Long Jongos menyembunyikan rasa bosannya dengan leteran Tun Lepat, “Itu juga hamba lakukan, tetapi hamba juga ingin mencuba-cuba memegang senduk dan mangkuk.” Long Jongos kian berdalih. Ia menahan sabar.
Tun Lepat memikir sejenak, kemudian ia menggeleng. Ia bimbang membawa orang tidak tentu ke dapurnya.
“Jika tuan gerau membawa kita ke dapur dan mengajarkan kita sejenis dua kuih berwarna merah jambu, akan kita ceritakan kisah Mufti Malun yang terbaharu.” Long Jongos memancing.
Tun Lepat menghela nafas, mendengar nama Mufti Malun ia kemudian mengangguk. Tiada salahnya jika ia mengajak Long Jongos ke dapur seraya membincang-bincangkan perihal Mufti Malun yang kini mencipta-cipta hadis pula. “Baiklah.”
Maka oleh perkenan dan tunjuk ajar Tun Lepat, Long Jongos pun mendapatkan santan, tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, gula dan pewarna merah jambu dari bunga raya. Tun Lepat menganjurkan Long Jongos mencampurkan semua tepung, ia pun memasukkan gula dan garam lalu mengacau hingga rata. Kemudian dimasukkan santan dan dikacau perlahan-lahan oleh Long Jongos sebelum ditapis. Setelah itu bahan diasing kepada dua loyang dan satu bahagian dicurah dengan pewarna merah jambu. Tun Lepat membantu Long Jongos mengukus lapis pertama kuih dan dimasukkan ke dalam loyang baharu selapis demi selapis sehingga merah jambu itu bertindih rapat dengan warna putih.
* Satira Ketupat Cinta disirikan di Harakah setiap Jumaat. Jika bosan membaca berita politik, jamah-jamahlah Ketupat Cinta yang menggigit.

9 comments:
buat la tajuk yang mengamcam sikit.. asyik-asyik kuaih-kuih..macam mana nak ada kemajuan dalam sastera..saya dalam bidang sastera pun rasa terloya nak baca..kalaupu isinya menarik, tapi pandang pertama tu tak mengamcam,adoi susah la..please jangan abaikan soal ni.

M.Shaiful,
Sdr tak perlu baca.
Terima kasih.
eh tak menarik ke? saya rasa amat menarik. banyak kuih tradisional yg kita tak tahu lagi. lagipun memang ini novel tema masakan. agak2 ketupat cinta 2 bila ya? ;P
kalaupun ia menarik dan ada mesej..ia telah mengagalkan saya untuk memebacanya..
no wonder aliran sastera semakin jauh ketinggalan..mungkin ramai bersastera dalam novel,cerpen,tapi tiada strategi dalam penyampaian ilmu sastera.
kita tengok sasterwan indonesia..tajuk ayat-ayat cinta, kita tengok pun terasa nak baca..agak2 apa yang kita fikir..apakah kaum muda dan remaja yang terfikir tentang tajuk ini..itu baru tajuk belum lagi isinya...ini tak, tengok tajuk je ..terus tak di beleknya.. maaf kalau terlanjur kata..
Sdr M.Shaiful
Trm kasih. Mufti kritik karya saya pun, saya terima. Saya biasa terima teguran. Jadi kalau sdr yang tiada gelar mufti lalu menyampah dengan judulnya, tentulah saya terima. Sebab teguran orang bergelar tak bergelar sama saja buat saya sepanjang dua puluh tahun menulis. Dalam setahun Ketupat Cinta di pasaran, sudah ada dua kajian sastera di IPT tentangnya. Satu tentang satira, satu tentang simbolisme. Benarlah, hanya jauhari yang mengenal manikam.
ape yg tak mengancamnye..da bc ke isi dalam tu..kene la bc dan fahami br la nak mengkritik..lgpon kalo tak minat toksah la menyibuk kat cni..tak minat takyah baca..ketupat cinta yg pertama tu byk sgt info tentang kuih2 tradisional yg kita sendiri da tak tau dan da tak jmp da hari ni..itu pon tak mengancam lg ke kandungannye..sekurang2nye ade jgk input yg kita boleh jdkan pengajaran..kalo nak bersastera pasal cinta je mn nak maju beb..bosan..
saya tak komen pasal isinya ok..saya komen pasal tajuknya..mungkin ketupat itu nampak sastera..tp strategi pemasaran sastera dalam dunia globalisasi ini perlu kepada stratgei love at first sight..ini pandangan saya saje..tak setuju takpe..saya tahu faisal tehrrani adalah seorang yang hebat..kalau kita hebat hanya dikalangan ahli dunia satera sahaja adalah terlalu sempit pemikiran kita tanpa kita pecahkan dunia sempadan..hari ini ramai orang berminat dengan novel, penulisan..kita tengok saja buku karya USt.hasrizal..atau saiful islam yakni Aku terima Nikahnya..kita dengar tajuknya pun "terkini" dan sapa2 yang melihat pun akan persoal..kenapa dia manyatakan aku terima nikahnya....kan tua bahasa akad dalam nikah..jom kita tengok apa isinya..dari situlah wujudnya strategi..tak silap saya the best seller di malaysia buku ini sekarang dengan 6 kali cetakan. sekarang kita kena lihat bahawa dunia penulisan bukan sahaja kena ada aura gaya bahasa penulisannya sahaja tapi tarikan seperti "cover kulit depan, tajuk..itu saje yang saya sentuh....sebab market kita bukan lagi untuk generasi tahun 80 an, 90 an tp dan tahun 2010..perlu ada perubahan..tak dinafikan novel ketupat cinta ni hebat tapi kalau boleh kita nak sampaikan kepada semua lapisan masyarakat..
walaubagaimanapun novel bahlut..saya bagi pujian buat faisal tehrani..
dr..
sblium ni Satira ni pernah kluar dalm utusan ?
sy sk sangat baca tg satira ni....bijak dr nk gmbarkan keadaan y berlaku skarng dgn satira...
kpda m.shaiful/...
kalu x sk bc jgn baca..
kt dlm bidang sastera..
xkn sebab bc tajuk ayat2 cinta dh terpikat kot...mmg ar novel 2 bgus..tp setipa penulis ada kelebihan masing2..
lg satu pandang pertam nak mengamcam erk..2 dh kira nk pentingkan keserookan 2..nk perkara y sensasi jah..sedangkan saster nk smpaikan ilmu ..tok pembaca..
Post a Comment