Terdiamlah Tun Perpatih Tulus, memberontak ia dalam hati. Kata orang di zaman tuan-tuan, protes dalam senyap ia. Merona merah mukanya. Menggunjing ia dalam hati, ‘Cis, kalau raja ini berbuat seperti ini selalu-selalu maka kharab negeri. Nasib baiklah kau raja, jika tidak sudah aku kalungkan di lehermu itu dengan kalungan capal.’
Adapun tuan-tuan, asalnya Parameswara ingin ia berangkat ke sebuah padang, untuk menyerahkan ole-ole yang sudah dibungkus cermat tetapi Tun Lepat menyarankan kepada Parameswara supaya baginda melaksanakan niat murni tersebut di istana ‘Sekian Isya’ sendiri dan menghebahkan ke sekian jajahan Teluk Kemang yang baginda menganjurkan istana terbuka. Itulah asalnya tuan-tuan sekian pembesar di zaman tuan-tuan mengadakan rumah atau istana terbuka untuk memberi rakyat barang secucuk dua satay, barang sejemput dua bihun, barang sebutir dua bahulu, barang sepotong dua lemang, dan barang sesudu dua caklengkong. Maka, arakian beraturlah sekian rakyat. Segala orang upaya dan kurang upaya pun datang menadah tangan dengan hati ria di aidilfitri. Semakin sakitlah hati Tun Perpatih Tulus kerana tidak terfikir ia Parameswara akan berbuat kerja sedemikian gila. Adapun bungkusan ole-ole Parameswara itu diberilah kepada sekian manusia yang menyinggah itu dua gulung cengkurai, kuih kapit, kuih inti lanas, langgai dan sekeping watikah tanda mereka orang Bagan Pinang supaya tidak perlu membayar cukai jalan jika menggunakan jalan yang raya untuk menziarahi sanak saudara di hari raya.
Kesukaanlah sekian rakyat mendapat hadiah yang bermacam-macam. Ada yang bersalam dengan tuanku Parameswara, ada yang mengangkat sembah, ada pula yang mencium kura tangan baginda, tanda sungguh hormat. Berderailah air mata Parameswara, terasa sebak-sebak pilu kerana tahulah baginda rakyat Melaka teramat mengasihi baginda. Maka berharaplah dalam hati baginda oleh Allah Rabbul Alamin untuk menjaga seisi negeri satu Melaka dari malapetaka dan bahaya serangan musuh luar dan dalam. Ketika perayaan itu Tun Perpatih Tulus memanggil sekian penari untuk mempersembahkan sejenis tarian bernama pendet. Akan tetapi baginda tuanku tiadalah ia suka dan bertitahlah Parameswara, “Duhai bendahara, apa ini tarian berkemban menampak alur dapur susu perempuan? Sudahlah nampak ketiak, mata penarinya pula galak tertenung ke kiri, terjojol ke kanan seperti kuntilanak kerasukan. Tidak berbaju seakan panas dibahang lahar. Usahlah dipersembahkan tarian seperti ini. Bukan ini budaya kita. Kita ini orang beriman. Biarlah orang lain saja mengambil tarian ini. Beta tiada suka. Hantarkan sekarang ini juga penari-penari tidak berbaju ini ke pulau yang banyak gunung berapi.”
Kecewalah Tun Perpatih Tulus, menyangka ia baginda akan suka. Ternyata meleset jua jangkaan tersebut.
Adapun tuan-tuan hidangan istimewa di istana terbuka itu adalah pindang ikan senangin. Tentulah tidak lain tidak bukan ia dimasak oleh Tun Lepat juga.
*Untuk Baca Penuh; Dapatkan Harakah Jumaat ini!