24 January 2010

Terima Kasih GPTD UNISEL dan UjanaIlmu

11 Januari 2010, Maninjau - Grup Pengkaji Tamadun Dunia Unisel melalui XPDC HAMKA telah menyampaikan beberapa naskhah sastera Melayu kepada Pondok Pesantren Prof Dr Hamka (PPPDH) untuk ditempatkan di dalam pustaka. Ini bertujuan untuk mengembangkan lagi sastera melayu diperingkat serantau dengan bermula di Indonesia. Antara karya yang diserahkan buat bacaan pelajar-pelajar pondok adalah karya Faisal Tehrani antaranya Saasatul Ibaad, Nama Beta Sultan Alauddin, Karbala, Bila Tuhan Berbicara, Surat-surat Perempuan Johor, Detektif Indigo, Advencer Si Peniup Ney, Detektif Indigo Kembali, 1511 H (Kombat), 1515, Manikam Kalbu, Bedar Sukma Bisu, Kekasih Sam Po Bo, Ketupat Cinta. Karya ini telah ditaja oleh pihak Ujana Ilmu kedai buku online. Selain itu karya penulisan Prof Dr Rahim Selamat, pensyarah dari Fakulti Pendidikan & Pengajian Bahasa, UNISEL juga diserahkan kepada pondok agar menjadi rujukan dalam proses pembangunan mengikut acuan Sekolah Bestari di Malaysia. Pada masa yang sama Majlis Penutupan Rasmi telah dirasmikan oleh Pimpinan PPPDH, Drs Zainul Ariffin. Acara tamat dengan bacaan Resolusi & Ikrar oleh wakil pelajar, Adik Emon.

1 comments:

putrifarish87 said...

kalaulah, pelajar-pelajar yang lain juga diperkenalkan secara langsung untuk mengulit 1515, bedar sukma bisu, dan atau juga himpunan cerpen kekasih sam po bo... saya dapat membayangkan betapa akan kreatif dan terbukanya minda remaja lain.
dulu, (sebelum melangkah ke menara gading) amatlah susuh mendapatkan karya Faisal tehrani. Setiap bulan menunggu email dari Faisal dalam dewan Siswa. Paling terkesan tulisan yang bertajuk pelajar dari syurga. Sampai sekarang saya masih menyimpan tulisan tersebut. jadi, saya memahami ada remaja-remaja di pedalaman punya 'ingin' besar mengulit karya Islamaik faisal, sayang, karya yang besar serta sarat dengan pelbagai ibrah itu setakat ini tidak pernah tembus di pekan kecil kelahiran saya.