kepada pemenang terbabit pada malam ini.
Hadiah tahun terbabit kategori buku dimenangi SN Allahyarham Arena Wati melalui novelnya Armageddon Jilid 1: Mandala; SN Prof Dr Muhammad Salleh (kumpulan puisi Salju Shibuya); Prof Dr Mohamad Mokhtar Abu Hassan (kumpulan esei dan kritikan sastera, teori Konseptual Kata Kunci) dan Zaharah Nawawi (biografi/autobiografi, Merentas Laluan), masing-masing menerima RM10,000.
Kategori buku remaja dan kanak-kanak pula menyaksikan ketandusan pemenang hampir 100 peratus apabila hanya Baharuddin Kahar yang memenanginya untuk genre novel remaja dan melayakkannya menerima RM5,000.
Bagi kategori eceran pula, antara pemenang genre puisi ialah Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Allahyarham T Alias Taib, Hamzah Hamdani, Zaen Kasturi dan Raihani Mohd Saaid, manakala genre cerpen pula seperti Dr Fatimah Busu, Azizi Abdullah, Dr Mawar Shafie, Salina Ibrahim dan Amaruszati Noor Rahim.

4 comments:
Salam,
insyaallah akan dapat la tu penghargaan sekali lagi..:)
Jumpa di sana malam ini...
Salam.
Bakat alam. Mati untuk menghidupkan yang lain. Mudah-mudahan istiqamah. Kami akan sentiasa berada di belakang.
Wassalam.
Salam FT,
Tahniah !
Post a Comment