FILEM kecil berjudul Arranged ini sungguh jujur. Sebagai sebuah filem bebas yang lahir pada tahun 2007, hasil seni pertama syarikat Cicala Filmworks ini tidak begitu diperhatikan pengkritik dan pengulas filem. Malah nama Diane Crespo, pengarahnya juga tidak pernah didengari di Amerika Syarikat.
Arranged mengisahkan Nasira, seorang guru keturunan Arab-Amerika diterima mengajar di sebuah sekolah awam di Brooklyn. Cabaran Nasira sungguh besar. Sebagai muslim yang mengenakan jilbab dan berusaha mempertahankan ajaran Islam beliau terpaksa mendepani ketidakfahaman pelajar-pelajarnya yang majmuk. Pengetua sekolah pula seorang rasis yang mencari peluang untuk menyusahkan hidupnya. Datang pula seorang guru lain berbangsa Yahudi, namanya Rochel dan beliau adalah penganut aliran ortodoks.
Bolehkah mereka bersahabat?
Sukar pada mulanya. Tidak siapa menafikan ada stigma dan sejarah panjang yang melatari kedua-duanya. Seorang muslim dan seorang Yahudi. Tetapi perlahan-lahan persahabatan antara mereka berkembang, khusus ketika mereka perlu menangani masalah pelajar di sekolah yang masih mentah. Tentu, adegan yang ditunggu-tunggu ialah apabila Rochel membawa pulang sahabatnya itu ke rumah. Generasi tua skeptis sekali. Lebih menarik, apabila Nasira diatur untuk mengahwini seorang pemuda yang serasi dengannya, Nasira mencari jalan untuk menolongkan temannya Rochel supaya turut mendapat suami yang sekupu. Untuk itu, Nasira sanggup ‘berlakon’ sebagai wanita Yahudi, dan mendorong ibu bapa Rochel menerima seorang lelaki Yahudi ortodoks yang berkebetulan merupakan teman sepengajian bakal suaminya.
Filem ini menjauhi perseteruan antara dua agama meski ada bara yang cuba dipercikka di sana sini tetapi segera dipadam dengan sengaja tetapi halus oleh pengarang dan pengarahnya.
Ada beberapa nota penting tentang filem ini yang menyerlah menurut moral dan etika Islam. Saat bapa Nasira membawakan seorang lelaki yang berumur untuk dipadankan dengan anaknya; Nasira memberontak dalam senyap. Malah penuh adab dan murni bersalut akhlak seorang anak. Nasira tidak semberono menunjuk muka. Meski tiada rujukan al-Quran, serasa semangat surah Lukman tercermin penuh pada watak Nasira.
Penonjolan aspek pengawasan, yakni prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang anak-anak lakukan amat terasa. Seakan-akan jiwa dan kandungan ayat 16 dalam surah Luqman: “(Luqman menasihati anaknya dengan berkata), ‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi’ terapung ke permukaan skrin.
Arranged adalah sebuah filem dengan nilai hebat. Ia adalah filem mengenai institusi keluarga berdepan dengan dunia post-moden dan sekularisme sebuah negara besar seperti Amerika Syarikat. Citra sekularisme dan pasca-moden itu diketengahkan menerusi watak pengetua. Dan sungguh, watak ‘batil’ ini dikalahkan oleh gandingan Rochel dan Nasira yang bertegas bahawa fundamentalisme dan nilai kekeluargaan masih utuh dan tidak harus dirombak oleh liberalis. Nasira dan Rochel menjadi wakil cultural purist dan prinsipalis yang bergaya.
Sebagai guru, watak Nasira dan Rochel juga mendorong wacana pendidikan dan perguruan. Bagaimana memastikan persahabatan mereka berdua mengalir kepada para pelajar yang masih pucuk.
Sukar kita mencari nilai seperti ini dalam filem mahupun drama Melayu. Adegan yang dibiasakan ialah anak-anak melawan, menolak, berkurang-ajar dan biadab terhadap ibu-bapa. Atau guru yang dibiasakan celaka dan anak murid yang berperangai hewan. Tetapi saya temukan hal ini dalam sebuah filem Amerika yang hampir semua pekerjanya berbangsa Yahudi. Bahkan saya berpendapat inilah filem paling bermoral yang saya tontoni sepanjang tahun 2007.
Serasa semua adalah kebetulan dalam fiem ini. Tetapi sesungguhnya filem tulisan Stefan Schaefer ini adalah berasaskan kisah benar mengenai persahabatan Yuta Silverman seorang guru dari Borough Park, Brooklyn.
Apa yang menarik tentang Arranged ialah filem ini tidak menghina Islam, malah secara adil menunjukkan sisi positif perkahwinan terancang dalam Islam. Dalam masa yang sama ia memberi perbandingan yang sejajar dengan agama Yahudi yang juga mengatur perkahwinan muda-mudi mereka.
Arranged bebas dari adegan cumbu rayu, gomol peluk dan pegang raba meski ia mengenai cinta yang dirancang keluarga. Malah, pada banyak adegan; sulaman dan sisipan spiritual dua agama diketengahkan secara saksama. Pemugaran etika dalam konteks Barat sangat menginti dalam filem ini. Tidak sedikit pun dialog-dialog keagamaan dan nasihat yang didaktis menimbulkan kecanggungan. Pada banyak keadaan ajaran Islam dan Yahudi disampaikan secara meyakinkan tanpa perlu memaksakan atau menggurui penonton.
Sungguh aneh, sekumpulan karyawan Yahudi dapat memberi peluang kepada ajaran Islam dalam filem mereka tetapi pengarah muslim di negara kita misalnya tidak mahu menimbang kekuatan spiritual sebagai tunjang naratif filem mereka.
Filem ini dilakonkan dengan cemerlang oleh Zoe Lister Jones, Francis Benhamou, Marcia Jean Kurtz, John Rothman dan Mimi Lieber. Watak-watak muslim malah dilakonkan oleh pelakon bukan Islam. Tetapi Islam tidak dicerca bahkan nilainya amat dipuja. Ia meraih perhatian di pesta-pesta filem kecil seperti Pesta Filem Antarabangsa The Berkshire dan Pesta Filem Antarabangsa Yahudi Palm Beach.
Terbit di Siasah edisi 24-30 Mei 2009. Dilarang mencuplik atau mengambil entri ini.
Arranged mengisahkan Nasira, seorang guru keturunan Arab-Amerika diterima mengajar di sebuah sekolah awam di Brooklyn. Cabaran Nasira sungguh besar. Sebagai muslim yang mengenakan jilbab dan berusaha mempertahankan ajaran Islam beliau terpaksa mendepani ketidakfahaman pelajar-pelajarnya yang majmuk. Pengetua sekolah pula seorang rasis yang mencari peluang untuk menyusahkan hidupnya. Datang pula seorang guru lain berbangsa Yahudi, namanya Rochel dan beliau adalah penganut aliran ortodoks.
Bolehkah mereka bersahabat?
Sukar pada mulanya. Tidak siapa menafikan ada stigma dan sejarah panjang yang melatari kedua-duanya. Seorang muslim dan seorang Yahudi. Tetapi perlahan-lahan persahabatan antara mereka berkembang, khusus ketika mereka perlu menangani masalah pelajar di sekolah yang masih mentah. Tentu, adegan yang ditunggu-tunggu ialah apabila Rochel membawa pulang sahabatnya itu ke rumah. Generasi tua skeptis sekali. Lebih menarik, apabila Nasira diatur untuk mengahwini seorang pemuda yang serasi dengannya, Nasira mencari jalan untuk menolongkan temannya Rochel supaya turut mendapat suami yang sekupu. Untuk itu, Nasira sanggup ‘berlakon’ sebagai wanita Yahudi, dan mendorong ibu bapa Rochel menerima seorang lelaki Yahudi ortodoks yang berkebetulan merupakan teman sepengajian bakal suaminya.
Filem ini menjauhi perseteruan antara dua agama meski ada bara yang cuba dipercikka di sana sini tetapi segera dipadam dengan sengaja tetapi halus oleh pengarang dan pengarahnya.
Ada beberapa nota penting tentang filem ini yang menyerlah menurut moral dan etika Islam. Saat bapa Nasira membawakan seorang lelaki yang berumur untuk dipadankan dengan anaknya; Nasira memberontak dalam senyap. Malah penuh adab dan murni bersalut akhlak seorang anak. Nasira tidak semberono menunjuk muka. Meski tiada rujukan al-Quran, serasa semangat surah Lukman tercermin penuh pada watak Nasira.
Penonjolan aspek pengawasan, yakni prinsip muraqabah bahawa Allah Maha Besar sedang memerhatikan segala amal baik atau buruk yang anak-anak lakukan amat terasa. Seakan-akan jiwa dan kandungan ayat 16 dalam surah Luqman: “(Luqman menasihati anaknya dengan berkata), ‘Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) seberat biji sawi sekalipun, serta ia tersembunyi di dalam batu besar ataupun di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibicarakan dan dibalas-Nya) kerana sesungguhya Allah amat luas pengetahuan-Nya, lagi amat meliputi segala yang tersembunyi’ terapung ke permukaan skrin.Arranged adalah sebuah filem dengan nilai hebat. Ia adalah filem mengenai institusi keluarga berdepan dengan dunia post-moden dan sekularisme sebuah negara besar seperti Amerika Syarikat. Citra sekularisme dan pasca-moden itu diketengahkan menerusi watak pengetua. Dan sungguh, watak ‘batil’ ini dikalahkan oleh gandingan Rochel dan Nasira yang bertegas bahawa fundamentalisme dan nilai kekeluargaan masih utuh dan tidak harus dirombak oleh liberalis. Nasira dan Rochel menjadi wakil cultural purist dan prinsipalis yang bergaya.
Sebagai guru, watak Nasira dan Rochel juga mendorong wacana pendidikan dan perguruan. Bagaimana memastikan persahabatan mereka berdua mengalir kepada para pelajar yang masih pucuk.
Sukar kita mencari nilai seperti ini dalam filem mahupun drama Melayu. Adegan yang dibiasakan ialah anak-anak melawan, menolak, berkurang-ajar dan biadab terhadap ibu-bapa. Atau guru yang dibiasakan celaka dan anak murid yang berperangai hewan. Tetapi saya temukan hal ini dalam sebuah filem Amerika yang hampir semua pekerjanya berbangsa Yahudi. Bahkan saya berpendapat inilah filem paling bermoral yang saya tontoni sepanjang tahun 2007.
Serasa semua adalah kebetulan dalam fiem ini. Tetapi sesungguhnya filem tulisan Stefan Schaefer ini adalah berasaskan kisah benar mengenai persahabatan Yuta Silverman seorang guru dari Borough Park, Brooklyn.
Apa yang menarik tentang Arranged ialah filem ini tidak menghina Islam, malah secara adil menunjukkan sisi positif perkahwinan terancang dalam Islam. Dalam masa yang sama ia memberi perbandingan yang sejajar dengan agama Yahudi yang juga mengatur perkahwinan muda-mudi mereka.Arranged bebas dari adegan cumbu rayu, gomol peluk dan pegang raba meski ia mengenai cinta yang dirancang keluarga. Malah, pada banyak adegan; sulaman dan sisipan spiritual dua agama diketengahkan secara saksama. Pemugaran etika dalam konteks Barat sangat menginti dalam filem ini. Tidak sedikit pun dialog-dialog keagamaan dan nasihat yang didaktis menimbulkan kecanggungan. Pada banyak keadaan ajaran Islam dan Yahudi disampaikan secara meyakinkan tanpa perlu memaksakan atau menggurui penonton.